12 April 2010

60 Bayi Tabung Uji Berjaya Dilahirkan Di Malaysia

Yang ni bukan bayi tabung uji.. Hiasan sahaja

Berita Harian hari ini memberitahu bahawa Bayi Tabung Uji yang berjaya di Malaysia telah berjaya menghasilkan 60 bayi semenjak diperkenalkan pada 2005. Ramai juga baby kita yang disenyawakan di dalam Tabung Uji.

Bertambah "syok" mendengar berita ini apabila permohonan untuk menjalani proses ini mencecah 3000 permohonan pada 2008 dan 2009. Kesemua permohonan ini sedang "beratur" menunggu giliran untuk mendapat anak.

Eh, boleh ka? Apa pandangan syara' dalam masalah ini? Sebelum mengulas mengikut perspektif syara', suka untuk saya ulas dari sudut "buang anak". Ramai orang masih belum mempunyai anak, sehingga sanggup untuk mengeluarkan belanja yang besar untuk mendapatkannya.

Tetapi dalam masa yang sama, ramai juga yang sanggup membuang anak! Walaupun ketika dibuang itu, baby tersebut masih hidup dan mampu memberi senyuman dalam bentuk tangisan kepada si ibu!

Kenapa buang anak? Sebab takut terkantoi zina.. Siapa suruh zina? Dosa membuang bayi telah saya ulas sebelum ini. Sila klik di sini untuk membaca perbahasan ilmiah tersebut.

Insya Allah, ulasan ilmiah berkenaan dengan Bayi Tabung Uji akan dijelaskan di dalam entri lain. Sehingga kini, masih dalam proses menyiapkan artikel ilmiah tentang isu ini. Insya Allah.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal