22 June 2010

Isu Militan : Putar Belit Berita Penangkapan Us Zulkifli



KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir selepas disyaki terbabit dengan aktiviti militan dan pengganas di Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir, 13 Jun lalu.

Ketika ditahan, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41 bersama isteri dan dua orang anaknya berada di lapangan terbang berkenaan untuk menaiki penerbangan pulang ke tanah air.

Beliau berada di negara berkenaan selama sebulan bagi menduduki peperiksaan Syariah pengajian peringkat Sarjananya di Universiti Zamalek namun dimaklumkan mengalami masalah dokumentasi ketika di lapangan terbang itu menyebabkan hanya isteri dan dua orang anaknya dibenarkan pulang.

Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan daripada Kedutaan Malaysia di Kaherah mengenai penahanan Muhamad Zulkifli oleh pihak berkuasa Mesir itu.


p/s : Lawak betul.. camna Us Zulkifli yang datang Mesir baru sebulan, sudah dikatakan sebagai militan? Itu sebab perkataan yang digunakan ialah "disyaki". Siapa yang mengesyaki keterlibatannya dengan militan? Artikel selepas ini, akan saya ulas tentang berita ini.

Sila baca ulasannya di sini :

Isu Militan : Akhbar Malaysia Lebih Hebat Daripada Polis Mesir

2 comments:

Ibnu Ir Fadzil on June 23, 2010 at 3:24 AM said...

Kenapa saya kata akhbar Malaysia lebih hebat daripada Polis Mesir, sila baca di sini.

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-kata-akhbar-malaysia-lebih.html

dr.muslimah on June 24, 2010 at 2:13 PM said...

alahai metro..memang akhbar pemutar belit..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal