28 June 2010

Sukan 1 Malaysia Dibatalkan Kerana Perasmi Tak Dapat Datang?


Ada tak sesiapa yang tahu tentang Sukan 1 Malaysia? Ada satu cerita yang mengatakan bahawa Sukan 1 Malaysia dibatalkan kerana “perasmi program” tak dapat datang pada tarikh tersebut. Saya harap, ada sesiapa yang boleh jelaskan.

Cuma, sekiranya benar apa yang disampaikan ini, maka saya menanggapnya sebagai kisah lawak.. dan cerita yang paling tak logik. Disebabkan perasmi program tak dapat datang, habis program bernilai LE 0.5 juta dibatalkan!

Sebelum ini, perasmi yang dijemput ialah Dato Shabery Cheek.. Sila lihat artikel di bawah


Adakah disebabkan beliau tidak dapat hadir, program bernilai setengah juta tersebut perlu dibatalkan (atau ditunda)?

Inilah antara siri lawak kisah Sukan 1 Malaysia. Jelas berbeza dengan Fiesta Kelantan yang sepatutnya dirasmikan oleh PM sendiri, tetapi diwakilkan kepada Dato Seri Mustapha Mohamed… perasmian dengan menggunakan healer (pembesar suara) akibat degil cakap Tok Guru.

Namun, ketika hujan turun, bekalan elektrik terputus, penyertaan tak laku, program tersebut tetap berjalan.. nak gagah juga.. Tapi Sukan 1 Malaysia ni, lawak sikit. Disebabkan perasmi tak dapat datang, program bernilai separuh JUTA dibatalkan. Apa punya lawak.

Saya harapkan penjelasan daripada mereka yang terlibat.

Artikel berkaitan :

Sukan 1 Malaysia Dibatalkan? Mohon Penjelasan

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal