10 June 2010

Mangsa Dikatakan Terperangkap Dicelah-celah Antara Dua Keretapi - Saksi


Sepertimana yang telah diceritakan sebelum ini, tentang kes kemalangan yang meragut seorang mangsa di rel keretapi di Asafirah, Iskandariah. Setelah mendengar kronologi kemalangan yang diceritakan oleh salah seorang saksi, maka, saya nukilkan kisahnya seperti di bawah.

Mangsa ketika itu, ingin melintasi rel keretapi yang mempunyai dua bahagian, iaitu dari arah bertentangan. Mangsa melintasi rel keretapi yang bergerak dari arah Asafirah ke Sidi Bisyr (DPM Iskandariah terletak di Mandarah, selepas stesen Asafirah).

Ketika mangsa cuba melintasi rel tersebut, keretapi dari Asafirah sudah pun berdekatan. Lalu mangsa tetap melintasi dan berjaya melepasinya. Tetapi malangnya, mangsa tidak menyedari kewujudan keretapi yang sedang bergerak dari arah bertentangan di rel kedua (daripada Sidi Bisyr menuju Asafirah).

Apabila menyedari keretapi (sidi bisyr ke Asafirah) tersebut sudah terlalu dekat mangsa berpatah balik ke belakang. Malangnya keretapi yang mangsa lintasi pada mula-mula tadi (Asafirah ke sidi bisyr) sudah pun bergerak berhampiran, lalu melanggar lelaki tersebut, dan diseret sejauh 60 meter.

Mangsa digambarkan terperangkap dicelah-celah dua keretapi tersebut, namun keretapi yang menyeret mangsa adalah keretapi dari Asafirah ke Sidi Bisyr. Mangsa digesel di bawah kedua-dua keretapi sehinggalah kedua-dua keretapi tersebut melepasi di antara satu sama lain.

Mangsa terkulai di tempat kejadian. Kemudian barulah beberapa orang makcik yang sedang menunggu untuk melintasi tempat tersebut, menjerit-jerit.. Kemudian saya datang ke tempat kejadian.

Faham ke? Sila lihat gambar di atas, mungkin boleh faham. Ok. Beginilah apa yang diceritakan oleh beberapa orang saksi. Kronologi daripada saya, boleh dibaca di sini (link)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal