26 April 2010

Tangan Kotor Khairi JPMK - Kenyataan Rasmi Pengerusi DPM Mansurah

Kenyataan Rasmi Pengerusi DPM Mansurah
Tuduhan tidak berasas kepada Pengerusi Tanta


DPMM turut berasa amat kesal dengan tuduhan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) iaitu Encik Khairi Jalaluddin.

Tuduhan yang dilakukan terhadap Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta, Saudara Dzulhilmi bin Roslan itu sebenarnya boleh mencalarkan maruah seorang pimpinan mahasiswa. Apatah lagi tuduhan tersebut disebarluaskan melalui jaringan 'facebook'. Tuduhan yang dilemparkan tanpa usul periksa dengan menyatakan bahawa Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta mengaku sebagai wakil kedutaan adalah satu tuduhan yang sangat tidak realistik dan mencalar imej seorang pimpinan mahasiswa.

Seperti sedia maklum, PMRAM merupakan satu-satunya persatuan pelajar yang berdaftar dengan Syu'un Ijtimai(Kementerian Kemasyarakatan Mesir).Oleh itu pihak keselamatan mesir (Amnu Daulah) hanya akan berurusan dengan Pengerusi DPM sahaja sebagai wakil PMRAM di setiap muhafazah dan bertanggungjawab penuh atas segala keselamatan pelajar Malaysia di Muhafazah.Tuduhan tersebut amat tidak wajar dilakukan.

Mengikut prosuder, segala aktiviti DPM hendaklah dimaklumkan terus kepada Pihak Keselamatan Mesir (Amnu daulah) terutamanya yang melibatkan aktiviti luaran dan kedatangan wakil Kedutaan ke Muhafazah. Kesimpulannya, kedatangan wakil kedutaan yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak Amnu Daulah adalah satu tindakan yang salah.

Sehubungan dengan itu pihak DPMM sebulat suara tidak bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Encik Khairi Jalaluddin dan menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka demi memelihara keharmonian dan menjaga hak mahasiswa.

Semoga Allah merahmati kita semua dan menjaga kesatuan yang telah dibina atas dasar Islam ini dibawah hidayah dan petunjukNya.

Sekian, Wassalam.

“ KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH ”

Muhamad Amirul b. Hasim
Pengerusi PMRAM Cawangan Mansurah
Sesi 2009/2010

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal