Showing posts with label Dairy Peribadi dan Harian. Show all posts
Showing posts with label Dairy Peribadi dan Harian. Show all posts

10 June 2010

Mangsa Dikatakan Terperangkap Dicelah-celah Antara Dua Keretapi - Saksi


Sepertimana yang telah diceritakan sebelum ini, tentang kes kemalangan yang meragut seorang mangsa di rel keretapi di Asafirah, Iskandariah. Setelah mendengar kronologi kemalangan yang diceritakan oleh salah seorang saksi, maka, saya nukilkan kisahnya seperti di bawah.

Mangsa ketika itu, ingin melintasi rel keretapi yang mempunyai dua bahagian, iaitu dari arah bertentangan. Mangsa melintasi rel keretapi yang bergerak dari arah Asafirah ke Sidi Bisyr (DPM Iskandariah terletak di Mandarah, selepas stesen Asafirah).

Ketika mangsa cuba melintasi rel tersebut, keretapi dari Asafirah sudah pun berdekatan. Lalu mangsa tetap melintasi dan berjaya melepasinya. Tetapi malangnya, mangsa tidak menyedari kewujudan keretapi yang sedang bergerak dari arah bertentangan di rel kedua (daripada Sidi Bisyr menuju Asafirah).

Apabila menyedari keretapi (sidi bisyr ke Asafirah) tersebut sudah terlalu dekat mangsa berpatah balik ke belakang. Malangnya keretapi yang mangsa lintasi pada mula-mula tadi (Asafirah ke sidi bisyr) sudah pun bergerak berhampiran, lalu melanggar lelaki tersebut, dan diseret sejauh 60 meter.

Mangsa digambarkan terperangkap dicelah-celah dua keretapi tersebut, namun keretapi yang menyeret mangsa adalah keretapi dari Asafirah ke Sidi Bisyr. Mangsa digesel di bawah kedua-dua keretapi sehinggalah kedua-dua keretapi tersebut melepasi di antara satu sama lain.

Mangsa terkulai di tempat kejadian. Kemudian barulah beberapa orang makcik yang sedang menunggu untuk melintasi tempat tersebut, menjerit-jerit.. Kemudian saya datang ke tempat kejadian.

Faham ke? Sila lihat gambar di atas, mungkin boleh faham. Ok. Beginilah apa yang diceritakan oleh beberapa orang saksi. Kronologi daripada saya, boleh dibaca di sini (link)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Kronologi Kemalangan Maut Di Rel Keretapi Asafirah, Iskandariah

Antara kesan darah dan serpihan daging mangsa setelah diseret sejauh 60 meter


Kronologi Kemalangan Maut Di Rel Keretapi Asafirah, Iskandariah

6.53 pm : Saya terdengar bunyi jeritan makcik-makcik arab. Lalu bergegas keluar untuk mengetahui apa yang terjadi.

6.55 pm : Saya tiba di tempat kejadian (di rel keretapi), sekitar 20-30 orang sedang mengerumuni mangsa. Mangsa telah pun ditutup dengan kain berwarna coklat.

7.02 pm : Orang semakin ramai, mencecah 80 orang mengerumuni disekitar mangsa.

7.05 pm : Seorang makcik datang diiringi beberapa orang (mungkin ibu dia), sampai di tempat kejadian lalu menjerit seperti kena rasuk.

7.11 pm : Kelihatan di jalanraya bersebelahan dengan rel keretapi, seorang wanita muda (mungkin isteri dia) dipapah sambil menjerit-jerit. Nampak dia sorang yang paling mengamuk sekali.. Dia tidak datang ke tempat kejadian, sebaliknya di bawa ke tempat lain. Entah.

7.16 pm : Saya round di kawasan berhampiran, melihat kesan-kesan seretan di sepanjang rel keretapi. Sejauh 60 meter.

7.29 pm : Saya menghubungi Us Mustaqim Sarmuji, Timbalan Ketua Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) untuk memaklumkan perkara ini.

7.40 pm : Saya dan beberapa warga arab mendengar kes kemalangan yang diceritakan oleh salah seorang saksi. Ketika inilah saya terkantoi mengambil gambar, kemudian disound oleh seorang Arab. Alhamdulillah dia tak kecoh2.

7.41 pm : Saya menghubungi Presiden PMRAM menceritakan kejadian.

7.46 pm : Ambulan datang.. saya pun rasa dah macam nak balik. Tapi tunggu sekejap sehingga mangsa diangkut ke dalam Ambulan. Kelihatan 2 - 3 orang polis dan paramedik sedang bergegas.

8.06 pm : Mangsa dibawa dari tempat kejadian, dimasukkan ke dalam Ambulan, dan saya pun balik ke rumah.

Habis.. Kronologi. Sila lihat gambar yang disiarkan sebelum ini (link) dan (link)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Univerisiti al Azhar
Baca seterusnya

InnaliLlah.. Saya Saksikan Mangsa Maut Keretapi Iskandariah

Berita mutakhir... Tadi, dalam pukul 6.53 petang, ketika saya sedang menaip sesuatu, tiba-tiba kedengaran suara makcik-makcik Arab sedang menjerit. Isy, macam tak sedap hati rasenya. Saya pun beritahu kepada isteri saya, untuk keluar sebentar melihat apa yang terjadi.

Isteri saya beritahu, biasanya kalau perempuan jerit-jerit ni, ada kematian. Ah.. sudah. Saya pun keluar, dan melihat dalam 30-40 orang sedang berkerumun di rel keretapi. Saya dah agak. Untuk pengetahuan, jarak di antara rumah saya dan rel keretapi hanya 20 meter sahaja.

Apa terjadi, mesti ada korban keretapi. Sampai di tempat kejadian, orang-orang yang berkumpul di sekitar mangsa seramai 20 - 30 orang. Memang pun. Mangsa kematian, dilanggar keretapi di Iskandariah, di Asafirah. Betul-betul berhadapan dengan lorong rumah saya.

Berita menyusul selepas ini.. Gambar pun ada, selepas ni saya uploadkan. Di bawah ini, rupa bentuk yang "hampir sama" dengan keretapi di Iskandariah. Ok

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar


Baca seterusnya

08 June 2010

Semalam Saya Menyaksikan 4 Kemalangan Di Kaherah-Iskandariah

Pagi semalam (7 Jun) dalam pukul 4 pagi bertolak dari Iskandariah untuk menduduki peperiksaan di Kaherah.. Selesai peperiksaan, terus bertolak semula ke sini.. Di sepanjang perjalanan pergi balik, saya telah menyaksikan 3 kemalangan sehingga terburai enjin, dan satu kemalangan remuk belakang (kat belakang takda enjin).

Kemalangan pertama seperti sebuah kereta terbabas sorang-sorang ke pembahagi jalan, kemudian berpusing.. (hanya gambaran penulis). Enjin depan rosak teruk kerana melanggar pembahagi jalan (pembahagi jalan yang bertembok)

Kemalangan kedua, Trak besar gajah melanggar belakang Lori Simen (pun besar gajah jugak).. Kepala trak tu remuk habis.. Adus..

Kemalangan ketiga pula, kereta berlanggar dengan tramco.. Ni sahaja gambar yang sempat saya ambil.



Kemalangan keempat pula (tak sempat ambil gambar), lori kecil (chevrolet) melanggar belakang kereta (tak pasti jenis apa).

Adakah ini kemalangan yang kelima? Mata saya terpaku melihat sebuah kereta (ala-ala Perodua Kembara) remuk di bahagian kanan kenderaan dan sedang diangkut di atas lori.. Saya tak pasti adakah ini kemalangan yang kelima saya saksikan semalam.


Oh, sebelum ini, pada 18 Mac saya dan rakan-rakan (ketika Jaulah Exco pulang dari Damanhur) menyaksikan sebuah trak panjang terbalik, seolah-olah melanggar pembahagi jalan, lalu terbalik di arah bertentangan.

Pada 24 April, ketika dalam perjalanan pulang dari Kaherah ke Iskandariah, saiz trak yang sama (trak panjang) terbalik di pembahagi jalan. Ketika itu, kami melihat orang ramai sedang berasak-asak, dan api membakar kepala trak tersebut.

... Berhati-hati di jalanraya..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

23 May 2010

Ziarah Maktabah Dr Rif'at Mencari Bahan Rujukan

Alhamdulillah, petang tadi pada jam 5.45 petang, saya sempat meluangkan masa untuk menziarah Maktabah Dr Rif'at Fauzi yang terletak berhampiran dengan Pasar Mini Safir, Hayyu Sabiek.

Saya bertolak bersama isteri, dan ditemani oleh Us Hanif Haron, mantan YDP Pulau Pinang. Kami merancang untuk mengkaji beberapa permasalah yang lebih terperinci berkenaan dengan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Antara kitab yang saya rujuk dalam melihat pandangan ulama berkenaan isu ini ialah Kitab Asy Syifa Bi Takrif Huquqi Mustafa, karangan Qadhi Fudhail bin Iadh. Insya Allah, hasil daripada beberapa penelitian akan dibentangkan di peringkat MANHAL sebelum disiarkan di dalam web Rasmi PMRAM.


Maktabah Dr Rif'at

Halaman depan Kitab Asy Syifa

Bab Tentang Hukum Menghina Nabi SAW

Halaman seterusnya..
Baca seterusnya

16 May 2010

16 Mei : Selamat Hari Guru..

Syeikh Mustafa Bugho (Syria)


"Ustaz.. terima kasih ngajar kami.., Selamat Hari Guru.."

Kelas pagi tadi selesai dengan ucapan "Selamat Hari Guru" buat diriku. Rasa macam tak layak je.. Sempena Hari Guru ini, saya mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada mereka yang pernah mengajar saya.. antaranya :

1. Semua guru saya di Tadika Abim, Kuala Kangsar - 1992

2. Semua guru saya di Sekolah Rendah al Furqan, Kuala Kangsar - 1993/1994

3. Semua guru saya di Sekolah Rendah al Hidayah, Ipoh - 1995-1998

4. Semua guru saya di Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa - 1999-2000

5. Semua guru saya di Sekolah Menengah al Hidayah, Ipoh - 2001

6. Semua guru saya di SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki, Kelantan - 2002-2004

7. Semua guru saya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan - 2005

8. Semua sahabat yang pernah menjadi guru saya di Mesir ini :

a. Ustaz Helimy Aris (Negeri Sembilan)

b. Ustaz Nizhom (Negeri Sembilan)

c. Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud (Kelantan)

d. Ustaz Mohd Hafiz bin Mansor (Johor)

e. Allahyarham Ustaz Khairul Azhar (Negeri Sembilan)

f. Ustaz Zuber (Kedah)

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada ustaz-ustaz Malaysia dan Indonesia yang pernah mengajar kelas tafaqquh saya,..

a. Ustaz Hafiz Jamaluddin (Pulau Pinang) – Fathul Qarib (fiqh) dan Matan al Ajurumiah (nahu)

b. Ustaz Mohd Azrul bin Ismail (Perak) – at Tibyan Fi Adabi Hamlatil Quran (adab)

c. Ustaz Zuber (Kedah) – Matan al Ajurumiah (nahu), Taqribul Muram (Tauhid), Audhoh Masalik (nahu)

d. Ustaz Shahrizan bin Hazime (Kedah) – Taqrirat as Sadidah (fiqh)

e. Ustaz Rohimuddin (Indonesia) – Tasawwuf Amali (tasawwuf)

f. Ustaz Hassanuddin (Indonesia) – Safwatut Tafasir (tafsir), Qatrun Nada (nahu)

g. Ustaz Nazrul (Kedah) - Safinatus Solah, Ta'limul Muta'allim

h. Ustaz Helimy Aris (Negeri Sembilan) - Qawa'id Fiqhiyyah

9. Semua guru saya yang pernah saya menadah ilmu daripada mereka di bumi Mesir ini :

1. Pensyarah-pensyarah di kuliah yang begitu ramai untuk disenaraikan, antaranya Dr Mu'ti Bayyumi, Dr Afifi Hijazi, Dr Hassan Mahram dan sebagainya.

2. Syeikh Sa’id Muhammad Muhammad Ali – tasmi’ hafalan al Quran dan Tajwid, dan adab-adab. Syeikh yang paling lama saya bersama dengannya. Beliau adalah Imam Masjid Rifa’ie, kemudian menjadi Imam Besar Masjid Husin. Beliau adalah lepasan PhD Usuluddin Dakwah di Universiti al Azhar.

3. Dr Jamal Farouq – mengajar Kitab Jauharah Tauhid dengan menggunakan Syarah Sowi dan pernah menghadiri daurah beliau

4. Dr Muhyiddin Sofi – mengajar Kitab Jauharah Tauhid dengan menggunakan syarah oleh anak kepada Syeikh Ibrahim al Laqqoni

5. Dr Rabi’ al Jauhari – mengajar Kitab Jauharah Tauhid dengan menggunakan Syarah al Baijuri

6. Syeikh Sayyid Syaltut – Minhaj at Tolibin (fiqh) , Ghayatul Sul (usul fiqh), Matan Abi Syuja’ (fiqh syafie)

7. Syeikh Sa’ad Jawwish – Hadis Shahih Imam Bukhari

8. Syeikh Wafit (Syria) – Jauharah Tauhid Syarah Sowi

9. Syeikh Yusri – Risalah al Qusyairiah (tasawwuf), Shahih Bukhari, Muwatto Imam Malik (hadis hukum), al Hikam (tasawwuf), Syarah Matan Imam al Busairi

10. Syeikh Usamah al Azhari – Mantik, Hadis Matan 40, Ulum Hadis dan hadis-hadis yang lain

11. Syeikh Fathi Hijazi – Qatrunnada (nahu), Balaghah dan pernah menghadiri daurah beliau

12. Syeikh Muhammad Ibrahim al Kattani – menghadiri daurah beliau

13. Dr Amru al Wirdani – menghadiri daurah beliau

14. Syeikh Imad al Affat – Hasyiah Baijuri (fiqh), Alfiah Imam Malik (nahu)

15. Syeikh Fuad Kamaluddin ar Rembawi (Negeri Sembilan) – mengambil sanad Kitab Awa’il as Sunbuliah dan hadis-hadis yang lain

16. Syeikh Ali Jum’ah – menghadiri daurah beliau

17. Syeikh Said Ibrahim al Ba’bulah – Tajwid dan Kaedah bacaan dalam al Quran

18. Syeikh Nuruddin Marbu al Banjari al Makki – macam-macam (sudah makruf)

19. Syeikh Ishom (turki) – Kitab Anwar al Masalik (fiqh)

20. Dr Umar Hasyim – menghadiri daurah beliau

21. Syeikh Ahmad al Hajin - Muqaddimah Majmu', Iqna'

22. Dr Ahmad Tayyib - Usul Fiqh dan Mantiq

23. Syeikh Mustafa Bugho - Fiqhul Manhaji

dan lain-lain...

10. Dan guru yang paling banyak mengajar saya sejak kecil, umi dan abah, Allahyarhamha Jamilah binti Sungip, dan Ir Haji Mohammad Fadzil bin Hassan, yang mendidik diri ini sehingga menjadi manusia. Tidak dillupakan juga kepada keluarga mertua yang banyak menyokong diri ini..

Semoga jasa kalian dibalas Allah, dan Selamat Hari Guru..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

14 May 2010

Buku Terbaru Saya Bakal Muncul, Doakan..


Pulun punya pulun, akhirnya beberapa buku hasil tulisan saya akan diterbitkan tidak lama lagi. Baru-baru ini, saya menerima mesej dari Malaysia, menyatakan bahawa buku saya akan dicetak lagi 2 minggu. Alhamdulillah.

Di Mesir pula, baru semalam saya menyelesaikan semakan dan izin terbit di bawah Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, untuk menerbitkan buku ke 2 di bumi Mesir. Buku pertama berjudul "Cebisan Hati Manusia" yang hampir habis di pasaran.

Buku kedua ini berjudul "Akidah, Kefahaman dan Pemikiran"... Design kulit seperti di bawah ini, dan akan dieadarkan ke seluruh Mesir selepas peperiksaan nanti. Doakan supaya ia berjalan lancar.


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

12 May 2010

Offline Mesej Ajak Fight Guna Lawyer... Siapa Punya Kerja?

sila klik untuk besarkan paparan yang
telah saya copy ke Microsoft Word, persoalannya,
siapakah dalangnya? Tapi, macam kenal..


Baru-baru ini, saya menerima satu "offline mesej" yang tak suspen langsung. Cuma, saya terlupa untuk melihat tarikh mesej ini dihantar. Saya hanya sempat mencopy ayat tersebut ke dalam Microsoft Word. Baru sekarang, saya teringat semula untuk membacanya. Apabila membacanya, rasanya macam kenal je siapa yang hantar.

Beliau menggunakan ID "Bakal Mufti".. Nak tergelak pun ada.. Ayat yang diberikan oleh manusia yang mengaku "bakal mufti" ini seperti di bawah..

asalammualaikum

mujahid nama panggil ustaz x boleh lagi pasal x ada ijazah kalu ada ijazah baru la sedap panggil sikit ustaz tu kn so habis belajar kn dulu baru lah boleh panggil ustaz

ok kau ni memang x sedar diri kn la nama pon x nk mengalah nama bapak kau pon sekali kau masuk malukan bapak kau jer kalu dia tau anak dia mcm ni kn

kalu aku jadi bapak kau ,la memng aku dah tembak lama dah kau ni pasal orang bg duit suruh belajar kau sebok benda lain pulak semak betul la kau ni buang masa banyak la blog kau ni mengarut la ,x akan seoarng bapak yang pandai x ajak anak dia erti adab kot kn aku sian tenggok ni pasal ,x syang bapak kau dan x pandai jaga nama baik bapak kau tu ?ramai lagi bapak dia yang hebat2 la so x ada pon nk tunjuk yang bapak dia hebat pon mcm kau ni mungkin bapak kau bru lagi kot dapt ir ni patut la kau nk tunjuk la yang kau ni anak ir ker ish......3 malu siut kalu aku jadi nk jual nam bapak ni lepas ni kau tau bapk aku sapa umur baru sthun jagoh dah nk tunjuk pandai hahhahahha dah la mlas la aku nk layan budak2 pmram macm kau ni yang x ada otak ni ?

belajar agama tapi kau kutuk orang hihihihii ni ker pendakwah yang hebat kalu kau kat malysia la aku saman kau tau ?

kiter guna loyer la beb lagi best fight tau ?

jom

lawn spa menang tau b


Saya pun tak ingat, apa yang saya balas. Cuma, ayat lebih kurang saya hantar kepadanya ialah :

Boring, pengecut dan tak best..

Ringkas.. Baru hari ini, saya rasa macam kenal je orang ini. Semoga orang yang menghantar mesej ini, boleh bersikap professional. Tolong lah.. Kita ni kan dah besar.. Bukan macam budak-budak lagi.

Saya mendoakan agar kita sama-sama diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

09 May 2010

Menyampaikan Motivasi Di Tanta

sumber : edpmt (link)







Bait Izzah, 8 Mei - Sempena musim peperiksaan yang bakal menjelang, pihak DPMT di bawah Unit Pengetahuan dan Pendidikan (UPAP) telah menganjurkan satu program motivasi kecemerlangan.

Motivasi yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Mujahid bin Ir Muhammad Fadzil ini bertujuan untuk mengukuhkan dan meningkatkan semangat cintakan ilmu di dalam diri warga Tanta untuk menghadapi peperiksaan.


Ceramah yang disampaikan dengan penuh semangat sebagai mahasiswa Al-Azhar itu padat dengan nasihat dan pesanan. Antara pesanan yang diberikan penekanan ialah tujuan kehadiran mahasiswa ke sini bukan semata-mata untuk belajar sahaja tapi perlu juga melaksanakan tugas-tugas mencegah kemungkaran yang semakin meningkat sejak akhi-akhir ini. Pencegahan perlu dilakukan bersama kerana ianya merupakan tanggungjawab sebagai individu muslim.


Beliau juga mengimbau kisah-kisah para ulama terdahulu yang hidupnya semata-mata untuk menuntut ilmu dan mencari keredhaan Allah.

"Kita perlu mencontohi mereka kerana ilmu itu lebih berharga daripada segala-galanya," jelas beliau.

Tambah beliau, Imam Zarqasyi sebagai contoh merupakan seorang yang tidak dikurniakan dengan kekayaan dunia. Oleh kerana itu, beliau tidak mampu untuk membeli kitab-kitab untuk membaca. Walau bagaimanapun beliau merupakan seorang yang begitu cintakan ilmu.


Selain itu, beliau juga memberi tips-tips belajar secara berkesan kepada mahasiswa Tanta.

"Antara cara terbaik untuk mengulangkaji pelajaran adalah dengan membuat peta minda," terang beliau berdasarkan pengalaman.

Tambahnya lagi, otak manusia lebih mudah menerima maklumat berbentuk gambarajah berbanding tulisan semata-mata. Justeru, merakam gambarajah yang dibuat dalam bentuk peta minda merupakan teknik efektif untuk menguasi kitab-kitab kuliah.

Selain daripada itu, pengetahuan pelajar terhadap kehendak doktor dalam mempersembahkan jawapan amat penting kerana ia serba sedikit memberi kesan kepada pemarkahan.

Sebelum program menutup tirainya, Ustaz Mujahid meluangkan masa menjelaskan isu-isu semasa mengenai mahasiswa Malaysia di Mesir. Beliau mengingatkan kepada mahasiswa supaya menanam sifat sensiviti dalam diri terhadap isu-isu mahasiswa yang berlaku.

Program motivasi ini berakhir pada pukul 10:30 malam selepas bersama-sama menunaikan solat Isya' berjemaah. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Tanta. Pasangan mutazawwijin juga tidak ketinggalan memeriahkan program ini.
Baca seterusnya

13 April 2010

Cadanganku Yang Tidak Kesampaian...


Ruang cadangan telah ditutup pada jam 7.50 malam tadi. Saya beratur untuk menyuarakan isi hati ini. Tetapi Presiden memberitahu bahawa, "Ana minta maaf kepada semua.. sila lontarkan cadangan anda secara bertulis.." kerana kesuntukan masa.. Suka untuk saya berkongsi cadangan saya dengan semua orang. Inilah cadangan bertulis saya..

1. Mengadakan perbincangan isu semasa di peringkat MANHAL secara umum seperti Perhimpunan Ulama Sedunia, Nadwah Syabab dan sebagainya.

2. Mengadakan Konvensyen Blogger PMRAM sebagai pencetus pertama mewujudkan jaringan blogger PMRAM.

3. Mewujudkan KELAB HISBAH yang lebih berbentuk mesra dakwah. (Lebih kurang sama dengan cadangan Ustaz Mumtaz)

Cuma, apa yang boleh saya sebutkan di sini, cadangan ini bukanlah terbaik. Terdapat pro dan kontra yang akan berlaku sekiranya cadangan ini diterima. Dan, sekiranya cadangan ini sesuai, adakah ia sesuai untuk diwujudkan hari ini? Sekiranya ia tidak bernas, mungkin satu hari nanti cadangan ini akan bernas. Atau lagi 10 tahun.. atau dan atau..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

07 April 2010

Luahan Hati Seorang Hisbah


Isu maksiat di bumi Mesir memang sudah sampai tahap bahaya. Apabila saya membaca post terbaru dalam blog info kini bertarikh 7 April, sebak hati saya. Bukan sebak disebabkan komen yang terlalu banyak, tetapi sebak disebabkan "orang masih lagi tidak belum boleh menerima bahawa Mesir sedang dipenuhi dengan sarang-sarang maksiat".

Macam-macam orang kata sekiranya kita ingin menjalankan dakwah dan amar makruf nahi mungkar. "Mana orang-orang yang dok sembang dakwah bil himakmah ni?" Orang yang bercouple di sebelah katil pun tak berani nak tegur? Bil hikmah la katakan. Padahal dia sendiri tidak memahami maksud "hikmah" yang sebenar.

Memang betul. Orang yang buat maksiat pada hari ini kacang sahaja.. Kalau nak cegah maksiat, macam-macam kena. Kena ugut, kena fitnah, dan macam-macam lagi kena. Kalau yang si perempuan tegur kawannya bercouple, si lelaki pulak yang nak tunjuk hero dengan men"sound" perempuan tersebut.

Kalau si lelaki yang tegur.. akan dikatakan "gatal nak jaga tepi kain orang..". Bukan si pakwe yang cakap macam tu, si perempuan paling lantang bersuara mempertahankan cinta koboi mereka. Macam hampeh.

Kadangkala, kita tidak sanggup nak dedahkan.. Tak sanggup nak siarkan dalam blog. Kesian tengok. Tapi mereka tak kesiankan diri mereka. Ada yang sanggup berpakaian perempuan semata-mata untuk mengaburi mata tuan rumah, lalu masuk ke rumah sewa akhawat. Ni kerja gila campur bodoh dan bangang kuasa dua.

Baru-baru ni, ada akhawat kita dirompak... bila? sebab apa? di mana? siapa? dan bermacam-macam lagi persoalan. Bila ditanya, kami menjawab.. "Jangan heboh lagi, akhawat tu dalam keadaan tertekan sekarang. Bukan dia seorang sahaja.. Pernah berlaku sehingga akhawat ni cabut lari dikejar seorang arab, sampai terpaksa masuk ke rumah ikhwah berhampiran. Tak takut ke keluar malam tanpa msyrif?

Pernah terjadi bersekedudukan di dalam sebuah rumah.. raba-raba.. telanjang depan web cam.. dan sebagainya. Kenapa tak dedah? Kalau dedah hint pun orang dah komen macam-macam, apatah lagi kalau dedah semuanya.

Kita bukan nak sangat dedahkan semua ni. Yang kita nak ialah jawapan kepada persoalan "DI MANAKAH ORANG YANG NAK CEGAH MAKSIAT NI?" dan "DI MANAKAH ORANG YANG NAK BERSAMA MEMBANTU CEGAH MAKSIAT?" Hangpa buta ke? Nak tunggu sampai kawan berzina di bilik sebelah baru nak tergadah? Di manakah sokongan umat Islam hari ini kepada sebuah unit yang nak cegah maksiat? Bukankah umat Islam adalah umat terbaik?

Memang ramai yang boleh cakap.. Memang ramai yang boleh menyokong dengan mulut.. Memang ramai yang pandai sembang.. Memang ramai yang hebat memberi cadangan dan kritikan.. Memang.. memang.. memang.. Tapi.. Siapa yang nak buat? Siapa yang sanggup diugut? Sanggup difitnah? Siapa.. Siapa dan siapa?

Sama-sama kita fikirkan bersama..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

05 April 2010

Pembentangan Kitab "Kewujudan Allah" Di Damanhur











Semalam, 4 April, saya telah dijemput untuk mendiskusikan kitab "WujuduLlah" atau "Kewujudan Allah" karangan Dr Yusuf al Qaradhawi. Kitab yang mempunyai 104 halaman itu selesai didiskusikan pada jam 3 petang tadi di Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur. Semoga bermanfaat. Terima kasih kepada jurukamera.
Baca seterusnya

04 April 2010

Esok Di Damanhur - Diskusi Kitab al Qaradhawi

Rasa macam tak layak untuk mendiskusikan kitab ini. Dr Yusof al Qaradhawi telah mengarang ratusan kitab, dan esok insya Allah akan mendiskusikan kitab yang bertajuk "WujuduLlah" atau "Kewujudan Allah". Semoga ia bermanfaat buat semua.


Baca seterusnya

01 April 2010

Baru Selesai Pembentangan Kertas Kerja Di Tanta

Pengisian yang disampaikan di Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta. Saya bertolak dari Kaherah jam 6.30 pagi tadi. Bermula dari Hayyu Sabiek, dan sampai di Ramses pada jam 7 pagi tepat. Pada jam 7.18 pagi, tramco mula bertolak ke Tanta.

Pengisian Kertas Kerja Jahiliyyah Kurun ke 21 bermula pada jam 9.30 tepat. Alhamdulillah, pembentangan dan soal jawab selesai pada jam 10.57 pagi tadi. Semoga pembentangan ini memberi manfaat kepada semua peserta Kolokium Ilmuan PMRAM.





Baca seterusnya

26 March 2010

Dari Dato Seri Nizar


sumber : kamparinn.blogspot.com

PERTEMUAN DENGAN WARGA DAN PELAJAR TIMUR TENGAH DAN UK

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kehadrat Allah SWT bahawa kami mewakili Badan Perhubungan Pas Perak telah berjaya mengadakan siri lawatan penerangan bertemu para pelajar dan warga Malaysia khususnya pelajar dari Negeri Perak di Timur Tengah, UK dan Ireland. Siri lawatan sepanjang 2 minggu bermula (9 march -23 March) dipimpin oleh Pesuruhjaya Pas Perak Ust Abu Bakar Husin.
Bermula dengan bertemu dan ramah mesra di Mesir (Kaherah) dan Jordan (Mu'tah, Irbid dan Aman). Kemudian kami bertolak ke UK dan kami berbahagi 3 kumpulan bagi membolihkan kami menjelajah sebanyak mungkin bandaraya yang ramai penempatan pelajar-pelajar Malaysia.
Di UK, saya sendiri mengetuai kumpulan pertama menjelajah dan mengatur program di London, Coventry, Warwick, Newcastle, Leeds, Manchester dan Dublin di Ireland.

Program banyak berbentuk soal -jawab dan memberi ruang seluas-luasnya untuk pelajar bertanya perkara -perakara dan isu yang tidak diperolehi di media siber internet. Berkenaan apa yang terjadi dan insiden terkini kebanyakan pelajar telah mengetahuinya hasil bacaan dan makluman yang mudah diperolehi. Namun tafsiran dan makluman dalaman yang diberi penerangan khususnya kemelut rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh Najib Tun Razak pada 5 Feb 2009, yang mereka amat mahu perincian lanjut.

Alhamdulillah kami berjaya menerangkan kesemua perkara yang tidak jelas ataupun masih keliru berkenaan isu semasa dan krisis perlembagaan Perak serta tindakan PR seterusnaya dimasa akan datang.

Kami yakin melalui pertemuan dan program dalaman serta terbuka/umum yang diadakan di banyak universiti disana , telah memberi impak dan sokongan jitu dari pelajar Timur Tengah, UK dan Ireland kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas. Sekali gus akan pasti menyulitkan UMNO BN untuk terus berbohong serta menyebar fitnah dikalangan para pelajar yang tidak mudah menerima apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin UMNO yang bertemu mereka. Alhamdulillah kami selamat sampai jam 5.30 petang pada 23 March 2010 di KLIA.
Baca seterusnya

Pembentangan Kursus Teknikel Di Rumah Penang


Semalam (24 Mac) saya telah dipanggil untuk membentangkan Kursus Teknikel dan Audio Video di Rumah Penang. Kursus anjuran PMC di bahagian akhawat. Program sepatutnya bermula pukul 1.30 tengahari, akhirnya terlajak sehingga hampir 3 petang.

Saya bertolak dari Alex agak awal, entah pukul berapa tidak pasti. Tetapi malangnya disebabkan kesibukan lalulintas akhirnya kelas terpaksa dilewatkan. Pembentangan selesai pada jam 4.05 petang dengan penuh keletihan.

Malam itu, pada jam 10 malam, saya dan isteri bertolak pula ke Alex kerana terdapat urusan yang lain, yang perlu diselesaikan. Semoga khidmat untuk PMC ini dapat melahirkan pelapis di masa akan datang.
Baca seterusnya

16 March 2010

Menziarahi Syeikh Sya'rawi RA










Hari ini, saya dan isteri yang tersayang, sempat bersinggah di Makam Syeikh Sya'rawi, seorang ulama masyhur Mesir. Makamnya terletak beberapa kilometer sebelum Mansurah. Seorang tokoh hebat, yang ditangisi pemergiannya.

Sebuah artikel yang disiarkan di dalam PMRAM.ORG, tentang Syeikh Sya'rawi...

KETOKOHAN SYEIKH SYA'RAWI

Umat Islam hari ini terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal dunia ketika berurnur 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.

Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik pendengar. Beliau telah mendapat syahadah tertinggi dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'Alimiyyah dengan kebenaran mengajar pada tahun 1943.

Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi pernah bertugas sebagai tenaga pengajar di Ma'ahad Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950. Beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz al-Mukarramah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah selama 10 tahun. Kemudian, dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta pada 1960 dan dinaikkan pangkat sehingga akhirnya menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976. Beliau juga merupakan anggota Majma' Bu'uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.

Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan.

HIKMAH ANUGERAH ALLAH

Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata : "Aku himbang apabila kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Lalu Syeikh Sya'rowi menyatakan : "Bertenang! Sesungguknya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."

Syeikh Sya'rowi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau merupakan seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.

Syeikh Sya'rowi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Us Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.

SAAT KEMATIAN

Sebelum Syeikh Sya'rawi rneninggal dunia, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain ! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gcmbira dengan kedatanganmu". Kemudiannya, beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dihawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.
Baca seterusnya

15 March 2010

Kenangan - Berwacana Di Syria Bersama Wakil Jordan dan Syria


Jari jemari ini memetik ke sana kemari pada daun-daun keyboard, akhirnya bertemu dengan satu ruangan, iaitu blog Hasan Husaini. Wakil Jordan yang berwacana bersama saya ketika di Syria tempoh hari.

Gambar inilah yang dapat kutemui di dalam blognya..
Baca seterusnya

14 Mac Dalam Memori - Percubaan Menambah Kelajuan Blog



14 Mac, satu memori yang rasa perlu dikongsi bersama. Setelah fikir punya fikir, saya akan cuba mengubah blog saya supaya lebih pantas daripada mengeluarkan artikel dalam masa satu hari.

Idea ini mula terfikir apabila melihat blog KPIPM yang agak laju. Setelah berfikir panjang, mulai hari ini, saya akan cuba tingkatkan "kelajuan" blog ini.

14 Mac juga, saya dan isteri keluar dari rumah pada jam 3.15 petang, untuk berkejar ke Zagazig. Apabila difikirkan, sepatutnya sempat, kerana perjalanan sebelum ini hanya mengambil masa 2 jam sahaja.

Tetapi, apa yang terjadi, saya tiba di Zagazig pada 7.35 malam. Sepatutnya slot saya yang bertajuk "Dakwah Non Muslim" bermula pada 7 malam. Kekesalan yang amat sangat.

Minta maaf saya ucapkan kepada DPMZ atas keterlewatan ini.

Setelah selesai menyampaikan ceramah Dakwah Non Muslim, saya menjamu selera dalam masa beberapa minit. Kemudian, terus bertolak ke Kaherah. Esok, 15 Mac, kami akan menjadi musyrif mutazawwijin untuk AJK HEWI ke Mansurah.
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal