Gambar hiasan
Sebelum ini, saya telah menyiarkan perbincangan tentang pertimbangan terhadap kenyataan Tun Mahathir berkenaan isu judi yang dibolehkan kerana mendapat keuntungan besar untuk negara.
Sila rujuk : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/ciri-ciri-maslahat-hapuskan-konflik.html
Artikel kali ini pula, saya tertarik untuk menukilkan artikel daripada sahabat saya, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime, MA Syariah Universiti al Azhar tentang perbincangan ini.
Daripada kenyataan Tun Mahathir tersebut, beliau menyatakan bahawa hasil judi tersebut merupakan maslahat (kepentingan) bagi negara, iaitu mendapat keuntungan yang besar. Maka, kita sudah pun diterangkan bahawa keuntungan judi tersebut “bukanlah maslahat, tetapi adalah mafsadah (kerosakan).
Ini kerana kepentingan (maslahat) itu diukur berdasarkan 3 syarat utama :1) Maslahat tersebut mestilah tidak bertembung dengan dalil nas daripada Al-Quran dan hadis serta ijmak para ulamak.(Sekiranya maslahat tersebut bertembung dengan dalil nas atau ijmak para ulamak, maka maslahat tersebut hanyalah bersifat keraguan (wahamiyah). Hal ini kerana maslahat yang bersifat hakiki tidak akan bertembung sama sekali dengan nas qat'ie dan ijmak para ulamak.)2) Maslahat tersebut mestilah bersifat hakiki bukannya bersifat keraguan (wahamiyah).(Maksud hakiki di sini ialah realistik iaitu maslahat tersebut memang betul-betul berlaku. Berlainan pula dengan maslahat yang bersifat keraguan (wahamiyah). Maksud keraguan di sini ialah retorik iaitu belum pasti lagi sama ada ianya akan berlaku atau tidak.)3) Maslahat tersebut mestilah berbentuk umum atau kebanyakan manusia. Bukannya berbentuk individu atau hanya sekelompok kecil manusia sahaja.(Hal ini kerana maslahat yang diraikan tersebut akan menolak mudharat yang akan berlaku pada kebanyakan manusia. Maslahat yang berbentuk individu atau sekelompok kecil manusia adalah tidak diiktibar syarak kerana perkara tersebut akan memberikan kesan mudharat kepada kebanyakan manusia.)
Sila rujuk : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/ciri-ciri-maslahat-hapuskan-konflik.html
Daripada 3 syarat ini, kita akan mendapati bahawa :
Berdasarkan syarat pertama, judi bertentangan dengan nas syara’ dan ia tidak dikatakan sebagai maslahat (kepentingan), bahkan ia adalah mafsadah (kerosakan), kerana bertentangan dengan nas syara’ (Surah al Maidah : 90), bahkan ijma’ ulama bersepakat bahawa judi itu haram.
Tiada seorang ulama pun yang membincangkan perbezaan pandangan dalam mengatakan hukum haram kepada judi, melainkan beberapa golongan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Ia jelas bertentangan dengan syarat pertama, maka pandangan Tun Mahathir tersebut tidak dianggap maslahat (kepentingan), sebaliknya ia adalah mafsadah (kerosakan).
Manakala syarat kedua, pada pandangan saya ia tidak bercanggah kerana hasil daripada judi sememangnya akan perolehi duit. Ia berbeza sekiranya kepentingan tersebut tidak jelas, atau dengan kata lain, “adakah pasti kita akan mendapat hasil daripada kepentingan tersebut?” Sekiranya masih meraguinya, maka ia tidak dikira sebagai satu maslahat (kepentingan). Pada pandangan saya, judi memang dapat keuntungan, tetapi ia tetap bercanggah dengan nas.
Manakala syarat ketiga, sekiranya Tun Mahathir berkata kerana untuk keuntungan negara, maka ia tidak bercanggah dengan syarat ketiga ini. Sekiranya ia adalah kepentingan peribadi beliau, maka ia tidak dikatakan sebagai satu kepentingan atau maslahat. Tetapi, ia masih bercanggah dengan syarat pertama, iaitu bercanggah dengan nas.
Untuk menyatakan sesuatu itu adalah maslahat (kepentingan) hendaklah menepati ketiga-tiga syarat di atas. Sekiranya bercanggah dengan satu syarat, maka ia tidak dikatakan sebagai maslahat
Kesimpulannya, apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir bukanlah satu kepentingan, tetapi ia adalah kerosakan (mafsadah) sekiranya dilakukan. Ini adalah ukuran asas untuk membezakan di antara maslahat (kepentingan) dan mafsadah (kerosakan). Maka, pulihkan pemikiran anda berdasarkan neraca syara’.
Di bawah ini adalah antara kesan buruk sekiranya judi tersebut dibenarkan dengan alasan untuk sumber kewangan negara :
1. Masyarakat akan lebih cenderung untuk berjudi, dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan parah. Apatah lagi ia dilakukan sendiri oleh kerajaan untuk mendapat kewangan negara, dan mereka berasa bahawa judi itu mendatangkan hasil.2. Masyarakat akan didoktrin dengan pemikiran materialisme, hasil daripada wang yang banyak daripada hasil judi. Maka, mereka akan melihat bahawa judi adalah salah satu amalan yang baik untuk memulihkan ekonomi, apatah lagi ekonomi negara.3. Berlakunya penafian Syariat Islam secara besar-besaran, dan dibuat secara terang-terangan. Maka, apabila maksiat yang besar dilakukan oleh kerajaan secara terbuka, masyarakat akan berasa bertambah selesa untuk melakukan maksiat secara peribadi dan individu.
Sila rujuk : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/perbahasan-tentang-judi-yang-dibenarkan_16.html
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
1 comments:
yup...saya setuju!
Post a Comment