20 May 2010

Kes Penangkapan 4 Orang : Seorang Sudah Dihantar Ke Malaysia Isnin Lalu


Tup.. tup.. Kes penangkapan 4 orang rakyat Malaysia baru-baru ini (link) yang berlaku di Bawabah Thaniah, diakhiri dengan berita di bawah..

3 orang telah dibebaskan, iaitu :

1. Ridhwan dari Perak

2. Ali Baharom dari Selangor

3. Taqiuddin Muhammad dari Melaka

Dan seorang lagi telah dihantar pulang ke Malaysia, iaitu Bilal Jailani dari Selangor, Syariah Tahun 2, Kaherah.

Dia dihantar pulang ke Malaysia pada Hari Isnin 17 Mei baru-baru ini, dan tiba pada Hari Selasa, keesokan harinya.

Persoalan yang ingin saya timbulkan,..

1. Cuba kira, berapa hari dia dok dalam penjara?

2. Adakah hukuman dihantar pulang ke Malaysia ini hanya disebabkan tiada visa?

3. Adakah hukuman sebegini masih tiada kaitan dengan politik Mesir?

Ingatkah anda, apa yang terjadi pada 2008. 3 Orang yang ditangkap dan 2 daripadanya dihantar pulang ke Malaysia. Adakah hanya disebabkan "tiada visa"? Sekadar menimbulkan persoalan, untuk dijawab oleh anda.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

3 comments:

Bulan Mengambang on May 20, 2010 at 12:10 PM said...

Sepatutnya JPMK kawal persatuan yg ada bawah naungan diorang tuh...ISMA...

Unknown on October 9, 2012 at 11:18 PM said...

Sekarang saya berada di Tahun Empat, Syariah Islamiyah Univ Al-Azhar.

Selepas 2 tahun kejadian ini, saya belek kembali catatan panas Ust Mujahid.

Saya tersenyum saja~ ^_^

Unknown on October 9, 2012 at 11:19 PM said...

Saya Bilal Jailani. Doakan saya graduate dengan cemerlang tahun ini.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal