Showing posts with label Berita dan Ulasan Isu. Show all posts
Showing posts with label Berita dan Ulasan Isu. Show all posts

18 June 2010

Menjawab Kenyataan Khairi : Tindakan Istisyhadiah Tidak Betul


Khairi menyatakan di dalam Facebook beliau tentang istisyhadiah..

Khairi Jalalluddin : Tindakan meletupkan diri pada badan sendiri untuk tujuan syahid itu adalah tidak betul kata Syeikh al-Azhar Said Mohammad Tantawi (al-Marhum). Ia melihat betapa lemahnya umat Islam dalam menghadapi musuh berpunca dari ketidaksediaan dalam menyediakan kekuatan yang sempurna sebagaimana dalam surah al-Anfal ayat 60.

(link) - 17 Jun / 11.40 tengahari

Perkara pertama, saya harap beliau boleh nyatakan sumber rujukan tentang kalam Syeikh Tantawi. Perlu diketahui, di sana Syeikh Tantawi juga "pernah" menyokong tindakan istisyhadiah.

Perkara seterusnya, di bawah ini beberapa pandangan ulama berkenaan istisyhadiah, dan saya rasa ia sudah memadai untuk menolak kenyataan Khairi.





Kesemua pandangan di atas, bersetuju dan menyokong istisyhadiah.. kecuali pandangan atas sekali nun... iaitu pandangan Khairi Jalalluddin yang ditulis dalam Facebook.

Semoga Khairi dapat jelas dalam masalah ini. Jangan pandai-pandai buat pandai. Dan, diharapkan beliau boleh mengambil keluangan masa untuk belajar di Masjid al Azhar, atau bersama Syeikh Yusri di Muqattam. Kalau kat Iskandariah, ada Syeikh Ala', Syeikh Muhammad bin Ibrahim al Kattani.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

17 June 2010

Isu Judi : Mana Pergi Suara-suara Yang Bising Pasal Kalimah Allah?


Apabila isu judi ini meletup, ada satu keraguan yang ingin saya lontarkan. Mana pergi "suara-suara" yang dok bising pasal isu Kalimah Allah satu ketika dahulu? Soalan ini sebagai satu dorongan kepada para ulama sekalian.

Saya teringat, ketika isu kalimah Allah meletup, ramai yang bangkit menimbulkan spekulasi. Semangat berapi-rapi dan berkobar untuk meninggikan sensitiviti terhadap Islam. Malangnya, isu undang-undang Allah dipertikai, di manakah hilangnya ulama ini?

Isu hudud dahulu, timbul masalah dengan hukuman sebat Kartika yang telah saya huraikan secara ilmiah. Apabila isu undang-undang Allah, mereka juga senyap, bahkan cuba menjernihkan isu hudud. Tetapi, isu kalimah Allah, berkobar-kobar..

Hari ini, isu judi pula meletup. Jadi, soalan yang sama ingin saya lontarkan kepada semua, mana perginya mereka yang dok beriya-iya sangat dengan isu Kalimah Allah dulu? Takkan nak bisu je?

Saya rasa, tidak perlu untuk saya huraikan dari sudut usul dan furu dalam perbincangan ini. Isu kalimah Allah adalah isu furu' yang terdapat perbezaan ulama tentangnya. Manakala isu judi, semua ulama bersepakat mengatakannya haram!

Sedih.. Isu usul diabaikan, manakala isu furu cuba diperbesarkan.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

16 June 2010

Mesyuarat S1MM : Bagaimana Exco Kelab UMNO Boleh Tahu Maklumat Program?


Saya tersenyum (sambil ketawa kecil) apabila melihat gambar di atas.. Disebabkan semua tersenyum sambil menunjukkan jari telunjuk, maka saya pun tersenyum dengan gaya-gaya mereka.

Khairi menyatakan dengan jelas bahawa ini adalah Mesyuarat Sukan 1 Malaysia, yang disiarkan di dalam Facebooknya semalam (15 Jun) jam 6.19 petang. Nampak macam best je bermesyuarat. :)

Pada pandangan saya, mungkin inilah Adhoc-adhocnya. Erm.. ada yang kenal, dan ada yang tidak dikenali. Pengarah program yang mana satu ye? Kemudian Khairi berceloteh lagi..

"Sukan 1Malaysia" hakikatnya mampu mengenepikan perbezaan sebarang fahaman, samada wahabi, asyairah, isma, abim, perubatan, nadi umno dan sebagainya di bumi Mesir ini, sebenarnya kita banyak persamaan, dan orang yang berjiwa/minda besar akan mencari jalan bagaimana untuk mencari titik pertemuan itu. Sebaliknya orang yang jiwanya kecil/hatinya kotor sentiasa membesarkan khilaf dan perbezaan antara kita. Wallahu'alam

(tarikh yang sama, jam 10.57 malam)

Mungkin inilah agaknya objektif Sukan 1 Malaysia. Menyatukan fahaman, dan mencari titik pertemuan. Oo.. baru tau sikit tentang program. Sebelum ni nampak sayup-sayup. Tapi, ada juga peliknya, bagaimana Exco Kelab UMNO boleh tahu maklumat-maklumat program ini lebih awal, iaitu pada 4 Jun lalu?

Contohnya apa yang diakui sendiri bahawa peruntukan sebanyak LE 0.5 Juta.. Dan mesyuarat kali pertama dikendalikan oleh En. Kamal.. Sila baca di sini (link), untuk melihatnya.. Bagaimana Exco Kelab UMNO Kaherah boleh tahu maklumat tentang program sedangkan mahasiswa tertanya-tanya? Adakah Kelab UMNO juga terlibat?

Di gambar di atas tidak kelihatan exco Kelab UMNO, walaupun penasihatnya ada. Tapi, bagaimana pula pengakuan oleh exco Kelab UMNO bahawa mesyuarat S1MM kali pertama dikendalikan oleh En. Kamal? Sila klik di sini (link)

Diharap penjelasan boleh diberikan oleh mereka yang terbabit, tanpa menimbulkan bunyi-bunyi tin kosong diketuk. Kalau nak ketuk tin kosong, boleh jadi beqia'. .. Senyum sikit .. :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

15 June 2010

Sukan 1 Malaysia Masih Kabur, Objektif Dan Tentatif Belum Jelas


Entah kenapa, apabila saya cuba mencari penjelasan, ada pula yang mengatakan saya cuba mencari kesilapan. Saya hanya mahukan Sukan 1 Malaysia dijalankan dengan telus dan sebenar. Bukan diadakan secara tersorok dan tersembunyi.

Sebelum ini, saya pernah bertanya, apakah objektif program, tentatif penuh, ahli jawatankuasa.. dan sebagainya. Sehingga sekarang, ia disorokkkan dan tidak didedahkan kepada umum. Hairan, kenapa begini? Adakah perkara-perkara penting seperti ini dianggap sebagai satu rahsia?

JPMK mengatakan bahawa ia Program Kerajaan. Tapi, BKAN yang berdaftar di bawah JPMK pun tidak ditayang sebagai seorang AJK. Kalau katakan program Kelab UMNO, silakan.. dan sila jelaskan. Kenapa perlu sorok-sorok? Kalau under kerajaan, lakukanlah secara terbuka, kenapa sorok-sorok?

Bertambah keliru apabila nampak Khairi dan Muhaimin sahaja sebagai urusetia. Sedangkan apakah status Muhaimin di dalam jawatankuasa ini? Adakah atas status sebagai pegawai negeri? Atau pegawai JPMK? Atau?

Keliru.. saya mengharapkan agar kekeliruan ini dapat dijelaskan. Saya yakin, ramai orang masih belum tahu apakah sebenarnya Sukan 1 Malaysia ini? Adakah dengan sekadar bermain acara sukaneka itu sahaja? Cerita je la bagi habis.. apa salahnya..

Tapi, apabila penjelasan diminta, mulalah ada suara-suara kata macam-macam. Itulah inilah.. tapi "tin kosong". Tiada sebarang penjelasan melainkan hanya kutukan semata-mata. Pening.. pening. Saya tak tahu pula kalau "meminta penjelasan" ini sebagai satu dosa.

Senyum sikit... :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

14 June 2010

Logo Kelab UMNO Pada Banner MECC. Adakah Sukan 1 Malaysia Pun Sama?


Adakah kalian masih ingat Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007 (MECC)? Antara Program yang didakwa oleh JPMK sebagai program kerajaan, tetapi malangnya pada Hari Kedua dan Ketiga, tertera logo Kelab UMNO Kaherah. Oh.. sungguh cedera hati ini, seolah-olah tertipu dengan permainan lidah.

Semalam, saya membuka web JPMK, tertera iklan Sukan 1 Malaysia begitu besar. Persoalannya, adakah perkara yang sama akan berulang kembali? Adakah pada hari pertama, program digambarkan sebagai program Kerajaan, kemudian pada hari-hari berikutnya, terserlah keUMNOan?

Apa salahnya berterus terang daripada awal. Kalau betul anjuran Kelab UMNO Kaherah, siarkanlah secara professional. Kalau benar di bawah Kerajaan, kenapa tertera logo Kelab UMNO pada hari kedua dan ketiga dalam program MECC?

Pada hari pertama MECC pada 2007, saya tidak lihat terdapat unsur-unsur penipuan ini. Alhamdulillah, walaupun program berlaku banyak kecacatan.. biasalah.. Mana ada program sempurna.

Tapi, kenapa ia disembunyikan? Dan dirahsiakan? Adakah Sukan 1 Malaysia akan mengulangi kejadian yang sama? Adakah di hari kedua dan ketiga akan tertera banner Kelab UMNO dalam program Sukan 1 Malaysia?

Gambar di bawah ini ditangkap pada hari kedua Program Karnival Kerjaya.. Tiba-tiba logo Kelab UMNO tertera dalam Program MECC 07.. Sedangkan JPMK kata itu adalah program kerajaan.

[SUC30131.JPG]

[SUC30118.JPG]

Ya Allah, sekiranya terdapat penyelewengan dan penipuan dalam program ini, dedahkanlah ia. Engkau Maha Mengetahui.

p/s : Biasanya ISMA Mesir pandai bab-bab tabayun ni.. tolong tabayun sket..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

13 June 2010

Khairi Bermesyuarat Bersama Wakil Pelajar? Mesyuarat Apa?


Semalam, bertarikh 12 Jun, jam 3.05 pagi, Khairi telah menyiarkan di dalam Facebooknya gambar di atas.

Dan ditulis, "Mesyuarat Bersama Wakil Pelajar".. Saya tidak terlibat dalam mesyuarat tersebut. Ada siapa-siapa yang boleh tolong jelaskan, mesyuarat apa yang Khairi kendalikan ini? Siapakah wakil-wakil pelajar yang dimaksudkan?

Kalau ada yang kenal wakil-wakil pelajar ni, boleh tolong takrufkan sikit? Tengok dalam gambar juga, Khairi yang kendalikan mesyuarat. Khairi kendalikan mesyuarat ok tak? Atau terabur? Tapi, saya dapat agak, mesti terabur punya. Kalau diberi tugas menyelesaikan kenaikan nama pun dah terabur, apatah lagi mesyuarat..

Nampak di sebelah tu, orang yang dikatakan bakal pegawai Perak (sehingga hari ini, belum ada surat pengesahan yang solid). Camna dia boleh masuk dalam mesyuarat ini? Dia masuk atas jawatan sebagai apa? Pegawai Perak belum disahkan lagi..

Kalau ada sesiapa yang boleh beri penjelasan tentang gambar di atas, silakan.. senyum sikit.. :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Mohon Penjelasan : Adakah Agen Perubatan Di Mesir Berdaftar Dengan KPT?


Saya ingin bertanya kepada semua, adakah Agen-agen yang memasukkan pelajar perubatan, semuanya berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi? Soalan ini ringkas, dan ia memerlukan jawapan yang panjang dan pelbagai.

Saya bukanlah mahasiswa perubatan, bukan juga datang melalui agen-agen. Oleh itu, saya harap persoalan ringkas ini boleh dijelaskan oleh sesiapa sahaja yang merasakan perlu untuk diberitahu.

Saya tidaklah layak untuk mengata itu dan ini, melainkan penjelasan daripada para pembaca sekalian. Adakah di sana terdapat masalah dengan melalui agen? Saya harap, sesiapa yang boleh tolong jawabkan, silakan.

Kalau ISMA, asyik berkata.. sepatutnya enta kena tabayun.. enta kena tanya.. Dan bermacam-macam lagi. Maka, saya ingin memberitahu, enta tahu mana ana tak tanya? Enta tahu mana ana tak tabayun. Enta menghukumkan ana tak tabayun, sedangkan enta pun tak tabayun terhadap ana.

Kalau Kelab UMNO pula, faham-fahamlah.. tak perlu tulis di sini. Saya hanya inginkan ulasan berkenaan masalah agen sekiranya ada, dan adakah kita pasti agen tersebut berdaftar. Ok.. jangan masam-masam, senyum sikit.

Artikel tambahan yang berkaitan :



p/s : Terima kasih kepada Lutpi kerana tolong ingatkan..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

12 June 2010

Isu Judi Bola : Kelab UMNO Mesir Diminta Bersuara.. Sikit Pun Ok..


Fikir punya fikir,.. adakah diri bersalah untuk meminta Kelab UMNO Kaherah bersuara menegakkan kebenaran? Sekian lama, saya ternanti-nantikan suara Kelab UMNO Kaherah menegur Parti UMNO yang memegang tampuk kerajaan berikutan isu judi yang cukup meruncing ketika ini.

Saya yakin, mereka yang menganggotai Kelab UMNO Kaherah adalah mereka yang belajar ilmu agama. Mereka juga tahu selok belok pengharaman Judi. Tetapi sehingga ke hari ini, saya masih lagi menantikan ketegasan mereka terhadap Islam yang mereka perjuangkan.

Di dalam web UMNO Kaherah (link), telah dinyatakan bahawa antara matlamat penubuhan Kelab UMNO Kaherah ialah :

i-Menyatupadukan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir khususnya yang menjadi anggota Nadi dan rakyat Malaysia dengan tujuan untuk menegakkan syiar Islam dan mendokong cita-cita Agama, Bangsa dan Negara serta mendokong dasar perlembangaan Negara.

Saya ternanti-nanti, dimanakah pelaksanaan untuk mencapai matlamat pertama ini. Tetapi saya agak berbangga dengan seorang ahli Kelab UMNO Kaherah, Faizal Sabhon yang juga berani menyatakan "Judi itu HARAM" (link).

Ya, Beliau juga menyatakan di akhir post, kalau nak tegur kerajaan, tegurlah dengan cara berhikmah dan sepatutnya. Saya juga berharap agar Kelab UMNO Mesir dapat menegur dengan cara yang paling berhikmah mengikut perspektif antum.

Selain beliau, ke manakah yang lainnnya? Nyatakan ketidaksetujuan anda sekiranya anda tidak bersetuju. Tidak cukup dengan berbisik di dalam hati untuk mengubah satu kejahatan. Oh ya, teringat kaedah yang Khairi gunakan dalam permasalahan judi. (link)

Kaedah yang mengelirukan ini dibentangkan di dalam Facebook? Sedangkan kaedah tersebut tidak menunjukkan bahawa judi itu boleh dihalalkan. Semoga artikel ini dibaca dengan hati terbuka, dan teguran ini dilihat sebagai teguran membina.

Kalau nak harap ISMA Mesir, berhujah sampai kiamat pun takkan selesai. Betul tak?... Senyum sikit :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Isu Judi : Khairi Mengeluarkan Kaedah Fiqh Yang Mengelirukan


Khairi tertanya-tanya di dalam Facebook beliau,

Kesimpulan yang dapat buat: Pertama: Hukum lesen Arak TAK SAMA dengan lesen Judi, Kedua: Hukum lesen Judi (Nombor Ekor) di sebelah sana TAK SAMA dengan lesen Judi Bola sebelah sini. Apa maknanya. Allahu'alam. Tarikh 28 Mei, 12.21 pm

Arak, khinzir dan judi untuk orang bukan Islam. Pemberian lesen kepada orang bukan Islam untuk tujuan "pengawalan" daripada berlaku secara haram dari segi undang-undang. Kaedah fiqh ada mengatakan "Akhhafu Dhararain" iaitu mengambil yang paling ringan daripada dua perkara mudarat, dan "Apabila terdapat pertentangan antara dua kemudharatan, dihindarkan lebih berat dan dilaksanakan yang lebih ringan". Tarikh 27 Mei, 10.22 pm

Khairi adalah salah seorang pejuang UMNO di sini, dan beliau juga mengaji di Jordan. Kelab UMNO Kaherah sendiri dianggotai oleh mereka yang belajar di Universiti al Azhar. Kenapa senyap ya?

Saya tertarik untuk mengulas petikan Khairi.. Macam lawak.. Petikan pertama tu, nampak terlalu hampeh untuk diulas. Beliau buat kesimpulan, kemudian bertanya.. Kenapa pusing-pusing?

Saya agak suka untuk mengulas kenyataan kedua, tentang kaedah Akhaf adh Dhararain. Saya tak pasti, Khairi belajar kaedah ni dari mana. Yang mana satukah mudharat? Yang manakah pertembungan mudharat di dalam isu judi bola?

Dulu, Masyitah pernah menghalalkan zina kerana mudharat kononnya. Entah, mati ke kalau tak zina? Kalau berzina untuk dapat duit, silap hari bulan mati kelaparan untuk menghabiskan sesi zina tersebut. Memang fatwa tak masuk akal.

Hari ini, Khairi berhujah dengan kaedah fiqh ini. Pelik. Apa yang mudharatnya kalau lesen judi tersebut disekat? Adakah Malaysia akan diisytiharkan perang? Bahkan, menghalalkan judi lebih memberi kesan buruk yang besar.

Kesimpulannya, kaedah fiqh yang beliau gunakan, langsung tak kena. Ulasan yang mantop sila rujuk kalam Presiden PMRAM (link), tentang Konflik Pemikiran yang berpunca daripada ketidakfahaman tentang Siasah Syar'iyyah.

Saya menegur di sini, atas dasar keselambaannya menulis sesuatu yang tidak patut di dalam Facebook. Kesal dengan ayat-ayat beliau yang tidak mencerminkan sebagai penuntut ilmu agama.

Senyum sikit.. :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

11 June 2010

Mesej Khairi "Saya Akan Ambil Tindakan Disiplin..", Disiplinkan Diri Anda Dahulu

Kita tak akan mampu menghentikan putaran bumi. Maka, kita perlu bergerak lebih laju daripada putaran tersebut. Sekiranya anda berhenti daripada mengejar masa, masa akan potong anda. Janganlah berhenti daripada mengejarnya sehingga anda berjaya memotongnya...


Post kali ini, sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat pembaca, tentang satu mesej yang saya terima daripada Khairi (019 0051525) pada 20 Mei lalu. Mesej yang terlalu panjang, antara yang disebutkan ialah ..

.. Saya melihat terlalu banyak perkara yang saudara tulis boleh mengeruhkan keadaan. Sebagai penasihat pelajar, saya berharap saudara memberhentikan penulisan di blog saudara di ibnuirfadzil.blogspot.com khususnya berkaitan dengan fitnah terhadap kakitangan kerajaan, sebelum tindakan disiplin diambil. Harap maklum dan terima kasih. dari Atase Pendidikan JPMK s.k Pengarah JPMK...

Selain itu, di dalam facebook sahabat kita (link), Khairi berkata lagi..

Khairi Jalalluddin : Assalamulaikum, harap jangan memburukkan jabatan kerajaan sebelum tindakan disipilin diambil kepada saudara. Diminta saudara membuang borang tersebut kerana ada cop JPMK.

Borang yang dimaksudkan di sini ialah, "acara Sukan 1 Malaysia" yang paling menarik tu.. Beberapa ulasan daripada saya,

Siapa yang keruhkan keadaan? Siapa yang memfitnah siapa?

Lawak.. Baru-baru ini Khairi meminta Dato Razali Ibrahim untuk membangkitkan isu pelajar mengaku wakil kedutaan, di Sidang Dewan Rakyat. Beliau menulisnya di dalam ruangan Facebook Dato Razali Ibrahim bertarikh 6 Jun 7.43 pm. Minta Dato Razali bawa dalam Sidang Dewan Rakyat dengan hanya melalui Facebook? Khairi buat lawak.. (link)

Di dalam mesej yang dihantar kepada saya, persoalannya, siapa yang cakap tak betul? Siapa yang berjanji manis? Siapa yang fitnah siapa? Siapa yang cetuskan kekeruhan? Saya rasa persoalan ini telah diketahui oleh semua orang. Khairi memang putar belit pun. Tak habis-habis nak memalukan diri sendiri.

Acara Sukan 1 Malaysia

Satu lagi kekeliruan. Khairi telah menyiarkan borang dan acara sukan 1 Malaysia di dalam blog Rasmi wal Peribadi Atase. Tetapi apabila tersebar, marah pulak. Kenapa ya? Saya tak nampak yang logo JPMK tu disalahgunakan. Apa yang jelas tertera ialah acara yang agak kelakar tersebut.

Erm.. Saya bertambah pening dengan Sukan 1 Malaysia. Dengar kata semalam ada mesyuarat. Apa cerita? Tunggu post seterusnya. Anda akan terkejut sekiranya anda turut berada di dalam mesyuarat, dan anda lebih terkejut apabila mendapat tahu cara Khairi membawa mesyuarat.

Siapa yang masuk, anda akan tahu betapa "teraburnya" seorang pegawai JPMK mengendalikan mesyuarat. Tunggu post seterusnya. Saya cuma pertikaikan keprofessionalan beliau sebagai Pegawai Atase. Kalau beliau bertindak professional, saya akan puji beliau. Tetapi, apa yang terjadi sebaliknya.

Tindakan Disiplin

Sepatutnya Khairi sendiri yang perlu dikenakan tindakan disiplin. Antara kelakuan beliau yang tidak berdisiplin ialah, buat kerja tak professional sehingga menyebabkan kelewatan nama Qiraat. Kemudian beliau menyalahkan mahasiswa pula kerana menghantar nama lewat.

Selain itu, beliau juga dengan selambanya fitnah Pengerusi Tanta mengaku sebagai pegawai kedutaan. Beliau juga, sibuk sangat dengan Kelab UMNO sampaikan kerja bertimbun tidak selesai. Juga, buat kerja sambil berceloteh tentang PMRAM. Dan sebagainya.. tak larat nak sebut.. Boleh tengok post-post sebelum ini.

Jangan salahkan mahasiswa kalau Pegawai JPMK sendiri buat masalah. Jangan salahkan mahasiswa kalau Pegawai JPMK sendiri yang memalukan dirinya sendiri. WaLlahua'lam. Jangan masam-masam, senyum sikit.. :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

26 April 2010

5 Fasa Penghapusan PMRAM, Siapa Punya Kerja?


Kemungkinan penghapusan DPM adalah fasa ke 5 dalam menghapuskan PMRAM dan Mahasiswa al Azhar? Ya ke? Kita tunggu sehingga Allah sendiri mendedahkan tangan-tangan busuk ini. Apakah 4 fasa sebelumnya? Kita juga tunggu sahaja pendedahan yang akan datang.

Apakah yang telah dihapuskan sebelum ini? Sekadar bacaan politik melalui kacamata seorang mahasiswa, dan sekadar menimbulkan persoalan. Ibarat sebuah ayat mantik "Matahari yang terang di hadapan mata, tidak mungkin dapat kita berhujah bahawa hari masih malam!"

1. Mahasiswa Qiraat

Nama mahasiswa qiraat sengaja dilewat-lewatkan. Ia bermula pada 2007 lagi (seingat penulis). Siapakah angkara tangan itu? Sehingga ke hari ini, mahasiswa Qiraat sesi baru masih belum lagi naik nama mereka.

Kenapa mahasiswa qiraat? Kerana "mereka" melihat kekuatan PMRAM sebelum ini dianggotai oleh mahasiswa qiraat yang mempunyai pengalaman berpersatuan di Malaysia lagi. Betul tak? Tapi anda tak perlu risau, pejuang Islam tu Allah yang pilih.

2. Penghapusan Mu'adalah

Ya, ini juga antara salah satu usaha untuk menghapuskan "suara garang" dalam PMRAM. Mua'adalah telah dihapuskan oleh Azhar disebabkan tangan "mereka" yang terjadi pada 2007 juga. Kenapa 2007? Ketika itulah "mereka" mengadakan mesyuarat khas, wal tergempar (atau akhir 2006).

Apabila mu'adalah dihapuskan 50% mahasiswa al Azhar akan berkurangan. Maka, yang berbaki hanyalah lepasan STAM, yang diprogramkan di Malaysia lagi. Kalau "mu'adalah" ni, dah susah nak ubah.. kata "mereka".

3. Lambakan Pelajar Medic

Ya, mahasiswa medic tak bersalah. Tetapi di sana timbul satu persoalan "kenapa tiba-tiba sahaja jadi banyak? Kenapa tak masuk sedikit demi sedikit? Kenapa secara tiba-tiba "agen-agen" ini datang melimpah di bumi Mesir?.

Sesi pertama medic agen ialah pada tahun 2007. Kenapa 2007? Persoalan ini telah dijawab tadi. Salahkah medic agen? Tidak salah. Cuma sekadar timbul persoalan "kenapa ia secara tiba-tiba?"

4. Mewujudkan al Azhar Melayu

Ia bermula 2008 (tak berapa ingat). Tiba-tiba sahaja semua mahasiswa baru "ditarik" untuk menyertai pengajian Universiti al Azhar Melayu. Kalau ada yang bertanya, apa buktinya?

Kalau nak buktinya, boleh tanya sendiri kepada mereka yang terlibat, dan mereka yang ditarik. Beberapa orang diminta dari setiap BKAN untuk menjadi wakil "untuk dimasukkan di dalam U ini".

5. Penghapusan DPM?

Sekadar menimbulkan persoalan. Adakah penghapusan DPM ini fasa ke 5 dalam mempupuskan ahli PMRAM?. Kenapa DPM? Kerana DPM mempunyai hubungan "direct" dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir, dan DPM mempunyai "kuasa" penuh yang diberikan.

DPM akan cuba dirobek sedikit demi sedikit. Cawangan yang cuba dirobek di peringat awal ialah Syibin dan Syubra. Berapa kerat yang diagihkan ke Syibin? Semua pelajar wafidin akan ditempatkan di dalam satu U "khas" di Kaherah. Eh, kenapa? Ya, untuk memadamkan nama "al Azhar" dari mata masyarakat Melayu. Selepas ini, tiada lagi al Azhar. Siapa punya tangan kotor segala perancangan ini?

Ya Allah, dedahkanlah siapakah mereka! Hancurkanlah usaha mereka yang ingin menghapuskan pejuang agamaMu!

Analisis ini mungkin memberi manfaat kepada anda. Sebuah analisis rasmi yang disiarkan di dalam web PMRAM (link) :

Satu analisis telah dijalankan oleh Urus Setia Sambutan Mahasiswa Mahasiswi Baru PMRAM 2009 (USMB PMRAM 2009) bagi kedatangan mahasiswa baru ke Mesir bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda. Pada tahun ini iaitu bagi sesi pengajian 2009/2010, mahasiswa baru yang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar seramai 583 orang. Bilangan ini berkurangan berbanding bilangan mahasiswa pada tahun 2008 iaitu seramai lebih 700 orang.

Mengikut laporan yang diperolehi, saban tahun jumlah kedatangan mahasiswa ke Mesir bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar untuk jurusan Pengajian Islam semakin berkurangan, lebih-lebih lagi selepas pembatalan Memorendum Persefahaman (MoU) bagi kemasukan penuntut baru melalui sistem mu'adalah.

Selain itu, pada tahun ini juga, bilangan mahasiswa yang memohon untuk memulakan pengajian di Kaherah amat tinggi berbanding mahasiswa yang memohon untuk memulakan pengajian di muhafazah lain. Malah, hasil analisis juga mendapati bahawa, jumlah kehadiran mahasiswi mengikut negeri pada tahun ini juga merosot berbanding pada tahun-tahun lepas.

Pada tahun ini, muhafazah yang paling ramai menerima mahasiswa baru ialah Tanta iaitu lebih kurang seramai 64 orang. Walaubagaimanapun, muhafazah Shibin El Kom pada tahun ini, akhirnya menerima seorang mahasiswa baru setelah 2 tahun tidak menerima kedatangan mahasiswa baru. Akan tetapi, jumlah tersebut berubah pada saat-saat akhir apabila seorang lagi mahasiswa yang diletakkan di Shibin, bertukar kuliah ke Kaherah.

Justeru, menurut analisis yang telah dijalankan, hasilnya PMRAM mendapati beberapa fakta yang agak negatif iaitu:

1. Kemerosotan kehadiran mahasiswa yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar pada saban tahun, lebih-lebih lagi selepas pembatalan program kemasukan mahasiswa melalui sistem mu'adalah.

2. Terdapat muhafazah yang tidak atau kurang menerima kehadiran mahasiswa baru bagi mengisi kekosongan tempat di sana.

3. Ketidakseimbangan jumlah mahasiswa Pengajian Islam dan Perubatan, di mana kehadiran mahasiswa Perubatan jauh lebih ramai berbanding mahasiswa Pengajian Islam kira-kira 1000 orang setiap tahun.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Nama Tak Naik : Usaha Menghapuskan DPM PMRAM?


Mahasiswa qiraat semakin digelapkan. Pada tahun 2009, terdengar ura-ura yang menyatakan bahawa Syoubra akan dihapuskan. Yang tinggal hanyalah "qiraat tanta". Betulkah ura-ura ini? Biar Allah SWT sahaja yang dedahkan realiti sebenar. Dia Maha Mengetahui.

Sedikit coretan daripada salah seorang mahasiswa Syoubra, berkenaan aduan ini. Kenapa nama tak naik-naik? Peperiksaan lagi 3 hari. Eh, JPMK tak buat kerja ke? ISMA mana? Kan ahli ISMA ada yang belajar di Syoubra? Hangpa buta ke? Tak reti nak perjuangkan hak anda sendiri!

Inilah beberapa ayat yang dicopy dari blog beliau, Zulikhwan.. (link)

Mahasiswa Qiraat tahun satu sudah tidak senang duduk. Semuanya sedang ternanti-nanti bilakah nama mereka akan muqayyad (kenaikan nama di Azhar). Minggu lalu semua mahasiswa tahun satu berjaya menduduki imtihan syafawi al Quran dan Qiraat atas belas ihsan daripada pengetua Maahad Qiraat al Azhar, Shoubra yang membenarkan semua mahasiswa tahun satu menduduki peperiksaan syafawi.

Tiga hari lagi mahasiswi Qiraat Mansurah pula bakal berdepan dengan imtihan syafawi al Quran dan Qiraat. Mereka juga pasti sedang menanti-nanti bilakah nama mereka akan muqayyad. Berdasarkan makluman, pihak pengurusan Maahad Qiraat Mansurah dikatakan agak syadid (tegas).

Sepuluh hari yang dijanjikan oleh pihak JPMK untuk memastikan semua nama pelajar Qiraat muqayyad kini sudah berlalu berpuluh-puluh hari. Janji cuma tinggal janji. Omongan kosong daripada pihak JPMK kini sudah meluat didengari. Bukan sekali tetapi sudah berkali-kali janji yang sama ditaburkan.

Kenapa nama tak naik? Tiada sebarang penjelasan. Web JPMK.info tiada sebarang "ayat" untuk menjelaskannya kepada mahasiswa. Kenapa ya? Adakah anda berusaha untuk menghapuskan Syoubra? Kenapa? Apa dosa mereka?

Masalah muqayyad nama, masalah visa pelajar dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan sering menghantui para pelajar yang bakal menjejakkan kaki mendalami ilmu Qiraat di Mesir. Jika suatu masa dahulu, semua lulusan diploma tahfiz al Quran dan Qiraat atau Sijil Tinggi Tahfiz al Quran atau setaraf dengannya dibenarkan menyambung pengajian di Mesir tetapi bagi sesi akan datang hanya lulusan diploma JAKIM, Kolej Universiti Insaniah dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sahaja yang diiktiraf dan layak menyambung pengajian di Mesir.

Lihat, ruang melanjutkan pengajian al Quran dan Qiraat di Mesir semakin sukar dan semakin disempitkan. Tidak mustahil sekiranya perkara yang sama juga bakal berlaku kepada pengajian Qiraat sebagaimana yang telah berlaku kepada program muadalah antara institusi pengajian Islam tempatan dengan al Azhar yang telah dimansuhkan suatu masa dahulu.

Di hujung sana, terdengar "Suara Mahasiswa" yang dinukilkan oleh Zhonni Abdi (link) ..

Untuk apa kami dihina
diperlakukan sedemikian rupa
hak kami dipersia-sia
maruah kami diperguna
seperti kami insan hina..

Kerana kami mahasiswa
perantau asing diluar negara
terpisah keluarga antara benua
mencari ilmu pasak matlamatnya..

Dalam derita semangat membara
memperjuangkan HAK sekian lama
tercari dimanakah silapnya
mencipta cereka tiada ironinya..

Jangan gentar mahasiswa
teruskan bersuara dan bersuara
kerana kita mahasiswa
segalanya bisa akan terlaksana...
Baca seterusnya

12 April 2010

Amoi Pun Termasuk Dalam Menu Makanan


"Saya nak tempah menu nasi ayam plus amoi dua orang"

Amacam? Mesti terkejut kalau anda dengar kewujudan menu jenis ini. Amoi pun termasuk dalam menu jugak ke? Inilah realiti yang terjadi di sebuah kedai makan yang terletak di kawasan ternakan ayam daging di Ladang Kelapa Sawit, Tok Gong, Klang.

Servis baik punyaa.. gadis warga China menjadi salah satu daripada tarikan utama gerai makan ini. Tapi, jadualnya agak pelik. Kadang-kadang buka, tiba-tiba tutup. Sebab apa?

Sebabnya ia sering menjadi sasaran polis untuk mengintai tindakan mereka. Tahniah saya ucapkan kepada pihak polis.. Sepandai-pandai monyet memanjat, akhirnya terjatuh ke atas tanah juga. Memang betul.

Setelah meloncat sana sini, akhirnya gerai ini diserbu juga. Serbuan dibuat bermula jam 12 malam semalam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Operasi itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, Deputi Superintendan Roslan Ibrahim bersama 18 anggota hasil maklumat orang ramai.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata :

Polis menahan empat wanita warga China ketika sibuk melayan lapan pelanggan. Turut ditahan seorang lelaki dan wanita tempatan dipercayai penjaga mereka dan semua mereka dibawa ke IPD Klang untuk tindakan lanjut.

Menurutnya lagi :

Pihaknya menerima maklumat terdapat 10 wanita warga asing berusia dalam lingkungan 20-an menjalankan kegiatan tidak bermoral di kawasan itu sebelum polis mengatur strategi bagi memberkasnya.

Menurutnya lagi :

“Kami percaya premis terbabit mula beroperasi sejak setahun lalu dengan membuka dan menutup perniagaan mengikut kesesuaian masa bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan.

Lagi...

“Namun, kami dapat menahan empat wanita warga China berusia dalam 20-an manakala selebihnya dipercayai sudah dibawa keluar pelanggan lebih awal untuk berhibur di lokasi lain,”

Dan lagi..

Kedudukan kawasan terbabit agak tersorok jauh dalam hutan berhampiran kawasan menternak ayam daging dan hanya boleh dimasuki melalui jalan tidak berturap.

Ulasan saya pulak..

Dunia hari ini macam-macam. Semuanya berpunca dari undang-undang Islam yang tidak dilaksanakan. Bahkan digula-gulakan oleh sebahagian pihak yang berwajah gula-gula. Rasanya manis, tapi rosakkan gigi! Orang seperti ini cakapnya memang manis, wajahnya peramah, dan sebagainya.. Tapi merosakkan pemikiran.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Penyakit "Suami Hantu" Bakal Merosakkan Rumahtangga Idaman

Alhamdulillah, cantiknya keluarga bahagia..


Seorang pemandu lori yang berusia 31 tahun, juga seorang bapa kepada seorang anak berusia 5 bulan mengalami penyakit "suami hantu". Penyakit ini bukanlah yang pertama dalam sejarah, tetapi ia kerap dialami oleh mereka yang kuat cemburu.

Kisah ini telah disiarkan di dalam Harian Metro hari ini. Antara gejala-gejala penyakit suami hantu ini ialah memukul isteri setiap hari. Inilah tabiat mereka yang mengalami penyakit ini.

Selain itu, lelaki yang mengalami penyakit ini juga dengan selambanya memaki hamun wal menerajang isterinya tanpa belas kasihan walaupun di hadapan mertuanya. Bertambah malang, si isteri yang berumumr 23 tahun itu pernah diterajang sampai jatuh, dan ketika itu dia sedang mengandung 6 bulan.

Pada saya, penyakit ini adalah penyakit gila tendang, yang terhasil daripada penyakit suami hantu wal hampeh. Langsung takda perasaan sayang kepada isteri sendiri. Bertambah teruk apabila penyakit ini merebak ke mulut. Si suami hantu ini pernah melafazkan 2 kali talak.

Tapi, si suami hantu ini masih lagi ingin mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya. Memang hantu pun. Si suami ini juga pernah menuduh anak di dalam kandungan isterinya itu adalah anak haram, hasil hubungan isterinya dengan teman istimewa yang lain. Amacam? Hantu tak suami macam ni?

Mertua dan isteri kepada suami yang mengalami penyakit suami hantu ini telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (Georgetown) Pulau Pinang, bulan lalu.

Antara bahana yang diperolehi hasil penyakit "suami hantu" ini ialah menuduh isterinya berzina. Maka si suami telah meli'an (melaknat) isterinya. Secara automatiknya mereka telah tercerai. Ia tidak sama dengan hukum qazaf, yang memerlukan 4 orang saksi. Cukup sekadar bersumpah.

Setelah terlafaznya sumpah daripada si suami yang mengatakan isterinya berzina, maka isteri pula perlu bersumpah untuk menafikannya. Sekiranya tidak, isteri akan dikenakan hudud disebabkan berzina. Setelah itu, mereka berdua diharamkan kahwin selama-lamanya.

Antara dosa yang diterima juga ialah mentalak isterinya kemudian mengajak untuk membuat hubungan kelamin, seolah-olah menarik balik lafaz tersebut. Tak semudah itu. Di sana terdapat beberapa kaedah "rujuk" yang digariskan, dan ia terlalu panjang untuk diceritakan di sini.

Terajang isteri? Lagi la dapat dosa. Terajang orang lain yang tidak bersalah juga dapat dosa, apatah lagi isteri sendiri. Kalau isteri buat jahat sekalipun, teguran yang "paling tinggi" Islam letakkan ialah dengan memukul lembut dengan kain, pada anggota-anggota yang selamat.

Itupun setelah menasihat beberapa kali dan beberapa perkara lain yang mesti dibuat terlebih dahulu sebelum itu. Cuma, mari kita doakan agar kita dikurniakan dengan pasangan hidup yang baik, dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Juga dijauhkan daripada unsur-unsur yang dibenci oleh Allah dalam rumahtangga.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

09 April 2010

Biarlah Diri Ini Beralah Walau Difitnah - Info Kini


Pada mulanya, saya memang tidak berniat untuk mengulas isu Annual Dinner yang agak panas di pasaran baru-baru ini, dan ia kembali sejuk pada hari ini. Selama ini saya hanya mencopypaste daripada blog "sanggahzalim" dan kenyataan rasmi daripada Presiden Perubatan, sebagai jawapan kepada "sanggahzalim".

Akhirnya, percubaan mendedahkan apa yang berlaku, melantun kembali kepada pembuatnya. Macam-macam kata-kata kesat yang dilemparkan. "Ini memang kerja korang... fitnah memanjang.." dan bermacam-macam lagi. Nilailah sendiri.

Pada pandangan saya secara peribadi, apa yang menjadi isu ialah "bilik sepasang kekasih", yang cuba diketengahkan. Ya, memang saya akui bahawa MEMANG TIADA BILIK TU.. Saya ulangi sekali lagi.. MEMANG TIADA..

Tetapi apabila membaca semula, seolah-olah INFO KINI benar-benar membuat fitnah dan menjaja cerita tentang bilik kekasih ini, hakikatnya INFO KINI tidak berbuat demikian. INFO KINI sendiri menyebut bahawa "bilik pasangan kekasih itu" sememangnya BELUM kepastian :

seperti yang didengari sebelum ini, pasangan juara akan dihadiahkan bilik hotel tempat bermadu kasih. Moga apa yang diberitakan tentang tentatif majlis (yang berbentuk maksiat) tidak dilaksanakan dan tidak ada dalam perancangan mereka hendaknya,

INFO KINI memberitahu bahawa ia hanya khabar angin sahaja. Dan INFO KINI sudah memberitahu bahawa ISU BILIK KEKASIH ini hanya khabar angin, dengan menggunakan ayat "seperti yang didengari". INFO KINI juga meletakkan harapan supaya tiada sebarang unsur maksiat dalam program ini. Bukannya menuduh program ini berunsurkan maksiat.

Kemudian, apabila terbaca artikel daripada Tranungkita, dan dibandingkan pula dengan email yang dikirimkan kepada saya bertarikh 8 April (saya AJK Annual Dinner), mendapati bahawa si penghantar email tersebut tersalah faham dengan apa yang dikemukakan oleh INFO KINI.

Kalau anda perasan, semua wajah telah diputihkan, untuk tidak mendedahkan wajah sebenar si pembuat tersebut dan INFO KINI berkata :

Ulasan ringkas yang diberi pada setiap gambar tidak ada kena mengena dengan status mereka, sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. ia (ulasan ringkas digambar) hanya sekadar pandangan dari mata kasar admin, tercetus pemberian berdasarkan staillo milo masing-masing (berpandukan dari pemerhatian admin).

Saya tidak beranggapan ia sebagai satu fitnah. Bahkan ia hasil daripada pandangan INFO KINI berdasarkan perwatakan masing-masing yang sengaja dizahirkan. Perwatakan itu dicipta oleh diri masing-masing, dan ia bukanlah kecaman atau tuduhan membabi buta daripada pihak INFO KINI.

INFO KINI cuba memberi nasihat dan peringatan ... :

Jangan jadikan bumi anbiya' seperti amarika atau pun university di malaysia yang sering menganjurkan band-band, kugiran, joget lambak, atau diharap tidak mencontohi negara barat yang menganjurkan party-party minum arak, dan lain-lain maksiat.

Bukannya untuk menuduh Annual Dinner ini sebagai program maksiat.. tetapi ia adalah satu nasihat lembut yang bersifat umum untuk semua orang. Tetapi INFO KINI seolah-olah dilabelkan sebagai "memfitnah" dengan ayat ini.

INFO KINI cuba meletakkan harapan supaya program yang dirancang terpelihara dari maksiat :

Moga Allah mematikan gerakan maksiat dengan balasan yang setimpal. Harap-harap annual dinner yang telah dianjurkan terjaga dari segala bentuk maksiat.

Dari mana INFO KINI dapat gambar-gambar tu semua? Dalam Facebook. Bukannya dengan menghantar spy atau sb. Semua boleh tengok sendiri di dalam Facebook. Lalu, gambar-gambar itu diputihkan oleh INFO KINI untuk menjaga nama mereka. Dan ulasan-ulasannya hanyalah berkait "style" yang boleh diperhatikan sendiri berdasarkan zahir.

Pada gambar yang ke 15 (kalau tak silap), gambar seorang lelaki dan seorang perempuan berada di atas pentas.. Lalu INFO KINI mengulas "inikah pasangan terbaik?" Hanya sekadar bertanya dan bukan menuduh, dan diputihkan juga wajah mereka supaya mengelakkan fitnah. Persoalannya, kenapa gambar ini disiarkan juga di dalam Facebook?

Sebaiknya, ia tidak perlu disiarkan kerana nampak lain macam. Atau, perlukan ulasan daripada Admin Facebook mengatakan bahawa "Mereka adalah adik beradik" misalannya.

Lalu, INFO KINI seolah-olah mengeluh :

Apa nak jadi, dan ape dah jadi dengan pelapis mahasiswa dimesir? Dulu, kalau orang sebut keluaran mesir, tak kira jurusan agama atau lepasan medic, semua respek, sebab pelajar jurusan agama dulu dan pelajar jurusan medic dulu, keluarannya begitu mantap, tip top

Saya tidak nampak ayat ini cuba mengutuk sesiapa. Bahkan ia tidak menghentam Annual Dinner. Apa yang disebut, Medic dan Agamawan pun sama sahaja. Hari ini, kedua-duanya tidak macam dahulu lagi. Memang hakikat ini berlaku dan benar-benar terjadi. Melayu Mesir hari ini (TIDAK KIRA JURUSAN APA), sudah berbeza dengan sebelumnya yang lebih terjaga.

INFO KINI menyifatkan Medic dan Agamawan satu ketika dulu dengan berkata :

Mereka mengambil kesempatan keberadaan dimesir untuk bersama ulama' dan mengubah diri dari hidup kekosongan kepada hidup penuh berkah pada jalan islam. Mereka cepat matang, kerana mereka tahu, mereka adalah harapan bangsa untuk menegakkan kalimah tauhid dibumi malaysia dan dunia amnya.

Saya rasa ayat ini begitu lembut untuk memberitahu kita. Saya tidak nampak ia sebagai satu bentuk fitnah, atau tuduhan membabi buta sepertimana yang disifatkan oleh si penghantar email.

Cuba baca ayat ini sebaik-baiknya...

Doktor keluaran mesir dulu hebat mengalahkan ustaz agama, tapi keluaran sekarang, kelabu asap. Sama juga ustaz ustazah, keluaran dahulu tip top, tapi keluaran sekarang, hampeh dot com yang banyak.

Memang benar, INFO KINI tidak mengatakan kepada Medic sahaja, atau Agamawan sahaja. Bahkan KEDUA-DUAnya sekali. Tidak nampak sebarang usaha untuk membuka jurang ini.

Saya sanggup untuk menyiarkan email inilhukmuillalillah@yahoo.com yang dihantar kepada saya. Email tersebut adalah email mula-mula yang dihantar selepas saya mengumumkan kepada sesiapa untuk menghantar email. Saya tidak pula mendengar kutukan dan penghinaan kepada saya kerana menyiarkan email tersebut.

Lihat, sebelum ini juga saya tidak menyiarkan sebarang artikel dari INFO KINI. Kenapa? Saya boikot INFO KINI ke? Tidak. Tetapi hari ini, saya ingin memback-up INFO KINI dengan memberikan penjelasan, dan menafikan beberapa "ayat yang kurang manis" yang dilemparkan kepada INFO KINI.

Apa yang boleh dilihat lagi, INFO KINI sanggup "membuang entri" tersebut.. Dan INFO KINI memberitahu, tujuannya ialah untuk membuka mata semua supaya berjaga-jaga. Entri pada 7 April menyebut :

tentang artikel sebelum ini, baca dengan betul, saya tidak menuduh mereka, tetapi saya katakan jangan sampai berlaku seperti di amerika yang bebas meminum arak atau di malaysia sendiri dengan kugiran, band-band, joget lambak dan lain-lain, saya tidak cerita fokus pada anjuran program annual, tetapi untuk peringatan semua perkara seperti ini berlaku dinegara barat dan dimalaysia

Artikel-artikel yang telah dibuang tersebut hanya tinggal komen-komen sahaja. Komenlah dengan penuh hikmah.

Sedikit ulasan saya tentang Annual Dinner. Saya menyarankan kepada pihak AJK Pelaksana Annual Dinner, untuk merujuk kepada mereka yang lebih memahami Agama (jangan pilih agamawan yang terpesong) sekiranya ingin mengadakan program seperti ini akan datang. Supaya (bukan menuduh) program akan datang tersebut, tidak akan terdapat unsur-unsur maksiat, dan lebih terjaga.

Kami bersedia membantu, bahkan menjayakan program seperti ini supaya terpelihara. Kita sama-sama tidak suka dengan maksiat. Jadi, marilah kita "bersama".

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Pasangan Berzina Ditelanjangkan - Bukan Cara Islam


Pasangan berzina ditelanjangkan di Aceh

BANDA ACEH - Satu pasangan Indonesia yang ditangkap kerana melakukan persetubuhan di luar nikah diarak dalam keadaan berbogel di sebuah kampung sebelum dibelasah penduduk yang marah dan kini berdepan dihukum rotan, kata seorang pegawai pemerintah semalam.

Pasangan itu yang dikenali sebagai Bus, guru berusia 36 tahun dan pasangannya, Yus, 28, seorang suri rumah ditangkap kelmarin kerana didapati berzina di Aceh yang melaksanakan hukum Syariah.

"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita tersebut dan mendapati pasangan itu tinggal bersama sebelum membawa mereka keluar sebelum diarak dalam keadaan bogel," kata seorang pegawai polis syariah daerah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.

Pasangan tersebut kemudian diikat di sebuah pondok pengawal dan penduduk yang amat marah kemudian bertindak memukul kedua-dua mereka itu dengan batang kayu dan tangan sehingga hampir nazak.

Teuku Abdurrazak berkata, jika pihak polis lambat tiba, pasangan tersebut kemungkinan akan mati dan bakal dirotan sebanyak sembilan kali. - AFP

Ulasan Ringkas

1. Ini bukan hukuman hudud. Hukuman zina bukannya 9 sebatan. Bahkan untuk orang yang sudah berkahwin sepertimana yang diberitakan, dikenakan hukuman rejam sampai mati dengan menggunakan batu, bukannya dengan membelasah.

2. Berbogel, dan tinggal bersama belum boleh disabitkan hukuman hudud sebagai pasalah zina, kecuali dengan 4 orang saksi menyaksikan penzinaan tersebut dengan jelas, atau pengakuan daripada penzina sendiri.

3. Kes di atas, kemungkinan ta'zir. Iaitu dengan menyebat sebanyak 9 kali kerana ditangkap berkhalwat dan tidak disabitkan zina. Tetapi orang ramai yang mengarak lalu memukul dengan sewenang-wenangnya si pesalah, dianggap sebagai tindakan salah. Ini kerana orang yang berhak melaksanakan hukuman, ialah mereka yang diamanahkan oleh Qadhi.

4. Berarak dalam keadaan bogel, bukan cara Islam. Islam menjaga maruah seseorang. Apabila hendak melaksanakan hukuman sebatan dalam hudud, pesalah hendaklah menutup aurat. Aurat tetap aurat walaupun dalam proses hukuman.

5. Apabila undang-undang Islam tidak dilaksanakan, maka masyarakat akan melakukan tindakan mereka sendiri. Sudah banyak terjadi kes pembunuhan sebelum dibicarakan. Ia disebabkan si keluarga mangsa rogol membuat tindakan sendiri dengan membunuh perogol anaknya. Ia disebabkan hilang kepercayaan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam.

6. Sekiranya terdapat kesalahan, sila tegur. Ulasan berdasarkan berita, sekiranya berita ini hanyalah fitnah, atau rekaan, maka segala ulasan yang bercanggah perlu ditolak. WaLlahua'lam.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

08 April 2010

Saya AJK Program Annual Dinner...


kiriman : inilhukmuillalillah@yahoo.com

Assalamualaikum

Saya adalah seorang pelajar perubatan tahun 3 Mansoura Universiti serta sebagai AJK yang menganjurkan Majlis tersebut.

Pertama, saya ingin menyatakan kekesalan saya terhadap editor atau admin yang mengelola website ini ( Tranungkite.net ). Selama ini, tranung-kita adalah rujukan saya bagi mengetahui isu-isu semasa dan politik negara.

Sangat tertarik dan banyak faedah yang saya terima. Namun, selepas post http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3833 (Akan Lahir ULAMA dari???) yang dikeluarkan oleh pihak Tranung, kekesalan yang melimpah ruah dan ketelusan pihak tranung meragukan saya.

Sikap profesional juga membimbangkan saya dengan 'syubhah-berita' yang dikeluarkan. Meskipun fitnah sebahagian orang memandang sebelah mata, namun keterlaluan dan keterlanjuran pihak admin dapat membantu umat seluruh dunia, terutama malaysia dalam memberi berita-berita yang benar dan tiada unsur-unsur keyahudian.

Kedua, saya diantara gambar-gambar yang dikeluarkan di atas. Kalau dari pihak info-kini.blogspot saya tidak kisah sangat kerana kelantangan suara-suara pelajar yang terus membabi buta untuk meraih blog dan persatuan. Namun, jika tranung sendiri yang terlibat dan terpengaruh dengan beberapa penuduhan palsu, telah membuatkan sebahagian orang kesal dan kredebiliti tranung juga terjejas dengan tiada ketelusan mengeluarkan berita.

Ketiga: Majlis tersebut adalah Majlis Annual Dinner yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Mansoura (GMMSC). Beberapa orang kenamaan Universiti Mansoura juga turut hadir. Antaranya, Dr.Said Abd Hadi (Head Department Manchester Program University of Mansoura) elsaidhady@yahoo.co.uk, Dr.Dalia Saleh (Co-Ordinator Manchester Program University Of Mansoura) meteor_381@hotmail.com ,dan dua pegawai GMN, Ust. Ridhwan (ridhwan.sm@gmail.com) dan Abg Adnan.

Keempat: Tentatif program diisi penuh dengan majlis keilmuan (bersesuaian dengan pelajar Medik) dan berjalan dengan amat baik sekali. Antara tentatifnya secara rawak:

1. Majlis bermula dengan bacaan iftitah majlis dan ucapan alu-aluan kepada hadirin, terutama wakil University dan Pegawai GMN.

2. Ucapan Pengerusi GMMSC Ahmad Syamir Bin Abdullah

3. Ucapan Dr.Said Abd Hady serta taklimat proses pengajian setiap semester dan soal jawab secara langsung dengan pelajar.

4. Ucapan Nasihat dan pengalaman pelajar 1st Batch :Semester 8 Tahun 4: Mohd Amin Yassin (Di Jemput Oleh Dr.Said Abd Hady), Ucapan pelajar 2nd Batch : Semester 6 Tahun 3: Noor Syeila Bt Rosly. Dan turut memberi pandangan pelajar semester 7 tahun
4: Nama panggilan Pian (Tak pasti nama penuh).

5. Majlis menjamu selera dengan hidangan makanan arab yang pelbagai jenis.

6. Pembahagian Anugerah Pelajar Cemerlang Setiap Batch seramai 7 orang Pelajar (Anjuran University: International Head Student Department: Dr.Nasreen Mahmoud). (Maaf Penulis tak ingat nama setiap pelajar)

7. Cabutan Bertuah kepada hadirin

8. Pengumuman King & Queen. (Beberapa tanggapan buruk dan tuduhan palsu 'Fitnah' yang mengatakan kedua King & Queen ini mendapat ganjaran bilik untuk bermadu). Bagi pihak penulis: Pihak menganjur begitu berjaga-jaga untuk memilih anugerah tersebut, kerana jika dilihat pasangan yang diumumkan adalah senior yang baik dan sangat prihatin kepada juniornya serta banyak berbakti kepada seluruh pelajar dengan mengadakan kelas tambahan dan program-program keilmuan.

Terutama Queen sendiri yang terpilih adalah pelajar yang berpakaian sopan dan bertudung labuh sebagai contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.

9. Persembahan akustik Pelajar Malaysia (Raba3 Firakh) yang menjuarai Talent Show di bawah program University Mansoura.

10. Majlis penutup oleh Pengerusi GMMSC.

11. Majlis bersurai.

Tambahan 1:

-Program ini berjalan dengan lancar. Jam 6 petang, seluruh AJK sudahpun bersiap sedia di Dewan Crytal Ramada Hotel.
-Para AJK lelaki bersama-sama solat Maghrib berjemaah sebelum majlis dimulakan.
-Bacaan Doa pembuka majlis jam 8.30mlm (Majlis bermula).
-Pengasingan pintu masuk lelaki & perempuan
-Pengasingan meja duduk lelaki & perempuan
-Tiada ganjaran bilik kepada Pemenang.
-Di akhir majlis; Pantauan dari AJK kerohanian mengawal pelajar pulang serta mushrif2 bertugas untuk pulang kerumah (bagi pelajar wanita)
-Jam 11.30mlm pelajar sudah bersurai & juga AJK sudah siap kemaskan barang.
-Majlis ini majlis pelajar Medik, bukan pelajar al-Azhar

Tambahan 2:

-Jika program ini dikira anjuran menjurus maksiat, penulis rasa agak terlanjur menghukum. Maksiat di mana-mana berlaku. Percampuran? dalam satu majlis? (kami dah elakkan dengan pembahagian tempat bagi lelaki dan perempuan). Kalau di Malaysia, kita juga hadiri majlis ceramah yang dianjurkan oleh pemimpin kita, percampuran berlaku juga. Akan tetapi, kenapa bila kami adakan majlis tersebut (dengan sebaik mungkiin) ada juga masalah?. Kita ke masjid, keluar masjid tetap berjumpa dengan ramai masyarakat lain terutama apabila keluar solat jemaah yang ramai seperti taraawekh. Tetap percampuran.

- University Mansoura adalah Universiti lain dari al-Azhar University. Memang tidak dinafikan ada sebahagian pelajar tidak menutup aurat. Berambut merah, berjeans dan jauh sekali dibandingan dengan pelajar al-Azhar. Pendek kata sosial mereka lebih luas dari pelajar al-Azhar yang bergelar ustaz/ustazah. Akan tetapi, selama saya tinggal di sini, kami turut mempelajari agama dari kelas yang dianjurkan oleh ustaz-ustaz. Kami tahu bentuk agama dan bentuk bukan agama. Agama itu syumul dan tidak terlalu sempit. Dan ada juga pelajar di bawah GMMSC, dulu ianya tidak bertudung dan sekarang bertudung dan melaksanakan solat 5 waktu.

-Jika dibandingkan pelajar-pelajar di sini, ada beberapa bentuk/jenis pelajar memahami keaadaan sekeliling. 1. Pelajar yang hidup dalam lingkungan sosial yang luas (ini boleh dikira dengan jari. Dan pihak AJK kerohanian sentiasa mencari jalan yang baik untuk rapat dan friendly dengan mereka). 2. Pelajar yang hidup dalam lingkungan sederhana (ini majoritinya. di kalangan pelajar ini. Tahu tanggungjawab. Menghormati orang. Succes belajar dan tidak ponteng kelas. Bersesuaian hanya fokus dengan belajar. 3 Pelajar yang hidup dalam keadaaan sempit (Second majoriti pelajar di Mansoura. Mereka mengatakan mereka adalah benar dan sentiasa mengishtiharkan mereka membawa sepanduk Allah. Akan tetapi banyak perkara hypocrite berlaku. Belajar kurang memuaskan. Hubungan dengan university juga kurang membantu sehinggakan GMMSC terpaksa menyelesaikan setiap program yang diberikan kepada mereka).

-Ada ustaz mengatakan 'al-adlu huwal wastu'. Saya tak pasti, hadith atau ustaz tu yang cakap. Makna: Adil adalah Sederhana. Jika dilihat pelajar-pelajar di sini adalah amat sederhana sekali jika dibandingan dengan pelajar-pelajar di Malaysia. Terutama: Program ini. Tiada keterlaluan. Majlis dijaga dan tiada unsur-unsur yang boleh memudaratkan agama.

-Masalah di sini adalah propaganda dan buat-buat cerita (fitnah) dengan mereka cerita menjurus kearah maksiat. Fitnah berlaku di mana-mana. Allah Maha Mengetahui. Sekarang, hanya yang berlaku terhadap majlis ini adalah cerita-cerita sambilan untuk menarik perhatian orang ramai bagi maksud-maksud tertentu. Kerana pelajar Medik kah? Atau kerana Persatuankah? Atau kerana Agen kah? atau kerana sifat dengki dan tidak ikhlas kah? atau tidak cukup ilmu untuk memimpin orang? atau kerana takut revolusi orang yang arif tentang agama dan dunia akan dilahirkan? atau kerana sifat yahudinya membuak-buak untuk merosakkan umat islam.

-Kata Seorang Ustaz: ada 2 jenis hubungan. Hubungan dengan Allah dan Hubungan dengan Manusia. Dengan Allah bertaubatlah. Tetapi dengan Manusia, perlu cari dan memaafkkannya.

Mohon Maaf jika ada terkasar bahasa.
Sekian

p/s : Sebarang kiriman email yang disiarkan tidak menggambarkan pemilik blog ini. Sesiapa yang ingin menghantar email, sila hantarkan kepada ibnuirfadzil.blogspot.com
Baca seterusnya

30 March 2010

Dokumentari Pembunuhan Pengasas Sayap Bersenjata Hamas


sumber : kosmo

BBC dedah cara Mahmoud dibunuh


LONDON - Perbadanan Penyiaran British (BBC) menyiarkan dokumentari yang menceritakan bagaimana komplot agensi perisikan Israel, Mossad membunuh pengasas sayap bersenjata Hamas, Mahmoud al-Mabhouh, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dokumentari bertajuk Passports To Kill yang disiarkan kelmarin menyatakan bahawa Mahmoud diburu Mossad kerana membuat pengakuan terbuka kepada media bahawa dia berasa puas kerana dapat membunuh askar Yahudi selain menjadi orang tengah dalam penyeludupan roket dari Iran ke Gaza.

Mayatnya ditemui pada 19 Januari lalu, 16 jam selepas dia dibunuh di bilik 203, Hotel Al Bustan Rotana, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Setelah identiti dan kedudukan Mahmoud dikenal pasti, empat daripada lebih 20 anggota skuad Mossad itu tiba di Dubai bagi melakukan misi membunuh itu, menangkap dan menyuntik kaki mangsa dengan racun succinylcholine untuk memberi kesan seolah-olah dia sesak nafas kerana diserang sakit jantung.

Namun, bimbang kehadiran mereka di bilik mangsa disedari, skuad pembunuh itu melemaskan Mahmoud dengan bantal supaya dia mati dengan lebih cepat.

Setelah mangsa mati, mereka meletakkan sebotol ubat sakit jantung pada meja di katil Mahmoud seolah-olah dia mengambil ubat itu kerana masalah jantung.

Ekoran diselubungi keghairahan untuk membunuh mangsa, Mossad terlalu memandang rendah terhadap kebolehan polis Dubai.

Mereka langsung tidak mempedulikan rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang Dubai dan hotel berkenaan kerana menyangka kematian Mahmoud akan diklasifikasi sebagai serangan jantung dan kesnya dilupakan.

Bagaimanapun, Unit Jenayah Terancang Polis Dubai melancarkan siasatan rapi setelah mendapati terdapat titisan darah pada bantal tersebut selain kesan lebam pada wajah mangsa selepas identitinya didedahkan oleh Hamas.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, polis Dubai mengumumkan sejumlah identiti pembunuh yang kemudian didapati telah dipalsukan oleh ejen-ejen Mossad bagi melakukan misi membunuh Mahmoud. - Agensi

link : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

p/s : Untuk melihat dokumentari tersebut, sila klik pada link di bawah ini :

http://news.bbc.co.uk/panorama/hi/front_page/newsid_8592000/8592773.stm
Baca seterusnya

Pilihanraya PMRAM : Majlis Taaruf Calon


Adakah muktamar sanawi pada tahun ini bakal menggegarkan Mesir? Atau hanya sekadar “biasa-biasa sahaja”? Kita tunggu dan lihat. 28 hingga 1 April adalah tarikh untuk menyemak daftar pemilih. Saya yakin, tidak akan ada FRU yang berkawal, atau pihak polis sepertimana yang terjadi di Malaysia.

Selama ini Muktamar Sanawi PMRAM akan sejuk pada permulaannya, dan semakin hangat pada akhirnya. Pilihanraya pula, sudah bertahun-tahun PMRAM tidak berhadapan dengan pilihanraya. Semua calon BP naik tanpa sebarang cabaran, melainkan cabaran tugasan yang menimbun.

Tadi, baru sahaja diadakan Majlis Ta'aruf Calon, yang dikuasai oleh Perak (berdasarkan pemerhatian peribadi), yang diadakan di Rumah Selangor Hayyu Asyir. Bukan nak taksub negeri, tetapi memang nampak meriah dek sepanduk untuk mengempen calon daripada Perak, yang tidak asing lagi.

Erm,... tahun ini, siapakah yang akan berjaya merebut kerusi BP PMRAM? Kita tunggu sahaja pada hari mengundi nanti, yang diadakan sebelum Muktamar Sanawi nanti, insya Allah. Doakan supaya berjalan lancar.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Sidang Dun Perak : Macam Dah Nak Perang

gambar :
idhamlim.blogspot.com






Beberapa minit lagi akan diadakan sidang Dun Perak di bangunan SUK. Apabila membaca catatan YB Idham Lim, macam dah nak perang. Kawasan dikawal rapi dengan pihak polis yang lengkap beruniform, dan tidak beruniform. Macam akan berlaku pertempuran sengit.

Waktu di Mesir ketika ini jam 3 lebih pagi. Pagi buta mengadap laptop nak tau perkembangan semasa yang terjadi di Perak, tanahairku. Beberapa siri sidang dun yang diadakan sebelum ini mencatatkan beberapa siri yang tragis. Macam-macam isu pasti akan muncul di blog-blog selepas sidang dun ini. kita tunggu sahaja apa hasilnya. Semoga kebenaran itu berpihak kepada pihak yang benar.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal