29 April 2010

Pelajar Dilarang Berpolitik.. Tapi, Gambar-gambar Ini Bagaimana?

Pada 19 April 2009, diadakan satu pertemuan di antara Badan Pengurus PMRAM, Yang Dipertua BKAN, dan Pengerusi DPM, bersama pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Ketika itu saya masih memegang jawatan sebagai YDP Perak, dan turut sama dalam pertemuan tersebut. (link)

Masih jelas diingatan saya beberapa perbincangan di dalam mesyuarat yang diketuai oleh Presiden PMRAM 2009 tersebut. Antara soalan yang ditimbulkan oleh salah seorang anggota mesyuarat, Ustaz Zuhaili Saiman yang memegang jawatan sebagai Naib Presiden III, berkenaan dengan kehadiran Pegawai JPMK di dalam Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) anjuran PMRAM.

Soala yang dilontarkan ialah, kenapa pegawai JPMK seorang pun tidak dapat menghadirkan diri di dalam program anjuran PMRAM?

Apa yang dijawab oleh En Zainuddin ketika itu ialah, sebenarnya kami diberi arahan untuk tidak menghadiri sebarang program PMRAM. Atau ayat yang sama maksud dengannya.

"Mungkin masalah pendaftaran" Hati ku memujuk...

Tapi, persoalan yang timbul kembali pada hari ini ialah penglibatan pegawai JPMK dalam Kelab UMNO. Jelas menampakkan penglibatan di dalam politik kepartian. Sila lihat pada gambar-gambar yang akan disiarkan di bawah nanti.

Tetapi.. selama ini, adakah PMRAM itu parti politik? Tuduhan yang jelas disebutkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 27 Mac. Demikian juga di dalam (link) yang telah saya siarkan sebelum ini.

Presiden PMRAM 2009 membidas kenyataan tersebut di dalam web PMRAM (link) :

Di dalam Bab Pertama Fasal 4 Undang-undang Tubuh PMRAM menyebutkan bahawa kawasan operasi Persekutuan ini ialah Republik Arab Mesir yang berpusat di Kaherah dan Persekutuan tidak boleh mencampuri masalah-masalah politik.

Kenapa PMRAM yang memperjuangkan hak mahasiswa dituduh berpolitik? Nadi UMNO yang terang-terang berpolitik, mendapat sambutan oleh Pegawai JPMK. Kenapa? Apa semua ini? memandang kepada pelakuan Pegawai JPMK hari ini, sudah terang menampakkan politik kepartian mereka, yang tidak "ditegur" oleh mana-mana pihak pun. Gambar-gambar di bawah ini menceritakan segala-galanya..


Ini gambar paling jelas


Gambar ini kurang jelas. Cuma saya yakin di dalam bulatan kiri itu adalah Khairi.
Kalau salah, tolong tegur. Di kanan tu nampak macam Prof Jamil. Entah.


Ini adalah Pejabat Kelab UMNO. Kelihatan Khairi sedang memvacumm


Saya tak pasti di mana. Tapi, kalau tengok baju, nampak macam sama
dengan gambar pertama tadi, iaitu di Pejabat Kelab UMNO


Prof Jamil sedang bermesyuarat dengan Nadi UMNO. Nampak tak?


Khairi dan Prof Jamil bersama MB Johor dan Nadi UMNO..
Tetapi ketika kerajaan Negeri Selangor datang, buat masam muka..


2 comments:

ishak ali on May 29, 2010 at 10:55 AM said...
This comment has been removed by the author.
ishak ali on May 29, 2010 at 10:57 AM said...

Kenapa rajin sangat Pengarah JPMK dan pegawai JPMK ni sibuk2 mengecat pejabat UMNO...Adakah UMNOAPCO yg bayar gaji mereka atau rakyat,kiter pembayar cukai ni yg bayar.Saya cabar Prof Jamil,khairi ni letak jawatan sebagai Pegawai JPMK dan masuk UMNO serta bertanding dlm PRU akan datang berdepan dengan Pakatan Rakyat...Buat mengabis boras jer duduk Mesir jadi barua UMNOAPCO ni..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal