Nampak tak ada wajah senyum pada gambar di atas?
Oleh : Dr Muslimah (link)
Assalamualaikum..kat sini ana bukan nak cakap sebab ana jadi doktor pun, sebenarnya ana nak bagitau tips balancekan dakwah dan study je. Khas untuk adik-adik yang bakal bergelar doktor ataupun kos lain, boleh jugak diambil mana yang penting..sekarang ni tengah berlansung imtihan di Mesir. Nampak semuanya sayang buku. Program pun dah tawaquf. Bukan bermakna dakwah kita terhenti masa exam ni. Cuma fikir, sedang nak tambah ilmu, lepas ni nak dakwah lagi.
**Kena cari titik tolak yang menjadi minat kita**
Waktu tahun 1 di Al-Azhar, ya Allah banyaknya kena belajar. Cuba fikir, ambil course Dental Medicine and Surgery (DMS) tetapi belajar botany yang berkaitan tumbuhan, zoology pasal haiwan, Fizik dan Kimia tak kisahlah sebab teras kepada perubatan adalah subjek tersebut, bahasa arab 1 dan 2 wajib, hafal quran - the best thing about al-azhar is kita akan menguasai both sains dan agama. Alhamdulillah. Tambah ada akhlak, ibadah, fiqh pulak. But the most yang ana paling suka is Physics and Chemistry. I really love it. English pun ada tapi yang peliknya kena translate english dalam bahasa arab. Aiyak..no way!!! How??
It doesn't make sense to me why kena belajar all those things yang tak ada kaitan tu.
Kita tak akan jumpa patient tahun tu tapi boleh je nak pergi practical clinic, it just under our faculty. Ada 4 klinik. Tak pe lah tak jumpa patient, kita je la yang jadi patient. Best jugak. Doktor pun comel-comel. Semua perempuan je sebab azhar asingkan kuliah lelaki dan perempuan. Jadi, freedom lebih la.
Ana study la jugak walaupun menyampah dengan subjek yang tah apa-apa tu. Alhamdulillah. Pernah dapat full marks untuk Physics dan 90% for chemistry. Tu baru namanya minat. =)
Tahun 2 tahun klinikal ke? Boleh dikatakan pra-klinikal. Buat gigi dengan wax. Kali ni akan deal dengan dental instrument, insyaALLAH.
**Perlu bercita-cita besar**
Kita perlu jelas, kenapa kita ambil course yang amat susah ini?
Orang kata jadi doktor dapat duit banyak, tambah-tambah doktor gigi. Untuk duit ke? Nak beli kereta supaya dapat tarik mad'u? Supaya orang terpengaruh dengan kata-kata kita sebab kita doktor??
kan tak ikhlas namanya itu!
Sebab tak semestinya dengan doktor ini kita buat dakwah pun dan tak semestinya jadi doktor ini orang terpengaruh dengan kita.
Orang terikat dengan kita kerana Islam. Kerana dakwah yang kita bawa. Dengan kekuatan graviti kita yang lahir dari hubungan dengan Allah yang erat.
Kita jadi doktor kerana Allah. Memang nak bantu orang sakit. Sebab ramainya orang Islam kene berubat dengan orang2 kafir. Terpaksa membuka aurat mereka di hadapan orang kafir. Takkan kita nak biarkan semua itu?
Dan kita tahu ekonomi semua dipegang oleh orang bukan Islam.
Sekarang tiba masanya kita kuasai kesemua jurusan ekonomi yang ada.
Produk-produk perubatan perlu dari kilang-kilang orang Islam.
Bermulalah daripada jarum, kepada katil, kepada scrub, kepada alat-alat bedah, kepada ubat-ubatan, tiada negara Islam yang mengeluarkannya. Kini sudah tiba masa kita untuk monopoli semua itu. Kita takkan nampak semua itu kalau kita jadi orang biasa.
Perjalanan kita jauh lagi. Kita bercita-cita besar. Banyak lagi kerja-kerja kita. Belajarlah kerana Allah. Allah akan bantu kita. Dakwah itu adalah sebahagian hidup kita.
Kita tak menjadikan title kita untuk melonjakkan kita sebab itu takbur namanya. Tapi kita nak beritahu pada manusia lain bahawa kita seperti mereka juga.
Kita kerja, kita on-call, kita busy juga, kita ada family , kita ada anak dan sebagainya. And yet, kita juga adalah seorang da'ie, seorang yang nak menegakkan kalimah Allah. Kita bukan superwoman/man pun.
Kita adalah sebahagian dari manusia biasa yang ada. Dan Allah muliakan kita dengan Islam ini. So kene pegang Islam itu betul-betul dan sekuatnya. Dan indahnya Islam sebab Islam itu dapat berinteraksi dengan kehidupan manusia itu, regardless siapa mereka.
**Perlu kenal kekuatan dan kelemahan dalam study kita**
Kita kena jujur pada diri kita sendiri. Jangan pernah nak comparekan diri kita dengan orang lain. Lain orang, lain cara study dia. Berbeza kemampuan menguasai bahan dan hafalan. Tepuk dada tanya iman, kemampuan kita ini bagaimana?
Ada orang boleh study dalam 3-4 jam je sehari. Mampu excell dalam study.Orang seperti ini kene gunakan sebahagian masanya yang lain untuk dakwah dan tarbiyah. Ada orang memang perlukan 10 jam untuk belajar sehari, maka dia memang kene belajar 10 jam. Dan terpaksa kurangkan masa dakwah dan tarbiyah dia. ada orang boleh belajar last minute. 2 minggu sebelum exam, memang dia stop pergi semua program yang ada, dan pulun study. Ada orang kene belajar berterusan. So dia still mampu pergi usrah dan daurah walaupun dah dekat sangat nak exam. Sebab dia dah banyak revise sebelum itu.
Terpulang pada diri kita. Kita perlu kenal kekuatan kita. Dan penting sangat JANGAN overestimate kemampuan kita.
Takpe merasai tak pandai dan perlu banyak belajar, dari perasan pandai. Bila tak pandai itu, kita akan terus belajarkan?
**Perlu ada jadual belajar dan dakwah serentak**
**Tahu kekuatan study anda**
Ada orang kene study dalam group. So dia kena cari study group untuk belajar. Ada orang kene baca kuat-kuat, melalak-lalak, maka dia kenalah duduk belajar sorang-sorang. Nanti orang lain terganggu dengan suara dia. So kene kenal style study anda.
Gunakan segala pancaindera dalam study. Gunakan mata, telinga dan mulut. Ada benda kene baca, ada benda kene tengok gambar, ada benda kene dengar dan ada benda kene bercakap. Barulah dapat masuk dan faham apa yang kita belajar itu.
**Jangan jadikan dakwah escapisme**
Ini amat berbahaya. Ada antara kita yang bila stress sangat study, berpaling kepada dakwah sebagai escapisme. Berharap Allah akan membantu dia sebab dia dah membantu kerja Allah. Benda ini salah!
Sebab takkan berjaya sesuatu perkara tanpa usaha. Kejayaan takkan datang dengan magis. Walaupun betul terkadang Allah memang membantu hambaNya yang benar-benar tawakal kepadaNya.
Tapi kita still kene belajar. Kalau terlalu stress, cepat-cepat jumpa akhawat lain. Curahkan masalah kepada naqibah ataupun pada hosmet ke.
Tapi jangan simpan sorang-sorang, dan jangan jadikan dakwah sebagai escapisme. Nanti dakwah terfitnah kerana kita.
**Lepas dah habis satu urusan, buatlah urusan yang lain pula**
Lepas kamu dah belajar gila-gila. Dah berkorban perasaan sebab dah lama tak pergi program sebab nak study. Dah penat terperap dalam bilik, maka, KELUARLAH kamu berterbangan untuk menyampaikan kalimah Allah ini. Keluarlah untuk mengejar tarbiyah kamu semula. Buatlah dakwah gila-gila. Baru rasa nikmat pengorbanan sebab study kita itu.
Seminit lepas keluar dari dewan peperiksaan, boleh fikirkan agenda dakwah dan tarbiyah. kan best tu!
**Stay focus**
Untuk masa sekarang, sesiapa yang akan ada exam, fokus pada exam. Setelah itu kita fokus dakwah pulak. Susah nak tumpu dua benda dalam satu masa unless dua-dua otak kamu boleh berjalan serentak.
Bila fokus, kita akan menghasilkan impak yang besar pada usaha kita. Kita takkan mencapah. Amacam?
That's all. Thanks to Ukhti Muharikah for the tips and all.
Moga Allah memberikan hidayah dan kekuatan buat kamu semua sahabat dan sahabiahku!
0 comments:
Post a Comment