29 April 2010

KPT : Garis Panduan Keselamatan Berhubung Kes Cabul


Berikutan kes pencabulan akhawat Terengganu baru-baru ini (link), Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengan keselamatan. Kenyataan ini telah disiarkan di dalam blog rasmi KPT (link). Semoga ia berguna untuk tatapan pembaca sekalian.

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) memandang serius terhadap kes seorang akhawat Terengganu yang telah diganggu oleh remaja arab tempatan di kawasan Suk Sayarat, Hayyu Asyir pada 26 April 2010, waktu asar. Walaupun kejadian tersebut tidak serius sehingga ke tahap mencabuli, akan tetapi ia perlu diambil perhatian agar kejadian tersebut tidak berulang lagi. Kes jenayah kerap berlaku di musim panas yang melibatkan pelajar Malaysia dan sebagainya.

Oleh yang demikian, pihak KPT memohon semua ahli dapat mematuhi garis panduan keselamatan bagi membendung kes-kes jenayah daripada terus berlaku, seperti berikut:

1. Akhawat dilarang keluar pada waktu malam kecuali untuk urusan penting sahaja dan dengan menggunakan khidmat Musyrif yang telah ditetapkan.

2. Jika berlaku kes jenayah atau kejadian yang meragukan sila maklumkan kepada : Presiden PMRAM (011-3771841) @ YDP KPT (011-5263769) @ AJKT atau rakan terdekat.

3. Memastikan jalan yang dilalui selamat daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

4. Sentiasa membawa salinan passport/ kad PMRAM/ kernih bersama-sama tidak kira ke mana sahaja.

5. Memastikan passport/ visa dalam keadaan tempoh telah diperbaharui.

6. Tidak keluar seorang diri samada pada waktu siang dan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

7. Memastikan rumah dalam keadaan berkunci dan selamat daripada sebarang perkara yang memungkinkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Selamat membaca.. Jaga keselamatan anda.. Sayangi diri anda.. dan macam-macam lagi kempen..

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal