Showing posts with label Berita Dunia dan Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Berita Dunia dan Antarabangsa. Show all posts

19 June 2010

Robot Jadi Pekerja Hospital - Glasgow

GAMBAR menunjukkan robot-robot yang bakal menjadi petugas di Hospital Diraja Forth Valley di Larbert, Stirlingshire, Britain.


GLASGOW, Scotland - Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain buat kali pertama mula menggunakan robot berteknologi canggih untuk melaksanakan pelbagai tugas di hospital awam di negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa buah robot itu kini sedang menjalani ujian penyesuaian di Hospital Diraja Forth Valley di Larbert, Stirlingshire yang bernilai £300 juta (RM1.45 bilion) dan bakal dibuka secara rasmi mulai Ogos depan.

Robot-robot itu akan digunakan untuk mengangkut sisa buangan klinikal dan pakaian kotor, menghantar makanan serta pengagihan ubat dengan bergerak melalui rangkaian terowong yang dibina khusus di bawah tanah hospital tersebut.

Beberapa petugas manusia hanya perlu memanggil robot itu apabila dikehendaki dengan menggunakan sistem gajet pembantu digital peribadi (PDA).

Robot tersebut akan bergerak ke arah lif, mengutip atau menghantar barang dan kembali semula ke lif dengan panduan sistem sinaran laser.

Jurucakap hospital tersebut, Elspeth Campbell berkata, sistem baru itu akan membantu mengawal jangkitan apabila berlaku penularan penyakit.

"Walaupun teknologi ini agak baru, kami tidak berasa bimbang kerana yakin sistem ini akan berjalan lancar," katanya.

Menurutnya, penggunaan robot itu tidak akan mengambil alih tugas manusia sepenuhnya.

Sebaliknya, ia akan memberi banyak masa kepada petugas-petugas hospital memberi tumpuan terhadap pesakit manakala kos pembinaan semua robot tersebut sudah dimasukkan di dalam harga keseluruhan pembinaan hospital baru itu.

Robot-robot berkenaan telah digunakan di beberapa buah hospital di Jepun, Perancis dan Amerika Syarikat. - Agensi
Baca seterusnya

16 June 2010

Berita 15 Jun - By Mini Pavilion PMRAM


Sekatan Gaza

> Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr.Mahathir Mohamad merayu kepada Mesir agar tidak tunduk di bawah tekanan Israel berhubung sekatan ke atas Gaza, menurut agensi berita Malaysia.

> Penyelaras Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) untuk perdamaian di Timur Tengah mendesak mengakhiri sekatan ke atas Gaza.

> Wakil agensi 'SHABAK' Israel menentang sekeras-kerasnya pembukaan lingkaran keselamatan laut yang dikenakan ke atas Gaza.

> Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) berkata, 'sempadan-sempadan Gaza yang dikuasai Israel mesti dibuka.'

> Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Husam Zaki berkata, 'Kaherah menolak cadangan Israel yang mahu menggantungkan Gaza dengan sepenuhnya kepada Mesir.'

Penempatan Israel

> Kementerian Dalam Negeri Israel meluluskan langkah usaha yang pertama bagi membina 1600 buah unit perumahan di penempatan Israel '', Al-Quds.

Usir diplomat Israel

> Ireland mengusir salah seorang pegawai diplomat Israel yang terlibat dalam pemalsuan pasport Ireland bagi tujuan melakukan pembunuhan ke atas Mahmud Abd Rauf Al-Mabhuh.

Siaran Al-Aqsa dihentikan

> Berpuluh-puluh wartawan mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah ketetapan Perancis yang tidak membenarkan penyiaran siaran televisyen Al-Aqsa tajaan HAMAS yang beribupejabat di Gaza melalui satelit pemancar North Star.

Sementara itu, pejabat konsul Perancis di Al-Quds memaklumkan bahawa ketetapan tersebut datangnya dari Kesatuan Eropah(EU), dan Perancis hanya mematuhi ketetapan itu.

Undur dari Turki

> Syarikat Perindustrian Ketenteraan Israel mengundurkan kesemua pekerjanya dari Turki disebabkan bimbang keselamatan mereka.

Sumber 15/06/2010, berita Al-Jazeerah

Berita Selanjutnya, sila buka klik di sini
Baca seterusnya

15 June 2010

Piala Dunia Semakin Tak Laku, Banyak Kerusi Kosong

GAMBAR menunjukkan banyak kerusi kosong pada perlawanan antara Slovenia dengan Algeria di Stadium Peter Mokaba di Polokwane, Afrika kelmarin.


JOHANNESBURG - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) setakat ini masih menyalahkan sistem pengangkutan awam dan kegagalan pemegang tiket korporat sebagai punca banyak stadium tidak dipenuhi penonton pada beberapa perlawanan awal Piala Dunia 2010, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan memalukan itu dapat dilihat semasa majlis pembukaan rasmi pada Jumaat lalu diikuti dengan perlawanan pertama antara pasukan tuan rumah, Afrika Selatan bertemu Mexico di Stadium Soccer City di sini.

Kurang dua pertiga tempat duduk di stadium tersebut yang diisi manakala penonton didakwa terlewat memasuki kawasan stadium kerana terperangkap dalam kesesakan teruk jalan raya selain masalah jualan tiket.

Masalah stadium tidak dipenuhi turut berlaku ketika perlawanan antara Korea Selatan dengan Greece di Pretoria pada Sabtu lalu termasuk melibatkan pasukan Algeria bertemu Slovenia di Polokwane kelmarin.

Perlawanan antara Ghana dengan Serbia di Pretoria kelmarin turut mengalami masalah sama.

Pemandangan banyak tempat duduk masih tidak diduduki penonton turut dilihat pada empat perlawanan yang diisytiharkan FIFA sebagai tiket sudah habis dijual selain harga di bawah nilai seperti pertemuan antara pasukan England dengan Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Menurut FIFA, kegagalan skim jualan pukal yang diperkenalkan pada awal tahun ini untuk menghabiskan tiket yang belum dijual bagi perlawanan kurang menarik selain isu pengangkutan menjadi punca masalah itu. - Agensi

sumber
Baca seterusnya

14 June 2010

Israel Pula Memboikot Barangan Turki, Sistem Khilafah Akan Kembali?


Terbaca di dalam web Hidayatullah, bertarikh 14 Jun, memberitakan bahawa Israel telah melakukan boikot ke atas barangan Turki. Satu tindakan yang tidak wajar pada pandangan saya, kerana negara di dunia bukannya ada satu.

Mereka berkata bahawa bahan-bahan yang diimport daripada Turki akan dihentikan. Antaranya seperti Pasta, Piring Kertas, Kicap dan lain-lain. Beberapa pusat beli belah yang terbesar di Israel telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sebarang urusan perniagaan dengan Turki.

Israel dengan terang cuba menampakkan permusuhan dengan Turki, sedangkan Israel yang cari pasal. Tiba-tiba terhegeh-hegeh nak boikot Turki pula. Keliru.

Ketika mana mengkaji tentang Kiamat, saya mendapati seolah-olah kuasa besar akhir zaman hampir muncul. Adakah dari Turki? Atau Afghanistan? Atau gabungan Arab? Perkara ini semuanya masih lagi menjadi tanda tanya.

Apa yang pastinya, ulama' berbeza pandangan :

1. Ada yang mengatakan bahawa sebelum kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal, sistem Khilafah Islam akan kembali.

2. Pandangan kedua mengatakan bahawa khilafah akan dikembalikan oleh Imam Mahdi sendiri, dan tiada sistem khalifah sebelum ketibaannya.

Mengikut kajian saya, saya mendapati bahawa pandangan pertama lebih kuat (WaLlahua'lam). Dan perkara ini telah saya tuliskan di dalam buku baru saya, yang akan terbit tak lama lagi, insya Allah, doakan.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Baca seterusnya

Liga Arab, Kenapa Baru Tersedar Nak Jenguk Palestin..?

Gambar(sepanduk): "Darah kami dah kering, kamu datang lewat"


Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa tiba di Gaza hari ini setelah 3 tahun Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza yang dikuasai gerakan HAMAS.

Beliau tiba pagi tadi ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir yang diiringi pihak keselamatan Mesir.

Isu penting yang menjadi agenda utama lawatan beliau ke Gaza adalah mengesahkan bahawa Gaza mesti dibebaskan dari sekatan setelah armada pembebasan yang dipimpin Turki berjaya membawa sinar bagi membebaskan penduduk Palestin dari kesengsaraan yang berterusan.

Bertukar pandangan

Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haniah memaklumkan bahawa pertemuan beliau dengan Amr Moussa itu turut bertukar-tukar pandangan mengenai pembebasan Gaza dari sekatan dan usaha pembaikan dalaman Palestin.

Ketika persidangan akhbar yang diadakan dalam tempoh yang singkat di rumah Ismail Haniah di Mukhayyam Shatie, beliau berkata, "semasa kami bertemu, kami turut membincangkan isu-isu yang penting dan kami juga mendengar pendirian Arab secara jelas yang mesti memecahkan sekatan ke atas Gaza."

Beliau mengungkapkan kunjungan Amr Moussa ini adalah kunjungan yang bersejarah dan merupakan langkah tindakan bagi memecahkan sekatan.

Dari pihak Amr Moussa turut mengulangi perlunya bertindak bagi memecahkan sekatan dan merealisasikan usaha pembaikan dalaman Palestin.

Dalam lawatan tersebut, Ismail Haniah mengiringi Amr Moussa meninjau ke Mukhayyam Shatie yang rata-ratanya didiami penduduk Palestin yang menjadi pelarian dari tanah asal di Baitul-Maqdis dan sekitarnya.

Amr Moussa turut melawat rumah keluarga As-Samuni di Hayyu Zaitun, timur bandar Gaza yang rosak teruk akibat pengeboman Israel dalam serangannya tahun lalu. Malah Amr Moussa juga mendengar pengakuan dan penyaksian dari baki ahli keluarga yang masih hidup, manakala 29 ahli keluarganya yang lain telah syahid.

Kemudian, beliau turut dibawa menziarahi kawasan Uzbah Abdurrabuh yang terletak di timur laut Gaza dan meninjau keadaan rumah-rumah yang musnah teruk semasa Israel menyerang Gaza dalam perang tahun lalu.

Sumber melaporkan, Amr Moussa berjanji dalam kunjungannya kepada penduduk Palestin bahawa akan bertindak dengan bersungguh-sungguh demi membolehkan kemasukan bahan-bahan binaan untuk membina semula Gaza. Beliau juga membantah penyembelihan yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.

Jiwa lama Liga Arab telah berakhir

Dalam kenyataan Amr Moussa di Gaza menyatakan bahawa ketetapan-ketetapan Liga Arab boleh dilaksanakan segera setelah dikeluarkan. Kata beliau lagi, "jiwa lama Liga Arab dah berakhir."

Tambah beliau lagi ketika mengadakan perjumpaan dengan Yayasan-yayasan dan Pertubuhan Masyarakat bahawa, "sekatan Gaza menjadi buah perbincangan di peringkat antarabangsa dengan sokongan menyeluruh."

Liga Arab 'tersilap'

Setiausaha Agung Liga Arab menjelaskan bahawa Liga Arab tersilap langkah setelahmana memasuki rundingan damai tanpa menetapkan tempoh masa. Berikutan itu, tidak ada lagi sebarang rundingan yang tidak ditetapkan tempoh masa. Jelasnya, beliau merasai pesimis terhadap rundingan yang diadakan waktu ini.

Beliau juga mengharap perlu adanya pendirian Arab secara menyeluruh terhadap permaslahan dalam rundingan. Jelas beliau, jika tidak tercapai apa-apa perkembangan dari pentadbiran Amerika Syarikat dalam rundingan ini, kami(Arab) akan jalankannya dengan cara politik kami hasil kajian yang lepas dengan menguruskan masalah berkenaan.

Pembiayaan pembangunan semula Gaza

Ketika mengulas tentang permintaan dan bantuan akibat musnah dalam perang lalu, beliau menyatakan bahawa pembiayaan pembangunan semula Gaza telah 'sedia' dan hanya menanti sekatan ke atas Gaza dibuka.

Sebagaimana perjanjian dalam persidangan 'pembangunan semula Gaza' yang diadakan pada Mac 2009, di Sharm El-Sheikh, Mesir bahawa pembiayaan bernilai USD 5 bilion akan diagihkan secepat yang mungkin bagi membina semula Gaza dalam masa dua tahun, namun pembiayaan tersebut belum tiba hingga sekarang.

Datang lewat

Seorang penduduk Gaza, Kamal Abu Nada mengadakan protes lawatan Amr Moussa. Beliau menjerkah dengan suara yang kuat di hadapan hotel di mana lokasi Amr Moussa mengadakan pertemuan dengan kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(ada media yang menyebut kumpulan-kumpulan pemisah Palestin), "Kamu datang lewat, darah kami dah kering".

"Kenapa kamu datang?", persoal Kamal Abu Nada yang merupakan seorang Pengerusi Yayaysan Perbankan Al-Quds(Pendidikan, Pembangunan dan Maklumat).

Beliau menyebut lagi, "Kamu hanya datang untuk lepaskan bebanan kamu, bukannya demi untuk membantu penduduk Palestin."

Dalam pertemuan Amr Moussa dengan Yayasan dan Pertubuhan Masyarakat, Kamal Abu Nada berkata, 'Lebih baik utamakan membantu Mesir sebelum membantu penduduk Palestin iaitu bebaskan dirinya(Mesir) dari terikat dengan sebarang perjanjian-perjanjian yang membuat tekanan kepada pemimpin-pemimpinnya dan melarang mereka dari berdiri kukuh di pihak Palestin.

Sementara itu, beberapa dikalangan media massa menyebut bahawa lawatan Amr Moussa ke Gaza telah terlambat berikutan Gaza telah dikunjungi wakil-wakil Negara dan pemimpin barat yang tidak putus-putus setelahmana Israel melancarkan perang ke atas Gaza.

Sumber 13/06/2010, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Baca seterusnya

13 June 2010

Hubungan Israel-Turki Bakal Putus Sepenuhnya - Presiden Turki


Presiden Turki, Abdullah Gul berkata bahawa hubungan Diplomatik dengan Israel akan dihentikan serta merta atas tindakan bangang Israel yang mengorbankan 9 warga Turki. Beliau mengatakan bahawa "tak da maaf bagimu" melainkan sekiranya Israel sanggup memohon maaf, dan memberi penghormatan kepada mangsa.

Bahkan, Abdullah Gul juga menekankan supaya sekatan yang dilakukan oleh Israel selama 3 tahun terhadap Gaza perlu dihentikan. Berita ini telah disiarkan di al Jazera bertarikh 12 Jun, dan dipetik dari web Hidayatullah, bertarikh 13 Jun.


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Alam Maya 3D : Wanita Hilang 'dipukau' Internet


LONDON: Seorang ibu ghaib selepas terlalu taksub dengan dunia maya 3D (tiga dimensi) di sebuah laman web sembang, lapor media, semalam.

Pasangannya sejak lapan tahun lalu, Andrew Jobe, serta anak mereka, Andrew Hyslop, terputus hubungan sejak itu, manakala telefon bimbitnya dimatikan.

Keluarga Annemarie berkata, beberapa bulan lalu wanita terbabit menghabiskan hampir seluruh masa lapangnya melayari laman web imvu.com.

Laman web itu membenarkan penggunanya mencipta satu avatar (watak) untuk saling berhubung dengan pengguna lain melalui dunia maya.

Kakak Annemarie, Julie Hurst, percaya wanita terbabit bertemu seseorang melalui Internet dan bercadang memulakan hidup baru di tempat lain.

Julie, 41, berkata adiknya seperti dipukau permainan Internet itu pada setiap masa.

“Ia benar-benar mencuri hidup Annemarie dan dia pernah bertengkar dengan Jobe mengenai isu itu,” katanya.

Berasal dari Gosport, Hampshire, Annemarie dilihat meninggalkan rumah bersama dua beg pakaian dan menaiki kereta api berhampiran stesen di Fareham.

Hyslop, 23, berkata selama ini Annemarie adalah wanita yang tidak menunjukkan sebarang masalah.

“Sekurang-kurangnya dia menghantar mesej pesanan ringkas atau memberitahu kami dia dalam keadaan selamat, bukan ghaib terus,” katanya. - Agensi

Baca seterusnya

Kami Takkan Usik 400 Juta USD Duit Daripada AS - Hamas


Pada Hari Rabu (9 Jun), AS telah mengumumkan bahawa mereka akan menyalurkan bantuan sebanyak 400 Juta Dolar US untuk kehidupan rakyat Palestin. Macam rasuah je bunyinye. Mereka memberi duit tersebut konon untuk membantu kehidupan rakyat Palestin.

Hari Jumaat lepas (11 Jun), Khalid Misy'al berkata bahawa HAMAS takkan usik duit tersebut walaupun sesen. Bahkan duit tersebut akan diserahkan kepada Salam Fayyad di Tebing Barat.

Berita ini telah disiarkan oleh Era Muslim, bertarikh 12 Jun (link).

Saya teringat, di dalam kajian tentang Dajjal LaknatuLlah, dia akan muncul di tengah-tengah krisis kebuluran yang teruk. Ketika itu, si bangang Dajjal ini akan membawa bekalan makanan, minuman, kemewahan dan sebagainya.

Sila rujuk artikel saya tentang Dajjal di ruangan bawah sekali blog ini.

Nampak gaya, Amerika sudah mula melakukan strategi Dajjal untuk menarik orang. Saya sokong tindakan Hamas untuk tidak mengusik wang tersebut. Wang yang diberikan tersebut boleh menyebabkan kegoyahan akidah rakyat Palestin.

Kalau benar AS nak bantu, sila halau Israel dari bumi Palestin!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

12 June 2010

Freedom Fotillah : Amerika Sokong Tindakan Bangang Israel


Terbaca di dalam web HidayatuLlah.com, yang bertajuk "Amerika Mengeluarkan Resolusi Membenarkan Tindakan Israel". Ya, Amerika pun mangkuk hayun jugak. Sama je dua ekor ni.

Diberitakan bahawa, Senat AS akan merangka draf resolusi menyokong tindakan Israel menyerang Freedom Fotilla baru-baru ini. Bahkan pada Khamis lalu 10 Jun, majoriti Parlimen AS menyokong serangan tersebut.

Amerika juga mengecam Iran kerana membela rakyat Gaza, dan meminta supaya Turki menguatkan hubungannya dengan Israel. Amerika ni memang geng dengan Israel. 2 X 5.

Apa yang dipuji ialah tindakan Turki dan Iran. Pimpinan mereka begitu berani mengecam tindakan Israel tersebut. Baru-baru ini, Erdogan memberitahu bahawa "Israel jangan harap dapat gas daripada Turki".. padan muka pun.

Iran pula dengan selambanya mengutuk terang-terangan dan bersedia menghantar kapal misi bantuan lagi untuk ke Gaza. Oh.. Malaysia bagaimana pula? Saya ternanti-nanti..

Indonesia pun agak berani apabila pihak mereka menggesa kerajaan Indonesia menghantar tentera ke Gaza. Adakah kita juga perlu gesa kerajaan Malaysia untuk hantar tentera?

Teruskan perjuangan. Laknat Amerika dan Israel.


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Israel Akan Mengebom Tempat Shalit Disembunyikan


Israel akan bom tempat yang disembunyikan Shalit - Abu Marzuq

Mini Pavilion PMRAM : 11 JUN 2010

BET LEHEM - Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menyatakan pihaknya menolak sebarang kunjungan atau lawatan yang mungkin diusahakan untuk melihat seorang tentera Israel, Gilad Shalit yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza.

Beliau berkata sedemikian dalam kenyataannya kepada agensi akhbar 'El-Hayat' London.

"Kami menolak sebarang permintaan untuk melawat Gilad Shalit kerana Semenanjung Gaza berada di bawah taklukan penjajah yang dikuasai kedaulatan rasmi Israel sama ada laut, darat dan udara",
ujar beliau.

Berikutan itu, beliau menyatakan Israel sentiasa mengawasi sebarang pergerakan di Gaza, boleh dikatakan semua pergerakan diintip. Seterusnya, kami tidak boleh mencuaikan Gaza(terdedah kepada bahaya).

Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS berkata lagi,
"Jika Israel tahu tempat di mana Shalit berada dan sekiranya Israel tidak boleh menyelamatkannya, maka Israel akan mengebom kawasan berkenaan". Jelas beliau, "HAMAS tidak akan menerima sebarang lawatan melihat Shalit kerana untuk menjaga keselamatan penduduk yang berada di kawasan berkenaan, malah juga untuk menjaga nyawa Shalit".

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa isu tawanan Shalit hanya berkait dengan isu tahanan Palestin dan tidak ada sangkut paut dengan isu-isu yang lain, sama ada sekatan atau selainnya meskipun dokumen tukarawan tawanan/tahanan dibekukan masa ini.

Berkenaan keadaan Shalit, beliau menjawab,
"Shalit mendapat hak-hak yang tidak dinikmati tahanan Palestin di penjara-penjara Israel"

Beliau menambah lagi,

"sudah tentu keadaan Shalit jauh lebih baik dan ruang itu tidak boleh dibandingkan".

Kenyataan ini menjawab laporan yang diterbitkan semalam oleh Al-Jazeerah mengenai sekatan ke atas Gaza akan dibebaskan kecuali dibenarkan Pertubuhan Palang Merah melawat Gilad Shalit yang ditawan semenjak tahun 2006.

Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman dalam kenyataannya,
"Mesti cakap dengan terus-terang bahawa syarat paling rendah untuk membuka sekatan ke atas Gaza adalah sepertimana membenarkan Pertubuhan Palang Merah mengatur lawatan melihat Gilad Shalit"

Tambah Lieberman,
"Selagimana syarat ini tidak dipenuhi, maka keadaan itu tidak wajar diubah"

Dalam kenyataannya pada hari Ahad yang lalu, Lieberman menyatakan kemungkinan apabila wakil Palang Merah dibenarkan melihat Shalit, maka laluan darat antara Gaza dengan Israel juga dibuka.

Tambahan lagi dari jurucakap rasmi HAMAS, Sami Abu Zuhri, berkata,
"isu Shalit hanya berkait dengan tahanan Palestin, penjajah sengaja mengaitkan isu sekatan dengan Shalit kerana cuba berusaha memesongkan usaha antarabangsa bagi memecahkan sekatan, namun kami percaya kenyataan ini(Lieberman) tidak berguna bahkan pergerakan dari peringkat antarabangsa dan masyarakat tempat akan berterusan sehinggalah semua bentuk sekatan dipecahkan"
.

Sumber 11/06/2010, web berita maannews.net dan 10/06/2010, web berita Al-Jazeerah


Baca seterusnya

11 June 2010

Sistem Maya Israel Telah Ditembusi Dan Digodam Oleh Hacker Turki!


Di dalam akhbar Era Muslim (link) bertarikh hari ini (11 Jun) memberitakan bahawa sistem maya Israel telah berjaya ditembusi dan digodam oleh para Hacker Turki dan Arab. Ha.. ambik ngko.. Rasa macam nak ucapkan padan muka kepada Israel.

Antara serangan maya yang berjaya dilakukan adalah sehingga berjaya menembusi sistem Israel di Tel Aviv dan berjaya merosakkan ribuan sistem mereka, seperti sistem business, media, olahraga dan televisyen.

Sementara itu, pakar internet Israel Dr. Pavel Tal mengingatkan bahawa sistem-sistem pemerintah pun bakal diserang dan digodam, sebagai sasaran berikutnya. Berita ini hasil laporan AlJazeera.Net.

Haha.. padan muka kepada Israel. Hangpa ingat media tu hang punya. Sebelum ini, saya telah menyenaraikan sebanyak 87 senarai Yahudi yang menguasai Media Amerika. Padan muka, sistem yang mereka buat, dan mereka sangka bahawa mereka akan menjuarainya, akhirnya mereka sendiri kalah.

Tapi, apabila difikirkan, apakah peperangan akan beralih kepada PEPERANGAN MAYA? Adakah ini yang dimaksudkan dengan perang akhir zaman? Persoalan ini tidak mampu dirungkaikan sekarang, mungkin lagi 40 tahun, soalan ini akan terjawab!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Apakah Rahsia Di Sebalik Laporan Pembunuhan Tentera Mesir?



GAZA - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniah yang juga merupakan salah seorang pemimpin HAMAS berkata, bahawa Kerajaan Palestin yang ditadbir HAMAS telah selesai membuat siasatan berkenaan isu seorang tentera Mesir yang terbunuh beberapa bulan yang lalu ketika mengawal di menara kawalan di sempadan Mesir.

Ketika ditemuramah agensi berita di Gaza, Ismail Haniah menjelaskan bahawa HAMAS telah menyerahkan laporan siasatan mengenai isu tersebut kepada Pihak Berkuasa Mesir. Namun beliau tidak menyebut hasil keputusan siasatan itu, bagaimanapun beliau berkata sambil tersenyum, "kami telah menyerahkan laporan itu kepada Mesir, maka Mesir tahu keputusannya".

Beliau sekali lagi mengecam pembunuhan ke tentera Mesir dan menyifatkan ia dengan 'perbuatan jenayah', bukan sahaja HAMAS membantah pembunuhan itu, malah sesiapapun yang ada perasaan, menurut Ismail Haniah.

Namun, dari jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri yang berpandangan lain berkata bahawa siasatan tersebut tidak lagi sempurna malah tidak menemui keputusannya disebabkan Mesir menolak dari mengadakan penyelarasan bersama HAMAS bagi menyiasat perkara ini.

Sumber 11/06/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)
Baca seterusnya

Forum Kerjasama Turki-Arab Kecam Israel



Sebuah forum kerjasama antara Turki dan Arab yang telah diadakan kali ketiga berakhir semalam dengan mempastikan kepentingan wujudnya penyelarasan antara Turki dengan Negara-negara Arab dalam setiap forum antarabangsa bagi menjamin sekatan ke atas Gaza dibebaskan.

Resolusi penutup forum tersebut yang berlangsung di Istanbul menyentuh perkembangan dan kedudukan di Timur Tengah mengenai beberapa permasalahan antarabangsa dan serantau, terutamanya permasalahan Palestin dengan Israel.

Forum tersebut disertai wakil-wakil dari 21 buah Negara Arab.

Ahmet DavutoÄŸlu, Menteri Luar Turki ketika memberikan ucapan semasa pembukaan forum menyatakan Menteri-menteri luar Arab mengungkapkan kutukan ke atas serangan yang menimpa armada pembebasan. Beliau turut menyatakan, Menteri-menteri luar Arab memberi sokongan kepada permintaan Turki bagi menubuhkan panel siasatan antarabangsa berhubung serangan Israel.

Amr Moussa, Setiausaha Agung Liga Arab(laman rasmi) yang juga menyertai forum itu menuduh Israel yang masih meneruskan kegiatan jahat dan sengaja menimbulkan permusuhan dengan melanggar hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa. Beliau amat berharap Turki dapat menghadang tindakan-tindakan Israel selepas kejadian ke atas armada pembebasan. Amr Moussa juga mengungkapkan pendirian-pendirian Turki ke atas dunia Arab seumpama nilai-nilai tambah.

Para wakil Negara-negara Arab melahirkan rasa bimbang dengan apa yang dilakukan Israel di rantau Timur Tengah, malah para wakil tersebut menggesa Israel menghentikan projek-projek penempatan walau dengan apa cara sekalipun bentuknya. Tambahan lagi, para wakil-wakil mendesak Palestin agar segera membaik pulih hubungan sesama sendiri melalui usaha-usaha Mesir yang mendapat sokongan Arab.

Mengenai isu nuklear, para wakil-wakil turut mengakui kebimbangan penularan senjata nuklear malah wakil-wakil Negara Arab menyokong pembentukan rantau Timur tengah bebas dari senjata nuklear dan senjata pemusnah. Malah turut ditegaskan bahawa pentingnya Israel digabungkan dalam perjanjian penularan senjata nuklear.

Demikian itu, perlu mengikuti perkembangan secara menerus mengenai rundingan antara Iran dengan Negara terbabit(G6) dan perlu menyelesaikan isu nuklear melalui jalan diplomasi.

Nafi cenderung ke Timur

Forum kerjasama itu juga mempastikan bahawa perlu kepada pengukukan kerjasama ekonomi antara Turki dengan Negara-negara Arab yang akan dilihat dalam pertemuan ekonomi Arab-Turki kali kelima pada 10 dan 11 Julai 2010 di Istanbul.

Sementara itu, turut dialu-alukan menandatangani perjanjian perdagangan bebas antara Turki dengan Mesir, Jordan, Maghribi, Syria, Palestin dan Tunisia. Begitu juga dengan pengesahan pembatalan visa masuk ke Negara-negara, antara Turki, Lubnan, Syria dan Jordan.

Berikutan anjakan dari perkara-perkara sedemikian, sebahagian dari penganalisis menyatakan bahawa Turki beralih ke arah membangunkan semula hubungan sejarah dengan kawasan-kawasan yang bekas dari empayar Uthmaniah. Khasnya setelah ucapan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan di hadapan pertemuan ekonomi. Beliau berkata, "Sesungguhnya Turki tidak dapat hidup tanpa Arab...Arab adalah mata kiri dan kanan Turki".

Bagaimanapun Erdogan yang mengumumkan penubuhan kawasan perdagangan bebas dengan tiga buah Negara Arab, iaitu Syria, Lubnan dan Jordan menafikan sekeras-kerasnya keraguan yang mengatakan Turki mula cederung ke Timur. Namun, Erdogan menyatakan Negaranya patuh dengan usaha menjadi keanggotaan dalam Kesatuan Eropah(EU) tetapi beliau mendakwa sebahagian Negara Eropah bertungkus-lumus secara sulit bagi menggagalkan keanggotaannya ke dalam EU.

Sumber 11/06/2010, web berita Al-Jazeerah dan 10/06/2010, berita Al-Jazeerah
Baca seterusnya

Freedom Fotilla 2 Akan Diiringi 50 Kapal Ke Palestin


Tersiar di dalam akhbar Hidayatullah.com hari ini (link), menyatakan bahawa Freedom Fotilla 2 yang akan dihantar ke Palestin, akan diiringi sebanyak 50 kapal lain. Itulah sepertimana yang telah dikatakan oleh Ketua Palestine Freedom, Yasir Qasylaq.

Berita ini telah disiarkan oleh Markaz Al Filisthini li Al I’lam, pada Hari Khamis (10 Jun), menyatakan bahawa kapal-kapal ini akan bergerak dari pesisir Libanon di pekan ini. Kapal-kapal ini juga akan membawa para wartawan dan para aktivis Palestin.

Tahniah.. satu kapal diserang, ada 50 kapal lagi yang akan datang untuk membantu Palestin. Kita doakan agar usaha ini berjaya. Jangan bimbang, perancangan Allah lebih hebat!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

10 June 2010

Agen-agen Israel Bertaubat Setelah HAMAS Membuka Ruang Serah Diri

Arkib gambar(Al-Jazeerah): Pejuang SARAYA AL-QUDS sambil memegang senjata membawa beberapa ejen Israel yang ditutup mukanya dengan kain hitam ke Pihak Keselamatan.


Mini Pavilion PMRAM

Kementerian Dalam Negeri Palestin yang ditadbir gerakan HAMAS telah mengumumkan pada hari ini bahawa sekumpulan penduduk Palestin yang menjadi ejen Israel telah menyerah diri kepada Pihak Keselamatan. Berikutan itu, pintu taubat telah dibuka pada awal bulan yang lalu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Ihab Ghassin dalam sidang akhbar berkata, "ada sejumlah ejen yang menyerah diri secara sukarela dan menyatakan taubat". Namun, beliau tidak menyebut jumlah yang menyerah diri.

Beliau turut mengumumkan bahawa tempoh sebulan telah selesa, dan masa masih berbaki kepada mereka-mereka yang menjadi ejen Israel untuk menyerah diri dan bertaubat.

"Sesiapa yang tidak menyerah diri sehingga tempoh yang diberikan ini berakhir, sesungguhnya mereka tidak akan lagi mendapat apa-apa syafaat", ujar jurucakap itu lagi.

Jurucakap Kementerian tersebut juga turut mengeluarkan ancaman bagi meneruskan usaha menjejak ejen penjajah di Gaza. Beliau menjelaskan bahawa Pihak Keselamatan telah mengenali nama-nama mereka.

Beliau menjelaskan, pihak kementerian telah memberikan peluang kepada mereka, jika tidak tampil menyerah diri dan bertaubat, mereka akan menerima hal yang tidak dijangka, maka tampil setelah mendengar peringatan ini.

Kementerian itu menyatakan akan meneruskan operasi menumpaskan jaringan ejen-ejen dengan penjajah, malah mereka yang terjebak akan dibawa ke mahkamah dan dikenakan hukuman berdasarkan jenayah yang dilakukan. Hukuman tersebut boleh mencapai ke hukuman 'bunuh'.

Sebulan yang lalu, Kementerian Dalam Negeri membuat pengumuman membuka pintu 'taubat' selama dua bulan kepada mereka-mereka dari penduduk Gaza yang ada hubungan dengan perisik Israel. Langkah sedemikian setelah dilaksanakan hukuman 'bunuh' ke atas dua penduduk Palestin yang bekerjasama dengan perisik Israel pada bulan April yang lalu. Sumber 09/06/2010, web berita Al-Jazeerah
Baca seterusnya

Kuota Haji Tahun Ini : Dalam 1000, Seorang Je Yang Boleh Pergi



Berita Masr al Youm hari ini, kuota yang telah ditetapkan oleh Arab Saudi untuk seluruh negara (termasuk Mesir) ialah 1:1000 orang. Contohnya, Mesir mempunyai 78 000 000 orang. Jadi, mereka yang "dibenarkan" untuk pergi haji berdasarkan kuota tersebut ialah seramai 78 000 orang sahaja.

Atau dengan kata lain, dalam 1000 orang, sorang je yang boleh pegi..

Kajian Nation Master menunjukkan bahawa bilangan rakyat Malaysia seramai 13,074,819. Dibundarkan menjadi 13.1 juta orang. Bermakna, kuota untuk pergi haji seramai 13 100 orang sahaja.

Sari berita terkini.

Diberitakan juga bahawa nilai bayaran pun dah naik, disebabkan ubah suai dan kelengkapan yang disediakan. Semakin susah nak pergi haji. Teringat juga, zaman-zaman dulu, nak pegi haji free, tapi cabaran dia bukan main.

Nak carik kapal terbang mana dapat. Tapi free je. Zaman berubah. Hari ini, nak pergi haji masih lagi ada cabaran walaupuan sudah bertimbun-timbun kemudahan. Nak cari duit bayar tiket kapal terbang, bayaran hotel, itu ini .. dan sebagainya.

Doakan supaya kita dapat pergi haji.


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Vandalisme : Yahudi Conteng Masjid Di Haifa..


Pagi-pagi buta ini, saya melayari web Era Muslim. Berita hari ini, 10 Jun, terpapar satu berita perangai jahat si Yahudi Zionis. Mereka menconteng dinding sebuah Masjid di desa Ibtin, di luar kota Haifa.

Mereka melakukannya pada Hari Rabu 9 Jun, dengan menulis beberapa kalimat yang berbunyi: "Akan ada perang di Yudea dan Samaria."

Tak guna punya Zionis. Yayasan Al-Aqsa yang menguruskan urusan Wakaf dan Warisan Islam, mengatakan bahawa tindakan vandalisme ini sebagai sebuah "kejahatan besar dan patut dicela".

Wahai dunia, lihatlah peristiwa akhir zaman ini. Tidak cukup mereka menghina Nabi SAW, mereka cuba menghina Allah! Iaitu dengan menconteng rumah Allah. Lihatlah, dunia akan mengalih pandangan melihat kebenaran Islam.

Sekiranya mereka terus melakukan kekejaman terhadap Islam, jangan bimbang, lebih ramai yang akan menyedari bahawa kebenaran itu ada pada Islam.


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

09 June 2010

Yahudi Di Timur Akan Menghantar Bantuan Ke Gaza, Apa Pandangan Anda?

Terbaca di dalam Era Muslim memberitakan bahawa Organisasi Jews for a Just Peace in the Middle East dan dan Jews for Justice for Palestinians di Inggris telah mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk menghantar misi bantuan ke Gaza. Sila baca berita itu di sini (link), bertarikh hari ini, 9 Jun.

Pulak dah.. Daripada berita ini, ada dua kemungkinan,

1. Samada mereka akan dibenarkan masuk ke Gaza untuk memberi bantuan,

2. Ataupun mereka akan dihalang dan disekat oleh Yahudi sendiri.

Sila lihat gambar di bawah :


Saya mengharapkan agar kemungkinan kedua benar-benar terjadi


Kemungkinan Pertama

Maka, sekiranya kemungkinan pertama, akan membuktikan bahawa "mereka ingin menyebarkan dakyah Yahudisme", untuk menunjukkan dunia bahawa Yahudi sebenarnya baik. Di kala semua negara Islam dihalang daripada memberi bantuan, tiba-tiba mereka berjaya melepasi halangan tersebut.

Maka, akan terhasil satu serangan pemikiran, terutamanya dalam merosakkan Hamas di Palestin. Apabila bantuan sampai di Gaza, takkanlah depa nak boikot bantuan tersebut (walaupun daripada Yahudi). Ini kemungkinan pertama.

Kemungkinan Kedua

Kemungkinan kedua, mereka memang benar-benar ingin memberi sumbangan, dan akan bertembung di antara dua Yahudi. Yahudi yang bersifat zionis, dan Yahudi yang tidak bersifat zionis. Maka, Yahudi akan bertembung sesama mereka, dan apakah yang terjadi?

Lutz Edith, salah satu penyelenggara kapal mereka mengatakan, "Israel telah menunjukkan kepada dunia kebrutalan mereka ketika menyerang armada Kebebasan."

Kesimpulan

Saya tidak berani menghukum di antara dua kemungkinan ini. Cuma, saya berharap supaya kemungkinan kedua ini bakal terjadi. Kita doakan kepada Allah, supaya memberi kesedaran kepada mereka. Dan sekiranya ini adalah perancangan jahat sepertimana kemungkinan pertama, kita doakan kepada Allah agar Allah menggagalkan perancangan tersebut.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Zionis Berhasrat Menghancurkan 45 Perkampungan Di Wilayah Negev


Rabu, 09/06/2010 – Badan “Kerajaan” Zionis yang disebut sebagai Jabatan Pembinaan dan skim Perumahan Zionis telah membuat persiapan untuk menghancurkan ribuan rumah Arab di wilayah Negev dalam rencananya untuk mengambil tindakan keras terhadap warga Palestin dan membina penempatan secara intensif. Perkara tersebut dilakukan atas dasar untuk melaksanakan pemindahan secara paksaan bagi penduduk, serta pembersihan etnik di wilayah Negev.

Ahli Parlimen Arab, dalam Kabinet Zionis (Knesset), Talab al-Sani`, membuat kenyataan dalam sidang media yang diterbitkan pada Isnin (06/07) bahawa Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan di bawah Kementerian Zionis telah mengadakan lawatan lapangan di perkampungan Arab di wilayah Negev, dengan beberapa penyertaan dari kontraktor-kontraktor dalam rangka mengajukan permohonan untuk tender, selepas kerajaan Zionis mengumumkan bajet kewangan untuk melaksanakan rancangan mereka terhadap wilayah Negev dengan kedatangan satu juta pendatang Zionis ke wilayah tersebut.

Al-Sani` memberi amaran bahawa tindakan provokatif Zionis itu, akan menyebabkan tercetusnya “Intifadah (pemberontakan) tanah dan perumahan,” di Negev, serta meminta agar kerajaan penjajah mempertimbangkan kembali rancangannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

- Palestinkini
Baca seterusnya

Novelis Mesir Mengarut : Ayat Hijab Takda Dalam al Quran


Terbaca di dalam akhbar Masr al Youm, bertarikh semalam (8 Jun), seorang novelis warga Mesir telah membuat kenyataan :

Hijab tidak lain hanyalah tradisi Arab Badawi samada perempuan atau lelaki..


Apabila difikirkan, apakah maksud hijab yang dikatakan olehnya? Hijab ni adalah tudung. Takkanlah orang lelaki Arab Badawi pun pakai tudung? Entahlah.. Pening betul dengan novelis mengarut macam ni.

Novelis mengarut ini bernama Mohamed Safa Amir..

Adakah yang dia maksudkan hijab itu ialah purdah? Isyh.. Setahu saya, orang Arab tidak memanggil purdah sebagai hijab. Mereka memanggil purdah sebagai "niqab". Kalau saya salah, sila betulkan.

Beliau mengatakan lagi bahawa tiada dalil di dalam al Quran atau Sunnah yang mengatakan tentang hijab. Eh .. buta ke apa? Dah belambak di dalam al Quran menyebut ayat hijab.

Katanya, Islam yang bersifat padang pasir, walaupun jauh, tetapi menyala di dalam masyarakat kita seperti api.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual ketika Seminar Kelab Rotary. Oh, patut pun.

Beliau menambah lagi, pemikiran-pemikiran luar telah meresap masuk di dalam pemikiran masyarakat Mesir, melainkan pemikiran Wahhabi. Wahhabi di Mesir telah diambil secara sebenar (solid) daripada Wahhabi sebenar.

Beliau mengatakan lagi bahawa pemikiran Wahhabi ini berjaya menembusi masuk ke dalam al Azhar sejak kebelakangan ini.. Mengarut.. malas aku nak tulis ayat dia ni..

Kesimpulannya, dia ni mengarut banyak.

Menjawab Dakwaan Mohamed Safa

1. Ayat hijab disebutkan di dalam al Quran cukup banyak, antaranya.. Surah an Nur ayat 31 - Sila rujuk Tafsir al Munir Dr Wahbah az Zuhaili. Beliau menyatakan bahawa ayat tersebut berkenaan dengan HIJAB ..

2. Manhaj al Azhar adalah tulen, dan mana mungkin ia hasil serapan daripada pemikiran Wahhabi. Contohnya, al Azhar mengajar sifat 20. Wahhabi? Tak perlu sebut banyak, sila baca artikel di sini (link)

3. Mengukur Islam sebagai "padang pasir" tidak betul sama sekali. Islam adalah rahmat untuk seluruh alam sepertimana yang disebutkan di dalam Surah al Anbiya : 107. Beliau tidak nampak Islam di negara lain. Bukan semua negara bersifat padang pasir. Pemikiran beliau hanyalah mengukur sesuatu berdasarkan iklim.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal