19 May 2010

Amalan Mohon Maaf, Sombong Dan Samseng... Ambil Iktibar


Amalan memohon maaf biasanya mula timbul apabila hampir peperiksaan. Ketika itu agak ramai yang nak ucapkan "minta maaf kalau ada salah silap".. Saya dan isteri juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan "maaf" kepada sesiapa yang telah kami lakukan kesalahan selama ini.

Dan saya syorkan kepada semua mahasiswa di bumi Mesir ini agar tidak mengamalkan amalan ini ketika nak periksa je.. Kalau dah rasa buat salah, minta maaf saje.. Rendahkan ego anda. Tak susah pun nak ucapkan "maaf" ini, melainkan mereka yang ego dan sombong.

Semoga Allah didik hati kami supaya tidak ego dan sombong. Tapi, kalau orang lain dah buat zalim pada kita, semoga Allah sendiri yang membalasnya. Memang time periksa, agak banyak tekanan. Apatah lagi dengan isu BKAN Perak yang baru sahaja timbul.

Saya mendoakan agar mereka yang ditekan ini, dapat tabah dalam menghadapi segalanya. Allah sayang kat kamu.. itu sebab kamu diuji. Dan satu lagi, Nabi SAW pernah bersabda bahawa doa orang yang dizalimi, diterima. Maka, dalam tempoh kita dizalimi oleh golongan tertentu ini, berdoalah.. Ini peluang kita.

Sedang melayari internet.. tiba-tiba saja mata terlihat kepada sebuah artikel di dalam Tranungkite.. Entah siapa dia yang menghantarnya. Nama gelarannya "mtaq". Boleh klik pada link di bawah


Erm.. kes pukul yang pernah saya tulis di dalam blog ini sudah sebulan terjadi. Ia terjadi sebelum kedatangan Muhaimin lagi. Cuma yang pastinya, ia memang terjadi. Dan ia adalah salah satu adengan samseng yang terjadi sejak kebelakangan ini.

Apatah lagi apabila "ugutan tarik" zakat mula diwujudkan semula. Bertambah samsenglah suasana di BKAN Perak. Nak tunjuk samseng dengan Allah? Kita doakan agar Allah sahaja yang membalas segala kezaliman ini.

WaLlahua'lam.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

Bulan Mengambang on May 19, 2010 at 4:59 PM said...

saya mohon maaf yer...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal