13 October 2010

Us Jamal Mantan BP Kemalangan Semalam

InnaliLlah.. semalam, telinga ini mendapat khabar berita kemalangan seorang Mantan Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Jamal Najimuddin. Pada petang semalam, beliau sempat memberi pengisian tentang Cinta Terhadap Nabi SAW bersama saya.. dalam program KEJORA 10 (ikhwah), di Isma'iliyyah.

Saya masih ingat, pada jam 5.20 pm, setelah memberi pengisian bersama, beliau bergegas ke Kaherah bagi mengikuti beberapa buah bas yang akan ke KEJORA 10 (akhawat). Malam tersebut, saya terdengar berita bahawa beliau kemalangan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Isma'iliyyah.

Beliau juga merupakan Adhoc KEJORA, yang banyak memainkan peranan dalam menggerakkan program ini. Kita doakan semoga ujian ini memberi semangat kepada ahli PMRAM, dan semoga beliau cepat disembuhkan oleh Allah.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal