25 June 2010

MIC : Lagi Parti Komponen BN Sokong Judi Sukan


Selepas MCA, PPP, sebuah lagi parti komponen BN hari ini melahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pertaruhan judi sukan di negara ini.

MIC menerusi presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu dalam kenyataan media berkata parti terbesar India itu tidak menentang cadangan untuk membenarkan pertaruhan sukan di negara ini kerana ia membabitkan golongan bukan Islam sahaja.

"Saya berpendapat ia harus dibenarkan bagi membendung perjudian haram. Ia bukan sesuatu yang baru kerana perjudian sah dalam bentuk lain sudah ada untuk bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya adalah lebih baik untuk mengawal pertaruhan sukan dengan adanya peraturan yang perlu dipatuhi.

Beliau berkata, wang yang dikutip dalam bentuk cukai dari syarikat yang mengendalikan pertaruhan sukan akan dapat digunakan untuk tujuan kebajikan bukan Islam.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal