23 June 2010

Hak Asasi Sekularisme Bertentangan Dengan Islam - Pak Lah


Masih ada di kalangan kelompok masyarakat yang masih salah tanggapan kepada maksud keadilan dan kebebasan, kata mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bercakap dalam satu seminar berkaitan agama dan hak asasi manusia anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini, Abdullah berkata masyarakat tidak seharusnya mengasaskan kefahaman mereka berhubung hak asasi daripada falsafah kemanusiaan.

"Ramai yang tidak sedar bahawa amalan dan konsep hak asasi berasaskan humanisme dan sekularisme adalah musuh kepada semua agama," katanya.

Tambahnya, masyarakat juga tidak memahami beberapa istilah dan kata kunci berkaitan hak asasi.

"Sebagai contoh fahaman keadilan, justice ia bukan bermaksud sama rata dan sama rasa bagi semua orang, bukan juga tidak berpihak kepada mana atau impartiality.

"Sebaliknya, keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul dan benar, bermakna ia berpihak kepada kebenaran," katanya lagi dalam seminar yang dihadiri kira-kira 200 orang ilmuwan Islam, aktivis dan juga pakar perundangan.

Abdullah (gambar) memberi contoh, isu persamaan gender yang giat diperjuangkan oleh kumpulan hak wanita yang perlu difahami sebagai "menyamaratakan tanggungjawab dan hak hak kaum lelaki dan wanita."

"Ia sebaliknya harus difahamkan sebagai keadilan gender, di mana masing-masing patut diletakkan di tempat yang layak .

"Begitu juga makna kebebasan -- ia seolah-olah difahami oleh penganut hak asasi sebagai sesuatu yang mutlak tanpa sebarang sekatan atau batasan.

"Justeru kebebasan sebenar ialah kebebasan dalam memutus dan melakukan sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri pelakunya dan mereka yang berada di sekelilingnya," katanya lagi.


p/s : Nampak macam nak jawab kenyataan Najib je.. sila klik di sini (link)

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal