20 June 2010

Tandas Kelab UMNO Lebih Mahal Dari Tandas Maradona?


Sebelum ini, pernah saya siarkan tentang surat penerimaan LE 20 000 untuk tujuan pembaikan tandas pejabat Kelab UMNO Kaherah, dan mengecat pejabat (link). Di ruangan komen, Ahmad Hisyam meletakkan satu link tentang "tandas Maradonna"

JOHANNESBURG: Jurulatih Argentina, Diego Maradona akan menggunakan tandas mewah di Piala Dunia Afrika Selatan. Tandas Maradona dilengkapi sinki, mangkuk tandas, pam, kepala paip dan juga tempat lapik tandas baru yang boleh dipanaskan dan dijual dengan harga AS$450 (RM1,492) setiap sati. “Persatuan Bola Sepak Argentina meminta ubah suai dilakukan kerana tandas sedia ada tidak memenuhi citarasa Maradona,” kata sumber. - AFP

Pembaikan tandas dan mengecat pejabat UMNO menelan belanja LE 20 000 (RM 11 456), manakala tandas yang diubah suai untuk Maradona menelan belanja RM 1 492. Di dalam surat daripada JPMK pula, wang tersebut seperti "lesap". Sekarang bagaimana ya? Tandas dah repair ke belum? Guna LE 20 000 tu ke?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal