16 April 2010

Debu Kawah Gunung Berapi Menyelubungi Iceland

SATU imej radar menunjukkan gambar seperti muka hantu pada kawasan kawah di glasier Eyjafjallajokull yang mengeluarkan abu semalam



Spread: A satellite image shows the grey plume of ash (centre) travelling from Iceland, over the Faroe Islands and towards Shetland


Choking: The smoke is blown across the skies above houses in Iceland yesterday


LONDON - Debu kawah gunung berapi yang dikeluarkan di bawah glasier Eyjafjallajokull telah menyelubungi kawasan luar bandar Iceland sekali gus menyebabkan hampir kebanyakan penerbangan di Eropah ditangguhkan sehingga hari ini.

Tindakan penangguhan itu menyebabkan sejumlah penumpang yang terkandas memenuhi stesen kereta api dan hotel di bandar-bandar utama di Eropah.

Menurut pegawai-pegawai sebuah agensi kawalan udara Eropah, Eurocontrol, hanya 11,000 penerbangan dijangka beroperasi berbanding 28,000 penerbangan yang merupakan angka operasi sebenar.

Penumpang-penumpang yang terkandas itu menggunakan perkhidmatan kereta api untuk menuju ke destinasi mereka di Eropah.

Sebuah syarikat usaha sama kereta api, Thalys membenarkan penumpang untuk membeli tiket walaupun tempat duduk kereta api sudah habis ditempah.

"Kami berpendapat, kami akan membantu sejumlah penumpang untuk pergi ke destinasi terakhir mereka," kata jurucakap Thalys, Patricia Baars.

Kelmarin, seketul ais sebesar sebuah rumah runtuh dari kawah di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland.

Menurut seorang pegawai di Jabatan Perlindungan Sivil, Rognvaldur Olafsson, banjir dijangka berlaku ekoran kecairan ais.

Ruang udara Britain, Ireland, Perancis. Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Belgium ditutup ekoran debu yang dikeluarkan oleh kawah gunung berapi itu.

Langit di Lapangan Terbang Heathrow dan beberapa kawasan di Britain turut menjadi jingga ekoran debu tersebut.- Agensi

Berita Dalam Bahasa Inggeris sila klik di sini

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal