30 October 2010

Gempur Hisbah Di Mansurah - 20 Oktober

Mansurah, 20 Oktober 2010- Unit Hisbah DPM Mansurah dengan kerjasama Unit Hisbah PMRAM Pusat telah mengadakan satu operasi gerak gempur hisbah dikawasan Tir'ah.Operasi ini disertai oleh Ketua Unit Hisbah PMRAM, Al Fadhil Ust Majdi bin Zakaria dan beberapa orang wakil dari peringkat Unit Hisbah PMRAM Pusat. Lebih membanggakan apabila operasi ini bukan sahaja disertai oleh ahli DPM Mansurah sahaja malah beberapa BKAN dan DPM menunjukkan kebersamaan dengan DPM Mansurah dalam mewujudkan suasana amar mak'ruf nahi mungkar.

Antara PMRAM cawangan yang menyertai operasi ini ialah PMRAM cawangan Melaka , PMRAM cawangan Perak , PMRAM cawangan Shoubra , PMRAM cawangan Damanhur , PMRAM cawangan Dumyat dan PMRAM cawangan Zaqaziq.Jumlah kekuatan pada malam itu seramai 70 orang ikhwah yang terlibat manakala akhawat seramai 50 orang dengan berlatar belakangkan pelbagai bidang pengajian .

Sebelum bermula operasi ini taklimat telah diberikan oleh Pengarah Unit Hisbah DPM Mansurah , Ustaz Muhamad Fadhil B Hasanuddin dan Ketua Unit Hisbah PMRAM , Ustaz Majdi B Zakaria.

Antara kes-kes yang telah dijumpai ialah kes couple,pelajar akhawat yang keluar tanpa musyrif dan terdapat juga pelajar akhawat yang tidak menutup aurat.Untuk operasi gerak gempur ini kami telah membahagikan kepada beberapa kumpulan dan kawasan untuk memudahkan gerak kerja.

Tindakan yang telah kami ambil ialah dengan menegur dan menasihati,mengedarkan risalah dan menghantar semula bagi akhawat yang keluar tanpa musyrif.Sebagai mahasiswa Islam,kita hendaklah menyedari akan tanggungjawab kita dalam menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar.janganlah kita hanya mendabik dada dengan gelaran azhari sedangkan gejala maksiat terus bemaharajalela dan yang lebih menyedihkan wujud di kalangan kita yang memandang enteng akan tanggungjawab ini.

Selain itu saya menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi agar dapat menjayakan matan usul Muktamar Sanawi PMRAM baru-baru ini yang berbunyi :

“Menggempur gerak kerja Hisbah dalam membanteras gejala sosial dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir melalui tindakan berikut :-

Pertama : Menggesa pihak berwajib terutamanya JPMK dan KBMK untuk bertindak dengan lebih serius.

Kedua : Mewajibkan skuad penguatkuasa hisbah di setiap peringkat PMRAM pusat dan cawangan”.

Jutaan terima kasih atas penglibatan semua pihak samada cawangan dan pusat,semoga kita tidak jemu dan mengeluh dalam mendaulatkan syariat Allah.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

Muhammad Fadhil B.Hasanuddin
Pengarah Unit Hisbah
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
sesi 2010/2011

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal