23 May 2010

Kemelut Sana Sini : Kembalikan Hak Kepada Mereka Yang Berhak


Kemelut Yang Berlaku, Pihak Terbabit Digesa Berhemah Dan Professional

sumber : Abezuh (link)

Lama memerhatikan beberapa kemelut yang berlaku khususnya di persekitaran Mesir yang melibatkan hak dan maruah mahasiswa/wi Malaysia. Saya kira agak membosankan. Hal ini demikian kerana kemelut yang berlaku kesemuanya melibatkan hemah dan profesional bagi pihak terbabit.

Mengenai peraturan baru ARMA, kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat, tarik zakat (kemelut di Mesir) dan kekecohan di Bangkok, penindasan rakyat Palestin (kemelut di luar negara), penglulusan lesen judi, pembantahan ke atas konsert Inul di Tawau (kemelut di Malaysia) dan sebagainya saya kira pihak-pihak yang terbabit perlu berhemah dan profesional di dalam menanganinya perkara tersebut.

Kemelut (khusus di Mesir) yang melanda ini sekiranya semakin berlarutan, akan memberikan impak yang negatif kepada mahasiswa/wi khususnya. Kita bangun dan menuntut dalam keadaan yang profesional dan melalui prosedur itu tidak menjadi masalah, teruskan kerana itu hak dan semenangnya hak itu perlu dipelihara dan dijaga.

Apa yang dikesalkan ialah pihak-pihak yang memalukan nama baik sebagai rakyat Malaysia, melayu dan Islam bahkan mengaji agama. Ini boleh dilihat apabila beberapa respon yang memalukan iaitu gopoh dan agak kurang sopan yang dilakukan.

Saya lihat sekiranya kedua-dua pihak mempunyai etika dan displin yang teratur, maka ia memberikan faedah yang baik..sekiranya tidak, saya rasa baik pihak yang tidak mahu berhemah dan profesional itu balik sahaja, apalah kiranya sekiranya jikalau datang hanya menyusahkan pihak yang menuntut ilmu agama Allah SWT.

Ingat, di dalam konteks peperangan, Islam membenarkan umatnya bangun dan mempertahankan kesucian agama sekiranya ditindas oleh kaum yang ZALIM, bukannya atas nama kafir semata-mata.. Maka sekiranya mana-mana pihak samada kafir mahupun Islam, sekiranya pihak tersebut ZALIM, maka kita mesti pertahankan maruah dan hak.. saya kira siapa yang betul-betul mengaji dia akan tahu perkara ini..

Apa yang penting demi meraikan suasana peperiksaan yang aman tanpa gangguan ke atas mahasiswa/wi di dalam mengulangkaji peperiksaan, pihak-pihak yang terbabit digesa untuk bertindak secara berhemah dan profesional...jika tidak, silakan tiket Egypt air sangat murah pada bulan Julai nanti....

p/s : Siapa makan cili, dia terasa pedas... - Abezuh

Saya rasa macam tahu sahaja siapakah yang dimaksudkan oleh Abezuh.. Semoga mereka yang menzalimi mahasiswa ini boleh bertaubat sebelum terlambat. Sila perhatikan ayat yang dibold, insya Allah anda akan faham. - Ibnu Ir Fadzil..

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal