24 May 2010

Nama Syoubra Sudah Muqayyad, Alhamdulillah...

Daripada Ridzuan Adzemi (link)

Badan Bertindak Bersama Setiausaha DPM (MAQAZ) Shoubra

Alhamdulillah, baru sebentar tadi dapat berita daripada Pihak Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra. Sebenarnya kami Badan Bertindak merancang untuk pergi ke Muhandesen untuk bertemu dengan Encik Khairi. Tiba-tiba sahaja keluar idea untuk singgah ke Maahad dahulu untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang kenaikan nama di Maahad. Kami di maklumkan bahawa fail mahasiswa Qiraat Tahun 1 Shoubra akan sampai di Maahad hari ini. Dan esok boleh selesaikan urusan untuk TASDIQ & KERNEH. Semua sahabat-sahabat tahun 1 wajib menghantar :

1) Gambar berukuran pasport 1 keping

2) Duit LE 55

Hantar kepada rumah atas Markaz selewat-lewatnya hari ini. Esok (25/5/2010) Insya Allah proses membuat TASDIQ & KERNEH. Maklumat lanjut bolehlah rujuk blog DPM Shoubra.


Di dalam blog Zul Ikhwan (link) pula menceritakan bahawa senarai nama sudah pun muqayyad :

Nama Pelajar Tahun Satu Telah Muqayyad

Syabas dan tahniah kepada mahasiswa tahun satu Qiraat, satu tempoh penantian yang panjang untuk kenaikan nama akhirnya ditamatkan pada hari ini. Nama semua mahasiswa Qiraat, Shoubra telah muqayyad. Sila lihat kenyataan pihak DPM di sini. Para pelajar perlu menyelesaikan urusan penyerahan gambar pasport dan yuran bagi urusan pengesahan pengajian dan kad pelajar. Tahniah buat semua mahasiswa tahun satu, sinar peperiksaan sudah muncul dan bakal menemui kalian pada Julai nanti. Sila buat persediaan terbaik bermula sekarang. Terima kasih buat semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam memastikan nama seluruh mahasiswa Qiraat muqayyad.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal