27 April 2010

Perancangan Menghapuskan DPM Sudah Dipersetujui?


Beberapa perancangan untuk mengeluarkan mahasiswa wafidin dari muhafazah semakin terserlah. Perancangan untuk menempatkan semua wafidin di sebuah Universiti khas yang dinamakan sebagai Kuliah Ulum Islamiah yang dikenakan yuran sebanyak USD 1000 setahun.

Baru beberapa minit tadi, satu panggilan yang "merisau"kan sampai ke telinga ini apabila mendapati bahawa Muktamar Wafidin tidak akan diadakan di mana-mana muhafazah selepas ini. Cukup dengan apa yang terjadi di Mansurah, sudah menceritakan bahawa keengganan kami sebagai mahasiswa daripada menerima keputusan tersebut.

Muhafazah lain yang setakat ini belum melakukan apa-apa tindakan rasmi, digesa supaya bertindak, dengan mengeluarkan surat rasmi dari pertubuhan rasmi masing-masing, untuk menyatakan keengganan daripada menerima keputusan ini.

"Ura-ura" mengatakan bahawa keputusan ini sudah pun dipersetujui di peringkat atasan. Amacam? Benarkah? Kita tunggu, lihat dan bertindak dari sekarang untuk menyatakan keengganan kami.

Insya Allah, saya yakin segala perancangan sedang diatur di peringkat PMRAM untuk mempertahankan hak ini. Saya masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada PMRAM dan muhafazah lain.

Ya Allah, hapuskanlah tangan-tangan kotor yang cuba menghapuskan pejuang agamaMu!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal