Lukisan paling mahal setakat ini...
Lukisan-lukisan paling terkenal di dunia, terutamanya yang dilukis sebelum tahun 1800, umumnya dimiliki oleh muzium, yang mana amat jarang menjualnya, dan oleh itu, harganya adalah tak ternilai.
Guinness World Records telah menyenaraikan lukisan Mona Lisa sebagai sebuah lukisan yang memiliki nilai insurans tertinggi dalam sejarah. Ia telah dinilai pada AS$100 juta pada 14 Disember, 1962, sebelum lukisan dipamerkan ke seluruh Amerika Syarikat untuk beberapa bulan.
Walaubagaimanapun, Louvre memutuskan untuk mempertingkat langkah-langkah keselamatan ke atas lukisan ini dan bukannya membayar premium insurans. Mengambil kira faktor inflasi, nilai pada tahun 1962 mungkin bernilai kira-kira AS$670 juta pada tahun 2006.
p/s : Lukisan buatan manusia tetap ada nilainya.. tetapi bagaimana pula dengan ciptaan Allah yang tidak ternilai? Bahkan tiada tolok banding..
0 comments:
Post a Comment