23 June 2010

Al Azhar Dalam Proses Mentahqiq Shahih Bukhari


Diberitakan di dalam Arabiah.net bertarikh 22 Jun, bahawa al Azhar dalam proses mengumpul naskah-naskah asli (makhtutat) Shahih Bukhari untuk membuat tahqiq terhadap kitab tersebut. Proses ini sudah berjalan beberapa tempoh.

Dr Muhammad Mukhtar Mahdi, anggota Majlis Buhuth Islamiah Mesir mengatakan bahawa antara faktor yang mendorong al Azhar menghasilkan tahqiq ini ialah bagi menolak dakwaan-dakwaan golongan yang cuba mempertikaikan hadis Shahih Bukhari.

Antara mangkuk yang cuba mengkritik keshahihan Shahih Bukhari ialah Pengacara Mesir, Ahmad Maher. Beliau mengatakan bahawa di dalam Shahih Bukhari terdapat beberapa hadis yang bercanggah dengan al Quran dan akal.

Mereka menggelar diri mereka sebagai “al Quraniyyun”, orang yang berpegang dengan al Quran. Hakikatnya tak boleh pakai, dan lebih banyak mengarut kononnya lebih hebat daripada Imam Bukhari.


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal