16 June 2010

Berita 15 Jun - By Mini Pavilion PMRAM


Sekatan Gaza

> Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr.Mahathir Mohamad merayu kepada Mesir agar tidak tunduk di bawah tekanan Israel berhubung sekatan ke atas Gaza, menurut agensi berita Malaysia.

> Penyelaras Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) untuk perdamaian di Timur Tengah mendesak mengakhiri sekatan ke atas Gaza.

> Wakil agensi 'SHABAK' Israel menentang sekeras-kerasnya pembukaan lingkaran keselamatan laut yang dikenakan ke atas Gaza.

> Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) berkata, 'sempadan-sempadan Gaza yang dikuasai Israel mesti dibuka.'

> Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Husam Zaki berkata, 'Kaherah menolak cadangan Israel yang mahu menggantungkan Gaza dengan sepenuhnya kepada Mesir.'

Penempatan Israel

> Kementerian Dalam Negeri Israel meluluskan langkah usaha yang pertama bagi membina 1600 buah unit perumahan di penempatan Israel '', Al-Quds.

Usir diplomat Israel

> Ireland mengusir salah seorang pegawai diplomat Israel yang terlibat dalam pemalsuan pasport Ireland bagi tujuan melakukan pembunuhan ke atas Mahmud Abd Rauf Al-Mabhuh.

Siaran Al-Aqsa dihentikan

> Berpuluh-puluh wartawan mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah ketetapan Perancis yang tidak membenarkan penyiaran siaran televisyen Al-Aqsa tajaan HAMAS yang beribupejabat di Gaza melalui satelit pemancar North Star.

Sementara itu, pejabat konsul Perancis di Al-Quds memaklumkan bahawa ketetapan tersebut datangnya dari Kesatuan Eropah(EU), dan Perancis hanya mematuhi ketetapan itu.

Undur dari Turki

> Syarikat Perindustrian Ketenteraan Israel mengundurkan kesemua pekerjanya dari Turki disebabkan bimbang keselamatan mereka.

Sumber 15/06/2010, berita Al-Jazeerah

Berita Selanjutnya, sila buka klik di sini

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal