Pada mulanya, saya memang tidak berniat untuk mengulas isu Annual Dinner yang agak panas di pasaran baru-baru ini, dan ia kembali sejuk pada hari ini. Selama ini saya hanya mencopypaste daripada blog "sanggahzalim" dan kenyataan rasmi daripada Presiden Perubatan, sebagai jawapan kepada "sanggahzalim".
Akhirnya, percubaan mendedahkan apa yang berlaku, melantun kembali kepada pembuatnya. Macam-macam kata-kata kesat yang dilemparkan. "Ini memang kerja korang... fitnah memanjang.." dan bermacam-macam lagi. Nilailah sendiri.
Pada pandangan saya secara peribadi, apa yang menjadi isu ialah "bilik sepasang kekasih", yang cuba diketengahkan. Ya, memang saya akui bahawa MEMANG TIADA BILIK TU.. Saya ulangi sekali lagi.. MEMANG TIADA..
Tetapi apabila membaca semula, seolah-olah INFO KINI benar-benar membuat fitnah dan menjaja cerita tentang bilik kekasih ini, hakikatnya INFO KINI tidak berbuat demikian. INFO KINI sendiri menyebut bahawa "bilik pasangan kekasih itu" sememangnya BELUM kepastian :
seperti yang didengari sebelum ini, pasangan juara akan dihadiahkan bilik hotel tempat bermadu kasih. Moga apa yang diberitakan tentang tentatif majlis (yang berbentuk maksiat) tidak dilaksanakan dan tidak ada dalam perancangan mereka hendaknya,
INFO KINI memberitahu bahawa ia hanya khabar angin sahaja. Dan INFO KINI sudah memberitahu bahawa ISU BILIK KEKASIH ini hanya khabar angin, dengan menggunakan ayat "seperti yang didengari". INFO KINI juga meletakkan harapan supaya tiada sebarang unsur maksiat dalam program ini. Bukannya menuduh program ini berunsurkan maksiat.
Kemudian, apabila terbaca artikel daripada Tranungkita, dan dibandingkan pula dengan email yang dikirimkan kepada saya bertarikh 8 April (saya AJK Annual Dinner), mendapati bahawa si penghantar email tersebut tersalah faham dengan apa yang dikemukakan oleh INFO KINI.
Kalau anda perasan, semua wajah telah diputihkan, untuk tidak mendedahkan wajah sebenar si pembuat tersebut dan INFO KINI berkata :
Ulasan ringkas yang diberi pada setiap gambar tidak ada kena mengena dengan status mereka, sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. ia (ulasan ringkas digambar) hanya sekadar pandangan dari mata kasar admin, tercetus pemberian berdasarkan staillo milo masing-masing (berpandukan dari pemerhatian admin).
Saya tidak beranggapan ia sebagai satu fitnah. Bahkan ia hasil daripada pandangan INFO KINI berdasarkan perwatakan masing-masing yang sengaja dizahirkan. Perwatakan itu dicipta oleh diri masing-masing, dan ia bukanlah kecaman atau tuduhan membabi buta daripada pihak INFO KINI.
INFO KINI cuba memberi nasihat dan peringatan ... :
Jangan jadikan bumi anbiya' seperti amarika atau pun university di malaysia yang sering menganjurkan band-band, kugiran, joget lambak, atau diharap tidak mencontohi negara barat yang menganjurkan party-party minum arak, dan lain-lain maksiat.
Bukannya untuk menuduh Annual Dinner ini sebagai program maksiat.. tetapi ia adalah satu nasihat lembut yang bersifat umum untuk semua orang. Tetapi INFO KINI seolah-olah dilabelkan sebagai "memfitnah" dengan ayat ini.
INFO KINI cuba meletakkan harapan supaya program yang dirancang terpelihara dari maksiat :
Moga Allah mematikan gerakan maksiat dengan balasan yang setimpal. Harap-harap annual dinner yang telah dianjurkan terjaga dari segala bentuk maksiat.
Dari mana INFO KINI dapat gambar-gambar tu semua? Dalam Facebook. Bukannya dengan menghantar spy atau sb. Semua boleh tengok sendiri di dalam Facebook. Lalu, gambar-gambar itu diputihkan oleh INFO KINI untuk menjaga nama mereka. Dan ulasan-ulasannya hanyalah berkait "style" yang boleh diperhatikan sendiri berdasarkan zahir.
Pada gambar yang ke 15 (kalau tak silap), gambar seorang lelaki dan seorang perempuan berada di atas pentas.. Lalu INFO KINI mengulas "inikah pasangan terbaik?" Hanya sekadar bertanya dan bukan menuduh, dan diputihkan juga wajah mereka supaya mengelakkan fitnah. Persoalannya, kenapa gambar ini disiarkan juga di dalam Facebook?
Sebaiknya, ia tidak perlu disiarkan kerana nampak lain macam. Atau, perlukan ulasan daripada Admin Facebook mengatakan bahawa "Mereka adalah adik beradik" misalannya.
Lalu, INFO KINI seolah-olah mengeluh :
Apa nak jadi, dan ape dah jadi dengan pelapis mahasiswa dimesir? Dulu, kalau orang sebut keluaran mesir, tak kira jurusan agama atau lepasan medic, semua respek, sebab pelajar jurusan agama dulu dan pelajar jurusan medic dulu, keluarannya begitu mantap, tip top
Saya tidak nampak ayat ini cuba mengutuk sesiapa. Bahkan ia tidak menghentam Annual Dinner. Apa yang disebut, Medic dan Agamawan pun sama sahaja. Hari ini, kedua-duanya tidak macam dahulu lagi. Memang hakikat ini berlaku dan benar-benar terjadi. Melayu Mesir hari ini (TIDAK KIRA JURUSAN APA), sudah berbeza dengan sebelumnya yang lebih terjaga.
INFO KINI menyifatkan Medic dan Agamawan satu ketika dulu dengan berkata :
Mereka mengambil kesempatan keberadaan dimesir untuk bersama ulama' dan mengubah diri dari hidup kekosongan kepada hidup penuh berkah pada jalan islam. Mereka cepat matang, kerana mereka tahu, mereka adalah harapan bangsa untuk menegakkan kalimah tauhid dibumi malaysia dan dunia amnya.
Saya rasa ayat ini begitu lembut untuk memberitahu kita. Saya tidak nampak ia sebagai satu bentuk fitnah, atau tuduhan membabi buta sepertimana yang disifatkan oleh si penghantar email.
Cuba baca ayat ini sebaik-baiknya...
Doktor keluaran mesir dulu hebat mengalahkan ustaz agama, tapi keluaran sekarang, kelabu asap. Sama juga ustaz ustazah, keluaran dahulu tip top, tapi keluaran sekarang, hampeh dot com yang banyak.
Memang benar, INFO KINI tidak mengatakan kepada Medic sahaja, atau Agamawan sahaja. Bahkan KEDUA-DUAnya sekali. Tidak nampak sebarang usaha untuk membuka jurang ini.
Saya sanggup untuk menyiarkan email inilhukmuillalillah@yahoo.com yang dihantar kepada saya. Email tersebut adalah email mula-mula yang dihantar selepas saya mengumumkan kepada sesiapa untuk menghantar email. Saya tidak pula mendengar kutukan dan penghinaan kepada saya kerana menyiarkan email tersebut.
Lihat, sebelum ini juga saya tidak menyiarkan sebarang artikel dari INFO KINI. Kenapa? Saya boikot INFO KINI ke? Tidak. Tetapi hari ini, saya ingin memback-up INFO KINI dengan memberikan penjelasan, dan menafikan beberapa "ayat yang kurang manis" yang dilemparkan kepada INFO KINI.
Apa yang boleh dilihat lagi, INFO KINI sanggup "membuang entri" tersebut.. Dan INFO KINI memberitahu, tujuannya ialah untuk membuka mata semua supaya berjaga-jaga. Entri pada 7 April menyebut :
tentang artikel sebelum ini, baca dengan betul, saya tidak menuduh mereka, tetapi saya katakan jangan sampai berlaku seperti di amerika yang bebas meminum arak atau di malaysia sendiri dengan kugiran, band-band, joget lambak dan lain-lain, saya tidak cerita fokus pada anjuran program annual, tetapi untuk peringatan semua perkara seperti ini berlaku dinegara barat dan dimalaysia
Artikel-artikel yang telah dibuang tersebut hanya tinggal komen-komen sahaja. Komenlah dengan penuh hikmah.
Sedikit ulasan saya tentang Annual Dinner. Saya menyarankan kepada pihak AJK Pelaksana Annual Dinner, untuk merujuk kepada mereka yang lebih memahami Agama (jangan pilih agamawan yang terpesong) sekiranya ingin mengadakan program seperti ini akan datang. Supaya (bukan menuduh) program akan datang tersebut, tidak akan terdapat unsur-unsur maksiat, dan lebih terjaga.
Kami bersedia membantu, bahkan menjayakan program seperti ini supaya terpelihara. Kita sama-sama tidak suka dengan maksiat. Jadi, marilah kita "bersama".
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
5 comments:
لو أحسنوا الظن لأحسنوا العمل
nak copy ke komen bleh x...sana ramai sket tengah ngamuk
Pada pendapat saya, sesiapa sahaja yang ingin melibatkan diri dalam bidang yang berbentuk kewartawanan perlu mengelakkan diri daripada melaporkan perkara gosip atau berita yang belum tentu kesahihannya. Ia dapat menimbulkan pelbagai kesan negatif dan salah faham.
Selain itu, penilaian awal tanpa usul periksa juga perlu dielakkan kerana penilaian negatif terhadap perkara yang belum pasti kebenarannya menunjukkan sikap sangka buruk kita kepada orang lain. Sedangkan kita diajar supaya sentiasa bersangka baik melainkan apabila jelas keburukan tersebut.
Wallahu'alam...
.
saudara enggan mengalah ya?thanks dengan ulasan saudara yang hanya betul pada pandagan saudara sahaja tanpa melibatkan kesan dari tindakan saudara..
rasenye ape yg DEVOTEE katakn itu agak bernas...
Post a Comment