27 April 2010

Nama Belum Naik Di Mansurah, Mahasiswi Tidak Dibenar Masuk Periksa


Amacam? Satu tindakan menyekat nama naik di peringkat qiraat. Di Syoubra, mahasiswa dibenarkan masuk periksa secara "rukhsoh" oleh Syeikh. Tetapi Mudirah Qiraat di Mansurah tetap tidak memberikan mereka memasuki peperiksaan yang akan berlangsung 3 hari lagi sekiranya nama masih belum diberikan oleh pihak Safarah.

Memang kerja jahat! Mudirah tersebut memberitahu "secara mulut" bahawa surat dan senarai nama Qiraat dari Malaysia masih belum sampai di "mantiqah"! Apatah lagi nak sampai ke pihak al Azhar.

Perkara yang sama terjadi pada sahabat kita di Syoubra. Terpaksa dibenarkan masuk periksa walaupun nama belum sampai ke Pejabat. Mereka memaklumkan bahawa mereka belum menerima sebarang senarai nama atau surat daripada safarah Malaysia!

KESAL! Tindakan jahat mereka berusaha untuk menghapuskan mahasiswa/wi Qiraat. Baru sebentar tadi, saya telah dimaklumkan bahawa "mudirah" di Mansurah telah membuat surat kepada setiap "mantiqah" untuk menggesa pihak safarah Malaysia supaya menghantar nama secepat mungkin.

Korang semua nampak tak tangan siapa yang buat kerja macam ni? Dah takda kerja lain. Sengaja menyekat pelajar Qiraat daripada mengaji secara rasmi di sini. Semoga Allah membalas kejahatan yang hangpa buat kepada mahasiswa Islam!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal