Baru beberapa minit tadi, saya menerima email daripada seorang yang bergelar "pedas cili", yang memberitakan satu perkara yang perlu dimaklumkan di sini. Email tersebut berbunyi..
Oleh : Pedas CiliSemalam, 27 Mei, telah diadakan satu mesyuarat di ARMA yang turut dihadiri oleh exco-exco Nadi UMNO, Encik Khairi Jalalluddin dan Prof Dr Jamil bin Hashim. Perbincangan dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan dengan Karnival Sukan yang akan diadakan pada 22 hingga 25 Julai 2010 nanti.Sekian, sari berita utama..
Erm.. tiada sebarang ulasan daripada saya, cuma saya agak tertarik dengan maklumat ini. Siapakah penganjurnya? Berapakah peruntukannya? Sebelum ini, telah diberitahu bahawa program ini akan diadakan pada Bulan Mac lalu, kemudian ditunda..
Saya teringat pada 2007, satu program yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah. Program yang menghimpunkan ramai mahasiswa Mesir (entah berapa orang) ini, berjaya menaikkan nama Kelab UMNO Kaherah.
Dikatakan pada 2008, Kelab UMNO Kaherah mendapat anugerah Kelab UMNO terbaik.. Adakah dengan adanya program Karnival Sukan pada tahun ini, nama Kelab UMNO Kaherah akan naik sekali lagi pada 2011?
Walhal BKAN dan PMRAM entah ditendang ke mana. Pada 2007 sudah menceritakan segala-galanya. Lansung tidak diperlihatkan watak PMRAM dan BKAN yang banyak memberi kerjasama dalam program tersebut. Entah.. Siap ada logo UMNO kat banner. Ni program kerajaan atau program politik?
Adakah teknik yang sama akan digunakan pada tahun ini? Iaitu teknik menggunakan BKAN dan PMRAM, untuk naikkan nama Kelab UMNO Kaherah? Kalau dulu (2007) memang teknik ini berhasil.. WaLlahua'lam..
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
2 comments:
what up bro! xpatutla diorg ni eks..gunakn org len nk naikkn nama org len..tp kalo bro nk tau,sblm ni dan yg akan dtg ni mmg prog dgn kerjasama sekreteriat kelab UMNO luar negara..UMNO-Cairo terlibat cggitu jer la..
cume nk bbtau,fakta bro kt ats ni kbanyakannye xbtul pun..xbaikla tduh2 cggini bro..menang dan kalah di atas kebenaran..
-wa akan sokong bro sekiranya bro brada di pihak yg benar...say what? gtg..
Salam.. Tolong perbetulkan mana-mana fakta ana yang tersilap. Ana akan ubah.. Terima kasih..
Post a Comment