30 June 2010

Dengar Kata, Ada Orang Sedang Tempat Mercedes


Beberapa hari lalu, sampai di telinga ini, menceritakan bahawa ada seseorang yang baru sampai Mesir tidak sampai setahun, sudah pun menempah Mercedes sebijik. Wah.. Tak hairanlah ada seorang lagi yang sedang menunggu BMW 5 Series.

Huhu.. banyak duit ye. Ada juga yang sedang memodify kereta mercedes miliknya.. Wah.. orang-orang kaya baru. Apabila saya melihat mahasiswa kita, pergi ke kuliah naik bas dengan tambang 50 sen.

Dalam masa yang sama, tekanan hidup disebabkan melambungnya sewa rumah. Harga kitab yang mahal. Mungkin inilah yang mendidik mahasiswa kita. Saya tidak suka mahasiswa kita dididik dengan kemewahan, kerana kemewahan inilah yang memusnahkan kita.

Semoga kereta-kereta yang dalam proses tersebut, diperolehi daripada hasil yang halal. Kalau tak halal, saya doakan agar ia rosak dalam tempoh 2 bulan ia digunakan, dan membawa kerugian kepada empunya kereta tersebut.

- ibnuirfadzil.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal