29 April 2010

Ke Manakah Hilangnya Fail Nama Qiraat? Saksikan Kronologi Ini


Baru sebentar tadi saya menghubungi Ustaz Zahimi, Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPM Mansurah, menanyakan tentang kehilangan fail nama mahasiswa Qiraat.

Beliau adalah di antara orang yang paling banyak berhubung dengan Khairi JPMK. Pada 26 April, beliau menghubungi kali pertama dan Khairi menjawab bahawa beliau akan berbincang dengan En Sulaiman JPMK, untuk bertemu dengan Khitab Maahad di Hayyus Sabiek (belakang Kuliah Banat) esok untuk menyelesaikan perkara ini.

Beliau memberitahu bahawa dia tidak tahu di manakah fail tersebut.

Keesokan harinya, 27 April, Ustaz Zahimi menghubungi lagi untuk mendapatkan perkembangan. Malangnya Khairi menjawab "saya terlupa".. dan meminta Us Zahimi menghantar mesej. Mungkin kerja yang terlalu banyak.. hatiku memujuk supaya husnuzzon. Beliau memaklumkan bahawa beliau akan bertemu dengan Syeikhul Azhar pada keesokannya, iaitu 28 April.

Tetapi apabila menghubungi Syoubra (Ustaz Naim, Pengerusi DPM dan Ustaz Saifullah), mereka memaklumkan bahawa Khairi memberitahu mereka bahawa beliau akan bertemu dengan Syeikhul Azhar pada Selasa ini, 4 Mei. Mungkin beliau sudah menukar jadual pertemuan. Mereka juga memaklumkan bahawa Syoubra sudah pergi ke Khitab Maahad untuk mendapatkan fail tersebut pada 26 April lalu, namun gagal menemuinya.

Semalam 28 April, Us Zahimi menghubungi Khairi beberapa kali, namun tiada sebarang jawapan. Pada hari ini, 29 April, Khairi memberitahu bahawa senarai nama sudah berada di Khitab Maahad. WaLlahua'lam. Dan beliau memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan bersama Syeikhul Azhar 4 Mei ini, seperti yang dimaklumkan kepada Syoubra.

Untuk makluman, sebelum ini ketika Prof Jamil memangku jawatan Atase Pendidikan, iaitu sebelum kedatangan Khairi untuk bertugas, Ustaz Zuhaili BP PMRAM, Ustaz Amaluddin Mantan BP PMRAM, Ustaz Zahimi dan beberapa orang lagi pernah menemui beliau (prof Jamil).

Kunjungan mereka adalah untuk menyuarakan perkara ini. Tetapi malangnya, Khairi memanggil semula Ustaz Zahimi untuk mengetahui hal sebenar pada Isnin depan, seolah-olah dia tidak dimaklumkan langsung oleh Prof Jamil tentang tugasan yang perlu diselesaikan segera. Prof Jamil kini berada di Malaysia.

Sekarang ini, persoalan yang timbul ialah, "di manakah fail itu sebenarnya? Samada masih di tangan JPMK, atau sudah berada di Khitab Maahad" Dan Allah Maha Mengetahui. Cuma, persoalan saya ialah tentang keprofessionalan seorang pegawai.. Nampak tak betapa sukarnya berurusan dengan JPMK?

Ini kerana, kebanyakan mahasiswi qiraat yang belum naik nama, telah menghubungi Khairi berkali-kali. Namun, telefon tidak diangkat. Hasilnya, inilah prestasi kerja JPMK. Telefon tak angkat, buat kerja lambat sehingga mahasiswi tidak dibenarkan menduduki peperiksaan, dan sebagainya. "Di manakah perkhidmatan terbaik menjelang 2010 itu?"

p/s : Sekiranya terdapat kesilapan dalam menulis kronologi ini, sila perbetulkan ya.. Terima kasih.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal