Hak Mahasiswa Dinafi
Oleh : Pengerusi DPM Mansurah (link)
Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai. [at-taubah- ayat 32-33]
Semalam (24hb Apr 2010) telah berlangsung satu muktamar wafidin yang dianjurkan oleh Rabitah Alamiah Likhirrijil Al-Azhar.
Tujuan mutkamar yang diadakan ini pada awalnya tidak begitu jelas apakah motif dikumpulkan seluruh mahasiswa/wi wafidin kerana di setiap ucapan wakil-wakil kehormat yang hadir hanyalah berkisar ucapan taujihat bagi menyemarakkan lagi semangat belajar bagi setiap mahasiswa/wi wafidin.
Setelah masa berlalu, pengerusi majlis menyatakan bahawa segala permasalahan berkenaan pengkuliahan bolehlah diajukan kepada pihak kuliah bagi memudahkan urusan bersama. Kami masih terpinga-pinga dengan apa tujuan sebenar muktamar ini. Kerana sebelum ini pihak amid kuliah meminta untuk dipersoalkan berkenaan perpindahan seluruh pelajar wafidin ke Kaherah.
Sekitar jam 1 petang, rais syuun wafidin daripada kaherah barulah menyatakan tentang perkara tersebut (perpindahan pelajar wafidin ke kaherah). Perbincangan dimulakan dengan meminta beberapa wakil mahasiswa/wi wafidin untuk melontarkan pandangan dan persoalan. Wakil daripada Juzul Qamar seramai 2 orang dan daripada Malaysia seorang. Walaupun ramai lagi yang mahu berucap tetapi tidak dibenarkan.
Apa yang ana dapat simpulkan hasil daripada pandangan dan persoalan yang diajukan, pihak Rabitah Alamiah tidak dapat menjawab persoalan dan mengemukakan jawapan dengan baik. Semua perkara adalah "InsyaAllah". Lebih kurang jawapan UMNO di Malaysia.
Apabila ditanya berkenaan penempatan kami bagaimana?. Mudah jawapannya, insyaAllah kami akan sediakan. Berkenaan kos sara hidup yang tinggi?. "InsyaAllah akan diajukan kepada pusat bagi memudahkan". Ana begitu pelik, adakah mereka ini sebenarnya bersedia atau tidak menerima kami di kaherah? atau ada agenda lain yang seolah-olah memaksa kami mengikut arahan. Walaupun kami sebulat suara tidak bersetuju, namun paksaan tetap dikenakan bagi menerima juga cadangan ini. Adilkah?.
Ana sedang meneliti dan mengkaji berkenaan kuliah yang akan ditempatkan seluruh mahasiswa/wi wafidin di kaherah. Kuliah yang dinamakan Kuliah Ulum Islamiyah merupakan kuliah yang dikatakan kami akan dipusatkan. Namun apa yang kami perbincangkan sebelum ini, kuliah tersebut amat-amat bermasalah, dari segi kos yuran USD 1000/tahun, terikat dengan aktiviti-aktiviti jamiah, tiada dalam senarai pengiktarafan Lembaga Akreditasi Negara, percampuran antara ikhwah dan akhwat dan lain-lain lagi.
Setelah selesai muktamar yang dijalan sahabat-sahabat di cawangan-cawangan dan pusat PMRAM menelefon ana bagi mendapatkan maklumat berkenaan muktamar yang telah dijalankan. Ana mengucapkan terima kasih kepada mereka semua. Namun, ana masih ternanti-nanti bilakah panggilan daripada JPMK akan menyusul?. Adakah laungan kebajikan mereka hanya sekadar laungan semata-mata?. Atau mereka bertepuk tangan kerana inilah sebenarnya yang mereka nanti-nantikan?. Wallahu a'lam.
Walau apa pun ana tetap cuba bersama rakan-rakan negara yang lain serta sahabat-sahabat seperjuangan di dalam PMRAM untuk sedaya mungkin menyelesaikan dalam membantah perpindahan ini. Moga Allah memudahkan urusan kami.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi pandangan dan buah fikiran secara rasmi atau tidak rasmi. Juga terima kasih kepada mereka-mereka yang membantu dan memberi sokongan dari pelbagai sudut yang lain. Ana mengharapkan agar kita dapat sama-sama bedoa dan bangun bagi mengagalkan usaha-usaha untuk menafikan hak-hak mahasiswa/wi di bumi anbiya' ini.
0 comments:
Post a Comment