Syeikh Ali Jum'ah, Mufti Mesir
Wahai penuntut ilmu, dengarlah pesanan ini..
Nabi SAW bersabda
أَجْوَعُ النَّاسِ طَالِبُ العِلْمِ وَأَشْبَعُهُم الَّذِى لا يَبْتَغِيهِ
“Manusia yang paling lapar ialah penuntut ilmu, dan orang yang kenyang dari kalangan mereka ialah mereka yang tidak mencarinya (ilmu)” (Jami’ Saghir : 192)
Benarkah? Bagaimanakah ia boleh dianggap sebagai makanan? Perumpamaan yang digunakan oleh Nabi SAW di dalam hadith di atas sangat menarik!
Sedapkah menuntut ilmu?
Seorang yang lapar akan tercari-cari makanan untuk diisi di dalam perutnya. Sehinggakan apa yang tidak disukai olehnya turut dimakan ketika lapar. Kerap kita mendengar orang yang lapar berkata : “Sedap betul ikan masin ini”
Orang yang lapar akan menganggap apa yang terhidang di hadapannya adalah sedap, dan dia merasa gelojoh untuk menghabiskannya. Apa salahnya tamak menuntut ilmu?
Setiap kali menuntut ilmu, dia merasakan sedap seumpama sedang makan makanan kegemarannya. Ini kerana dia menggemari ilmu dan sudah pasti dia sedang makan makanan kegemaran dadanya.
Kadangkala, makanan yang sedap dirasakan sedikit walapun hakikatnya ia banyak. Begitu juga penggemar ilmu, sering merasakan tidak kenyang dengan ilmu yang dipelajari.
Gelojoh menuntut ilmu?
Seorang yang sedang makan dalam keadaan lapar, kebiasaannya gelojoh. Sedangkan dia tahu bahawa makanan yang sedang dijamunya tidak lari ke mana-mana.
Namun, gelojoh menuntut ilmu terbahagi kepada dua jenis. Samada bimbang seseorang ulama’ tersebut akan “pergi”, atau tidak sabar untuk segera pandai. Perbuatan orang yang pertama adalah betul dan kedua sudah pasti salah.
Ini kerana seseorang yang makan gelojoh, mana mungkin dia memikirkan bahawa makanan tersebut akan hilang, bahkan dia terlalu lapar.
Orang yang belajar untuk segera pandai umpama menanam pokok pada waktu pagi dan ingin memetik hasilnya di waktu petang.
Nak jadi macam Syeikh Ali Jum'ah, bukan dengan hanya mengaji sehari dua..
Makanlah dengan tenang, kerana makanan tersebut tidak akan hilang dan menuntutlah ilmu dengan bersistem dan bertingkat-tingkat kerana ilmu itu ada dimana-mana sahaja.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
1 comments:
Assalamualaikum
Salam ziarah dan perkongsian atas dasar nasihat menasihati
http://nasaie.blogspot.com/2010/05/hadith-dhaif-dalam-menuntut-ilmu.html
Post a Comment