30 October 2010

Roadshow Gempur Syakhsiah Di Damanhur



DAMANHUR, 18 Oktober - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah (unit) Dakwah dan Pembangunan Insan telah mengadakan Roadshow Gempur Syakhsiah di muhafazah Damanhur.

Program yang bertemakan "Membina langkah, Mungkar dicegah" berjalan lancari. Meskipun kehadiran tidak mencapai sasaran namun ia tidak melemahkan semangat pelaksana untuk membentangkan pengisian. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang berpaksikan daripada usul Muktamar PMRAM baru-baru ini iaitu "KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH"

Program yang bercirikan liqa' ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membentuk identiti syakhsiah islamiyyah yang tulen kepada mahasiswa-mahasiswa Mesir di Damanhur.Antara wakil pengisi bagi siri jelajah ke Damanhur ini ialah saudara Majdi Bin Zakaria (Unit Hisbah), saudara Al-Hashir Bin Mohamad Rabeh (Unit Biah Solehah), dan saudara Ismail Bin Nordin (Unit Bait Muslim).

Penekanan yang di berikan ialah merapatkan ukhuwwah sesama ahli, penggunaan teknologi, solat berjemaah, komitmen dalam program persatuan dan sebagainya. Perjalanan program yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah ini menjadi suntikkan semangat para ahli agar mempertingkatkan akhlak islamiyyah yang telah dibawa oleh junjungan nabi Muhammad S.A.W. sebagai ikutan.

Justeru, tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar ini bukan sahaja terpundak pada bahu pimpinan, mahupun exco-exco, bahkan setiap mahasiswa yang bergelar seorang muslim supaya biah solehah di Damanhur terjamin.

Program ini di akhiri dengan soal jawab daripada kalangan ahli dan tayangan video. Moga-moga program yang telah dirancang ini diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal