Haa.. Khairi datang membela diri dengan menggunakan blog Atasependidikan.. Masih tidak mahu ngaku salah. Sebelum membaca, suka untuk saya memberikan satu kaedah mantik "Tidak tahu, bukan bermakna tiada".. Ya, kalau Khairi tak tahu, jangan kata sesuatu itu tiada.. lihat apakah yang ditulis oleh beliau (link). Tajuk yang jelas "PMRAM Diminta Jangan Menyusahkan Pelajar"...
Assalamulaikum,
Pelajar-pelajar yang dihormati lagi disayangi,
1. Secara peribadi saya selaku penasihat pelajar memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Tanta itu amat mengecewakan banyak pihak. Hal ini kerana kami datang dari jauh ke sana untuk membantu pelajar bagi memudahkan urusan mereka (urusan pengesahan/zakat dll) bukan menyusahkan.
2. Saya juga menasihatkan pelajar, jangan menyusahkan diri melakukan kerja-kerja polis dengan memeriksa kami. Saya dapati wakil PMRAM (pelajar) di Tanta tersebut ditelefon sebanyak 8 kali sewaktu berada di dalam kuliah oleh polis. Kemudian dimarahi pula selepas itu (Polis itu kerani rupanya). Saya berpendapat ini menganggu pembelajaran pelajar terbabit. Jika ibubapa pelajar tersebut tahu mungkin mereka juga tidak merestui hal itu berlaku kepada anaknya.
3. Apa yang berlaku itu bukanlah fitnah tetapi dakwaan seolah-olah sebagai wakil Kedutaan berdasarkan kewujudan polis dan kenyataan Puan Salwa (boleh rujuk padanya)dan beliau sedia dirujuk. Kaedah fiqh mengatakan ;
البينة على من ادعى واليمين على من انكرى
4. Kemudian “polisi” yang dikatakan oleh Presiden PMRAM iaitu semua pegawai Kerajaan kena rujuk PMRAM sebelum ke sesuatu tempat itu saya berpendapat adalah tidak betul dan tidak ada dalam penjanjian antara negara. Kalau betul ada, sila berikan dokumen tersebut untuk rujukan dan tindakan Kedutaan.
5. Akhir sekali, saya menasihati pelajar untuk menumpukan pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Jangan melakukan tugas yang bukan bidang tugas pelajar. Hal ini akan menghilangkan fokus kepada pelajaran. Saya yakin kalau pelajar dapat menumpukan kepada pelajaran, prestasi akademik mereka akan meningkat dengan lebih cemerlang. Salam ukhuwah dari saya.
Khairi Jalalludin
Di sana terdapat seorang hamba Allah memberikan komentar.. Sepertimana yang tertera di bawah :
1. Terima kasih kerana sudi jg dtg ke Tanta bg memudhkn ursn kami. Namun, prosedur tetap prosedur. Sy mlht DPMT jg cuba memudhkn urusn kedtangan JPMK ke Tanta, adkh terlalu sukar utk pihak JPMK memaklumkan kpd PMRAM dan DPMT kedatangan kalian ke mana-mana muhafazah?. Kan ini lebh baik.2. Sy juga menasihatkan pihak JPMK spya tdk menyusahkn peljar2 di sini. Kalau la JPMK bersifat profesional hal ini tdk akan berlaku. Sbg cth 3 hari sblm dtg ke Tanta telefon dl pihak PMRAM dan DPMT. Ini lbh profesional dan memudhkn urusn bersama.3. Sy bersetuju dgn kaedah yg dinyatakan dan sy bertanya kembali tentang kenyataan ini “ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik". kenyataan ini dibuat dgn bertanya terlbh dahulu kpd DPMT atau tanpa bertanya?.4. Sy tdk pasti en.KJ th atau tdk polisi ini. Kemungkinan pegawai2 JPMK yg lps tdk memaklumkn kpd pegawai2 baru. Atau mungkin bt2 tak th.5. Sy jg berhrp pihk JPMK tdk menimbulkn apa2 sentimen yg blh menganggu emosi pelajr yg akn menghadapi imtihan tdk lama lg. Berilah kerjasama yg terbaik. lakukan kerja dgn penuh profesional. Jgn terlalu tumpukn utk menjatuhkn org lain dan persatuan yg ada tetapi tumpukn amanah selaku Pegawai Atase Pendidikan MSD Cairo (Unit Akademik MSD Cairo) .doakan kami semoga berjaya. Saya mengajak pihak kedutaan dan JPMK untuk sama-sama bernaung di bawah PMRAM.Ingat blk sejarah, sapa yg desak kerajaan supaya hntr kedutaan ke sini?. Tidak lain tidak bukan adalh PMRAM.Harap en.KJ tdk terasa dgn mahasiswa/wi yg bersuara. Sy lihat ini adlh kebaikan bersama. PMRAM pon byk kena hentam, yg baik kita ambik, yg buruk kita buang.Jom en.KJ kita laung sama-sama sekuat-kuatnya. KITA PMRAM! 10x.salam ukhuwah dari saya. Ahmad Hisyam bin Zulkefli.
Lalu En Zul pula menambah, saya tak pasti Zul mana.. Tapi nampak ayatnya macam En Zul JPMK.. WaLlahua'lam. Apa yang beliau katakan?
Tidak termaktub dalam Peraturan Kerajaan Mesir, semua Diplomat asing wajib melaporkan pergerakan mereka.Peraturan yang DPM/PMRAM amalkan selama ini banyak membantu Amn Daulah dalam mengakses maklumat Kerajaan Malaysia tetapi menyusahkan diplomat.Untuk makluman, kerajaan Mesir tidak menyediakan Polis Pengiring kepada tetamu luar dengan sewenang-wenangnya...Pelajar/DPM/PMRAM perlu tahu batas-batas kuasa yang ada pada mereka...Selamat Maju Jaya
Habis cerita.. Demikianlah apa yang dicopy dari blog beliau. No komen dari saya. Cuma saya harapkan supaya anda dapat memberi komentar, tanpa menggunakan anonymous.. Nampak macam tak berani wal pengecut. Silakan..
Tapi, sebelum memberi komentar, sila lihat gambar yang pernah saya postkan sebelum ini. Apa cerita? Rajin memvacumm.. tapi rasa macam bukan pejabat JPMK
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment