26 April 2010

5 Fasa Penghapusan PMRAM, Siapa Punya Kerja?


Kemungkinan penghapusan DPM adalah fasa ke 5 dalam menghapuskan PMRAM dan Mahasiswa al Azhar? Ya ke? Kita tunggu sehingga Allah sendiri mendedahkan tangan-tangan busuk ini. Apakah 4 fasa sebelumnya? Kita juga tunggu sahaja pendedahan yang akan datang.

Apakah yang telah dihapuskan sebelum ini? Sekadar bacaan politik melalui kacamata seorang mahasiswa, dan sekadar menimbulkan persoalan. Ibarat sebuah ayat mantik "Matahari yang terang di hadapan mata, tidak mungkin dapat kita berhujah bahawa hari masih malam!"

1. Mahasiswa Qiraat

Nama mahasiswa qiraat sengaja dilewat-lewatkan. Ia bermula pada 2007 lagi (seingat penulis). Siapakah angkara tangan itu? Sehingga ke hari ini, mahasiswa Qiraat sesi baru masih belum lagi naik nama mereka.

Kenapa mahasiswa qiraat? Kerana "mereka" melihat kekuatan PMRAM sebelum ini dianggotai oleh mahasiswa qiraat yang mempunyai pengalaman berpersatuan di Malaysia lagi. Betul tak? Tapi anda tak perlu risau, pejuang Islam tu Allah yang pilih.

2. Penghapusan Mu'adalah

Ya, ini juga antara salah satu usaha untuk menghapuskan "suara garang" dalam PMRAM. Mua'adalah telah dihapuskan oleh Azhar disebabkan tangan "mereka" yang terjadi pada 2007 juga. Kenapa 2007? Ketika itulah "mereka" mengadakan mesyuarat khas, wal tergempar (atau akhir 2006).

Apabila mu'adalah dihapuskan 50% mahasiswa al Azhar akan berkurangan. Maka, yang berbaki hanyalah lepasan STAM, yang diprogramkan di Malaysia lagi. Kalau "mu'adalah" ni, dah susah nak ubah.. kata "mereka".

3. Lambakan Pelajar Medic

Ya, mahasiswa medic tak bersalah. Tetapi di sana timbul satu persoalan "kenapa tiba-tiba sahaja jadi banyak? Kenapa tak masuk sedikit demi sedikit? Kenapa secara tiba-tiba "agen-agen" ini datang melimpah di bumi Mesir?.

Sesi pertama medic agen ialah pada tahun 2007. Kenapa 2007? Persoalan ini telah dijawab tadi. Salahkah medic agen? Tidak salah. Cuma sekadar timbul persoalan "kenapa ia secara tiba-tiba?"

4. Mewujudkan al Azhar Melayu

Ia bermula 2008 (tak berapa ingat). Tiba-tiba sahaja semua mahasiswa baru "ditarik" untuk menyertai pengajian Universiti al Azhar Melayu. Kalau ada yang bertanya, apa buktinya?

Kalau nak buktinya, boleh tanya sendiri kepada mereka yang terlibat, dan mereka yang ditarik. Beberapa orang diminta dari setiap BKAN untuk menjadi wakil "untuk dimasukkan di dalam U ini".

5. Penghapusan DPM?

Sekadar menimbulkan persoalan. Adakah penghapusan DPM ini fasa ke 5 dalam mempupuskan ahli PMRAM?. Kenapa DPM? Kerana DPM mempunyai hubungan "direct" dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir, dan DPM mempunyai "kuasa" penuh yang diberikan.

DPM akan cuba dirobek sedikit demi sedikit. Cawangan yang cuba dirobek di peringat awal ialah Syibin dan Syubra. Berapa kerat yang diagihkan ke Syibin? Semua pelajar wafidin akan ditempatkan di dalam satu U "khas" di Kaherah. Eh, kenapa? Ya, untuk memadamkan nama "al Azhar" dari mata masyarakat Melayu. Selepas ini, tiada lagi al Azhar. Siapa punya tangan kotor segala perancangan ini?

Ya Allah, dedahkanlah siapakah mereka! Hancurkanlah usaha mereka yang ingin menghapuskan pejuang agamaMu!

Analisis ini mungkin memberi manfaat kepada anda. Sebuah analisis rasmi yang disiarkan di dalam web PMRAM (link) :

Satu analisis telah dijalankan oleh Urus Setia Sambutan Mahasiswa Mahasiswi Baru PMRAM 2009 (USMB PMRAM 2009) bagi kedatangan mahasiswa baru ke Mesir bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda. Pada tahun ini iaitu bagi sesi pengajian 2009/2010, mahasiswa baru yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar seramai 583 orang. Bilangan ini berkurangan berbanding bilangan mahasiswa pada tahun 2008 iaitu seramai lebih 700 orang.

Mengikut laporan yang diperolehi, saban tahun jumlah kedatangan mahasiswa ke Mesir bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar untuk jurusan Pengajian Islam semakin berkurangan, lebih-lebih lagi selepas pembatalan Memorendum Persefahaman (MoU) bagi kemasukan penuntut baru melalui sistem mu'adalah.

Selain itu, pada tahun ini juga, bilangan mahasiswa yang memohon untuk memulakan pengajian di Kaherah amat tinggi berbanding mahasiswa yang memohon untuk memulakan pengajian di muhafazah lain. Malah, hasil analisis juga mendapati bahawa, jumlah kehadiran mahasiswi mengikut negeri pada tahun ini juga merosot berbanding pada tahun-tahun lepas.

Pada tahun ini, muhafazah yang paling ramai menerima mahasiswa baru ialah Tanta iaitu lebih kurang seramai 64 orang. Walaubagaimanapun, muhafazah Shibin El Kom pada tahun ini, akhirnya menerima seorang mahasiswa baru setelah 2 tahun tidak menerima kedatangan mahasiswa baru. Akan tetapi, jumlah tersebut berubah pada saat-saat akhir apabila seorang lagi mahasiswa yang diletakkan di Shibin, bertukar kuliah ke Kaherah.

Justeru, menurut analisis yang telah dijalankan, hasilnya PMRAM mendapati beberapa fakta yang agak negatif iaitu:

1. Kemerosotan kehadiran mahasiswa yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar pada saban tahun, lebih-lebih lagi selepas pembatalan program kemasukan mahasiswa melalui sistem mu'adalah.

2. Terdapat muhafazah yang tidak atau kurang menerima kehadiran mahasiswa baru bagi mengisi kekosongan tempat di sana.

3. Ketidakseimbangan jumlah mahasiswa Pengajian Islam dan Perubatan, di mana kehadiran mahasiswa Perubatan jauh lebih ramai berbanding mahasiswa Pengajian Islam kira-kira 1000 orang setiap tahun.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

Ridzuan Adzemi on April 26, 2010 at 7:15 PM said...

Semoga Allah memelihara pejuang2 agamaNya & menzahirkan mereka2 yang ingin hapuskan pejuang agama Allah s.w.t...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal