09 October 2010

Menjawab Keraguan Terhadap Kesinambungan PMRAM Di Malaysia

Telinga ini pernah dengar sebuah tohmahan terhadap PMRAM dengan mengatakan "PMRAM tiada di Malaysia, maka perjuangannya tidak berterusan.. Jadi, kita perlu mencari persatuan lain yang ada kesinambungannya di Malaysia"..

Atau ayatnya lebih kurang begini..

Suka untuk saya menjelaskan kepada golongan ini, bahawa perjuangan itu "adalah satu seruan kepada Allah". Maka, perjuangan yang salah, akan menyeru kepada :

1. Seruan kepada kami
2. Seruan kepada saya
3. Seruan kepada taghut

Ketiga-tiga seruan ini adalah bercanggah dengan prinsip perjuangan. Contoh perjuangan salah yang "menyeru kepada kami" ialah sepertimana yang ditohmah terhadap PMRAM. PMRAM tidak wujud di Malaysia, maka bagaimanakah kita akan bersama PMRAM sedangkan perjangannya tiada kesinambungan di Malaysia? Hakikatnya, PMRAM tidak menyeru kepada kami, tetapi menyeru kepada Islam. Perkara ini akan diperincikan kemudian.

Contoh "seruan kepada saya", ialah "intima' syakhsi". Iaitu seseorang itu bersama dengan perjuangan disebabkan wujudnya tokoh-tokoh tertentu. Apabila tokoh itu sudah berpaling tadah dan tersasar dari landasan perjuangan, maka orang tersebut turut berpaling tadah, kerana ikutannya ialah individu tersebut, bukannya perjuangan Islam. Maka, PMRAM mendidik ahli-ahlinya supaya iltizam dengan PMRAM walaupun bertukar pimpinan.

Contoh "seruan kepada taghut" ialah sepertimana yang telah maklum, iaitu seruan kepada perkara-perkara yang haram, bercanggah dengan Akidah Islam dan sebagainya. Maka, PMRAM sama sekali menolak sebarang seruan kepada taghut ini.

Suka untuk saya perincikan tentang item yang pertama, iaitu "seruan kepada kami". Kita melihat PMRAM tidak wujud di Malaysia, maka bukanlah ia menjadi sebab kita perlu keluar dari PMRAM. Sebaliknya, PMRAM menyeru kepada Islam, yang wujud di Malaysia.

Di Mesir, PMRAM menyeru kepada Islam, maka, apabila seseorang itu pulang di Malaysia, dia perlu berjuang di bawah gerakan yang juga menyeru kepada Islam. Bukan kumpulan yang menyeru kepada taghut, atau seruan kepada kami, atau seruan kepada saya.

Mesir adalah medan perjuangan kita untuk menegakkan Islam. Mesir bukanlah tempat latihan sepertimana yang didakwa oleh kebanyakan orang. Mesir adalah medan sebenar kita. Iaitu, kita perlu berjuang di mana kita berada. Bukanlah sepertimana golongan yang menganggap Mesir ini sebagai latihan, dan Malaysia itu adalah medan sebenar.

"Ala.. baru latihan.. tak perlu buat sungguh-sungguh.. nanti kat Malaysia, kita dakwah la betul-betul.."

Ini adalah tanggapan yang salah, yang menyebabkan mereka mudah tersungkur di permulaan jalan lagi.

Apabila PMRAM tiada di Malaysia, bukan bermakna kita perlu keluar daripada PMRAM, dan menubuhkan persatuan lain, yang dikatakan ada kesinambungannya di Malaysia. Ayat yang biasa didengari :

"Kalau kita bersama PMRAM pada hari ini, nanti di Malaysia kita nak join mana satu?"

Jawapan untuk persoalan ini ialah, PMRAM menyeru kepada Islam.. dan apabila kita berada di Malaysia, hendaklah kita bersama dengan gerakan yang juga menyeru kepada Islam.

Sama seperti yang telah saya sebutkan di permulaan tadi, PMRAM bukanlah menyeru kepada "kami". PMRAM menyeru kepada Islam.. Dan kita, janganlah kita terikut dengan seruan yang menyeru kepada "kami" semata-mata. Mereka akan berkempen, mengatakan PMRAM itu kurang tarbiah, pimpinan PMRAM tiada fikrah dan banyak lagi tuduhan yang dilemparkan.

Hujah-hujah ini digunakan untuk golongan ini menyeru supaya bersama-sama mereka, sedangkan PMRAM menyeru kepada Islam, bukan menyeru kepada "kami".

- Ibnu Ir Fadzil

1 comments:

Shahrizan bin Mohd. Hazime on October 10, 2010 at 8:13 AM said...

Salam, kita akan masuk ke step yang ke 2 pembentukan fikrah mahasiswa. Perkasakan jentera fasilitator

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal