Satu lakaran oleh Damien Hirst yang diberikan kepada seorang pemandu teksi sebagai tips £20 (RM100) untuk tambang, berkemungkinan bernilai £5,000 (RM25 000), menurut pakar.
Seniman kontroversi itu melukis gambar (di atas) untuk drebar teksi, Jon Horsley untuk perjalanan 30 minit daripada Chelsea Harbour hingga ke Mayfair 18 bulan yang lalu.
Semasa mereka sedang berbual-bual, mereka dapati mempunyai minat yang sama berkaitan komik dan Hirst mula menconteng seekor ikan yu dan tengkorak berlian - dua karyanya yang paling terkenal.
Lakaran itu sekarang antara set yang akan dijual di suatu acara lelongan di mana ia boleh dijual pada harga £5,000.
Sekeping kertas berukuran 29.5cm x 41cm mempunyai kata-kata ''For LJ. Don't give up on the art' tertulis di atas lukisan kepada anak lelaki Horsley yang sedang belajar di dalam bidang seni.
Horsley kata ia adalah wang tips terbaik sejak bekerja 15 tahun sebagai pemandu teksi.
0 comments:
Post a Comment