Sepertimana yang telah saya siarkan, berita yang dipetik daripada Malaysiakini tentang alasan penyertaan 40 orang “ulama” ke dalam perjuangan yang menzalimi rakyat. Suka untuk saya siarkan di bawah ini, beberapa alasan yang disebutkan :
"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian."Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah."Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar,"Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah.Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.
Sila baca elok-elok.. dan ingin saya menjawab semula alasan-alasan mereka yang pelik ini.
Pertama
Bekerjasama dengan UMNO dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian. Untuk makluman anda, adakah Islam itu hanya perkara-perkara keagamaan (mengikut maksud anda) dan kerohanian sahaja?
Islam adalah pemikiran, Islam adalah sistem hidup, Islam adalah undang-undang, Islam adalah sistem masyarakat, Islam adalah pengetahuan, Islam adalah perjuangan dan banyak lagi. Islam itu syumul dan jangan “kerat-kerat”kan Islam kepada bahagian-bahagian yang kecil.
Bagaimana dengan perkara yang bercanggah dengan agama? Kenapa sebelum ini anda bisu? Adakah ingin membaiki dari dalam? Mana mungkin, lihat dasar perjuangan parti tersebut, dan anda akan mendapati bahawa alasan untuk menyertainya hanyalah retorik.
Kedua
Bagi menggerakkan usaha-usaha berdakwah. Lawak, adakah realiti? Adakah anda perlu bersama dengan kezaliman untuk menyebarkan dakwah? Dakwah sambil makan harta rakyat? Dakwah sambil melesapkan duit negara? Inikah perspektif dakwah mengikut pandangan anda?
Kesal, anda mengaji agama, kenapakah anda memilih dakwah yang bercampur dengan perjuangan yang menzalimi manusia. Adakah anda ingin berdakwah kepada manusia supaya melaksanakan keadilan sedangkan ketua hangpa adalah orang yang melakukan kezaliman?
Ketiga
Menegakkan kebenaran berdasarkan al Quran, Sunnah dan pandangan Ulama Muktabar? Kenapa perlu menyertai perjuangan itu untuk menegakkan kebenaran? Selama ini anda hanya membisu untuk mengatakan hak dan batil, tiba-tiba hari ini ingin menegakkan kebenaran?
Sila cari dalil dan pandangan ulama manakah yang menyokong kezaliman? Ayat manakah yang membolehkan berjudi? Pandangan ulama manakah yang membenarkan duit negara dilesapkan? Anda cuba membersihkan najis dengan cara terjun ke dalam loji najis.
Keempat
Menyertai parti yang menzalimi rakyat dianggap sebagai peluang keemasan untuk berdakwah. Anda ingin berdakwah sambil menggendong dosa-dosa perjuangan tersebut? Anda ingin berdakwah sedangkan perjuangan UMNO tersebut perlu diubah terlebih dahulu.
Apakah dakwah anda kepada masyarakat? Keadilan? Keamanan? Kesatuan? Parti tersebut menzalimi rakyat, parti tersebut menyekat keamanan, parti tersebut mencerai beraikan umat Islam. Inikah dakwah anda? Anda bersama kezaliman untuk berdakwah? Adakah bersama kezaliman itu adalah satu peluang keemasan?
p/s : Nasihat saya, kalau berselisih pandangan, jangan sampai memilih kebatilan, kenali musuh sebenar dan bezakan antara hitam dan putih, sebelum anda bezakan antara biru dan hijau.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
7 comments:
hormatilah pandangan org lain...
yg penting sape buat kerja dpt pahala (walaupun tiada hasil). sape kuat mengutuk dpt dosa.
boleh baca komen di : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/mahasiswa-al-azhar-bersedia-hadapi-100_26.html?showComment=1277606538979
-saranan saya kpd Colgate, boleh berbincang dgn mereka yang mahir dalam bidang ini (agama), utk mendapatkan penjelasan lanjut adakah pkra ini dibenarkan atau tidak. Bukan terus bt kesimpulan sendiri. Tp ikutlah neraca yang benar dan tepat. Kekadang analogi yg kita bt rasa2 mcm btl, sebenarnya ia adalah salah.
sape yg mahir bidang ni (agama)? Dr Asri?
boleh tanya us/utzh mesir yg ada kat sini. Master ada, PHD ada.. Ramailah kalau nak disenaraikan. Kat Msia lagi la belambak2.
ada je ust2 Master dan PHD yg x menolak keputusan tersebut... manusia ni ada pelbagai cara berfikir. x enak lah jika jumud kpd sesuatu method pemikiran sahaja...
mmg tak perlu jumud dalam berfikir.. tp jgn tersalah berfikir sudahla... Sumer benda nak fikir secara logik susah jgk yer.
dalam Islam ade jugak kutuk yang dibenarkan.
Post a Comment