26 June 2010

Mahasiswa al Azhar Bersedia Hadapi 100 Ulama Yang Menyokong Kezaliman

Lukisan suasana Masjid al Azhar, pusat menimba ilmu

Sepertimana yang telah diberitakan, seramai 100 orang yang dikatakan sebagai ulama akan menyertai UMNO. Baru diberitakan sebentar tadi, seramai 40 orang telah pun menyertainya. Dan isu yang ingin saya bangkitkan di sini bukanlah “kepartian”, tetapi isu Agama Islam dan kezaliman.

Sepertimana yang telah kita ketahui sebelum ini, beberapa unsur percanggahan dengan Agama Islam telah jelas dan terang dilakukan oleh parti tersebut. Bahkan unsur kezaliman juga telah banyak berlaku dan jelas di hadapan mata kita.

Antara bentuk percanggahan dengan Islam ialah perjuangan sekularisme, liberalisme, nasionalisme dan sebagainya. Manakala unsur yang berbentuk kezaliman ialah menolak pelaksanaan hudud, judi, arak, mempermainkan hukum Allah, kehilangan duit negara berbillion-billion ringgit dan sebagainya. Tidak perlu diulas panjang di sini.

Bertambah pelik apabila 40 orang yang dikatakan sebagai ulama telah menyertai parti ini. Bahkan dijangka lagi 60 orang yang dikatakan sebagai ulama akan menyertainya juga.

Maka, sebagai makluman untuk 40 orang yang telah menyertai ini, kami di Mesir, khususnya pengajian Islam di al Azhar sudah bersedia untuk berhadapan dengan ulama-ulama yang menyokong kezaliman ini.

Dan nasihat daripada saya, anda akan menanggung dosa-dosa kezaliman tersebut, dan anda “berpotensi” untuk bergelar ulama bisu. Kalau betul anda menyertainya untuk menyebarkan dakwah Islam, bermakna anda sudah tersilap pilih jalan untuk menyebarkannya.

Saya ingin bertanya, “kenapa baru sekarang terhegeh-hegeh nak mendaftar untuk menjadi ahli?” Kenapa anda tidak perjuangkannya sejak di tempat pengajian anda lagi? Adakah anda menyangka perjuangan untuk menegakkan kezaliman dan percanggahan dengan Islam ini sebagai perjuangan yang suci?

Adakah anda mengamalkan pegangan “taqiyyah” yang diamalkan oleh syi’ah? Adakah anda berani berhadapan dengan azab Allah kepada mereka yang menyokong kezaliman? Adakah anda ingin merealisasikan konsep “terjun dalam lubang najis, untuk bersihkan najis?”. Akhirnya anda akan lemas dengan najis tersebut.

Adakah anda tidak tahu, selama ini perjuangan parti tersebut sudah bercanggah dengan Islam? Adakah anda tidak tahu, sebelum ini parti tersebut pernah menghina sunnah Nabi yang anda perjuangkan? Adakah anda tidak tahu, parti tersebut menolak pelaksanaan hukum Allah?

Atau anda sengaja buat-buat tidak tahu, atau ada udang di sebalik batu? Saya selaku Mahasiswa Universiti al Azhar menantikan ulasan dan hujah anda untuk membolehkan perkara yang haram, dan mengeluarkan dalil untuk bercanggah dengan Islam.

Sekadar inilah nasihat yang mampu saya berikan untuk golongan ini. Ingat, anda perlu kenal musuh sebenar, dan membezakan di antara usul dan furu'. Anda juga perlu tahu kebenaran yang sebenar, dan kebenaran yang palsu.

Kalau anda berselisih pandangan, jangan sampai memilih perkara yang batil. Sepertimana yang saya sebutkan sebelum ini, bezakan antara hitam dan putih dahulu sebelum anda bezakan antara biru dan hijau.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

6 comments:

محمد حكيمى بن عبد المطلب on June 26, 2010 at 5:31 PM said...

bkn setakat yg 100 tu jaa..ain umno tu sndiri kita akan berhadapan!!

bosz on June 26, 2010 at 6:59 PM said...

ana akan membantu perjuangan menentang mereka ini... macam puak wahabbi je...

Colgate on June 27, 2010 at 4:55 AM said...

“terjun dalam lubang najis, untuk bersihkan najis”

bosan lah dgn analogi ini. x realiti.

"nak ubah masyarakat perlulah bersama-sama dgn masyarakat, bukan dgn menghina mereka dari luar"

Lutpi on June 27, 2010 at 5:42 AM said...

satu analogi yang realiti bg ana.

Firman Allah "Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara himar (keledai)." (S. Luqmaan 19)

-Ayat ini ditujukan kpd ahli2 kitab yang tidk menjadikan kitab taurat sebagai pegangan mereka. Hanya membawa seperti Himar tanpa melaksanakan isi kandungnya.
-Allah sendiri umpamakan mereka dengan Himar. Tidaklah menjadi satu kesalahan.
-Dalam peristiwa israk dan mikraj, Nabi menceritakan beberapa peristiwa yg baginda sendiri melihatnya antara perumpamaan bagi mereka yang memotong lidah untuk org yg selalu bt fitnah dan lain2 perumpamaan dlm peristiwa tersebut.

Kesimpulannya : tidak salah untuk memberi perumpamaan kpd mereka yang bersekongkol dgn golongan2 yg menolak Islam untuk kepentingan peribadi. Memang nak ubah masyarakat mediumnya pelbagai tetapi jgn sampai terjerumus dgn membinasakan diri dgn mrka.

-Kita hendak tegur org minum arak dan kita tahu arak itu haram, tp perlu merasai arak terlebih dahulu utk ketahui adakah benar arak ini membawa keburukan?. Setuju dgn pandangan ini?.
-Kita nak ubah UMNO dan kita tahu UMNO itu buruk dan busuk (menghalalkan yang haram), maka kita masuk UMNO dengan mengatakan "Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
-Tunjukkan dalil di mana ulama'2 muktabar membenarkan tindakan ini?. Boleh baca rentetan sejarah ulama'2 muktabar antara sikap mereka dgn kerajaan pd zaman mereka. Cth : Al-Imam Nawawi sendiri.
-Ingat, Islam ini bukan boleh dicampur-adukan dgn benda yang kotor dan najis.
Wallahua'lam.

Colgate on June 27, 2010 at 2:23 PM said...

pandnagan yg menarik drpd saudara Lutfi. sy menerima dgn hati terbuka.

"Doakan mereka ini. Moga-moga tendency yang menipu dan penuh hawa nafsu dalam UMNO tidak mempengaruhi mereka. Moga ijtihad mereka itu menjadi sebuah sejarah dan titik besar dalam mengislah UMNO khususnya dan Malaysia umumnya. Sentiasalah kita berdoa dan sentiasalah bersangka baik selagi mana tidak ada kemungkaran yang disokong oleh mereka!!"
-Zahid Nasir-

Lutpi on June 27, 2010 at 2:45 PM said...

tak tau lah ijtihad mana yang dieorg gunakan. boleh terangkan?.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal