25 June 2010

Replika Kapal Berharga RM78 Juta Jadi Muzium Titanic


RUANG dalam Titanic yang dipamerkan untuk tontonan pelawat.

NASHVILLE, Amerika Syarikat - Lebih 135,000 orang sudah mengunjungi muzium Titanic terbesar di dunia sejak ia dibuka April lalu sempena ulang tahun ke-98 kapal itu karam pada 1912, lapor sebuah akhbar semalam.

Replika kapal itu berskala 50 peratus lebih besar daripada saiz sebenar dengan ketinggian 30 meter dan ia dibina setahun lalu dengan kos AS$24 juta (RM78 juta) di bandar peranginan terkenal Tennessee, Pigeon Forge dekat sini.

Pemilik bersama muzium tersebut, Mary Kellogg-Joslyn yang merupakan bekas penerbit program televisyen berkata, replika seluas 2,787 meter persegi itu turut mengandungi sebongkah air batu gergasi yang dikatakan punca Titanic karam dengan 1,517 penumpang dan anak kapal terbunuh di Lautan Atlantik.

"Dengan tiket berharga AS$20 (RM63) yang memaparkan nama penumpang sebenar Titanic, pengunjung kemudian akan dibawa oleh 75 petugas berpakaian anak kapal zaman itu menjelajah 20 galeri selama dua jam," katanya. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal