12 June 2010

AUKU Masih Bercanggah Dengan Perlembagaan


Kes pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Soh Sook Hwa mencabar bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana didakwa melanggar perlembagaan telah ditangguhkan.

Hal ini demikian kerana Seksyen 15 yang dipertikaikan telah digantikan semasa pindaan AUKU pada tahun 2008. Dengan itu hakim meminta agar pihak pemohon dan pembela mengesahkan keadaan seksyen tersebut terlebih dahulu.

DEMA membantah AUKU yang telah menghadkan kebebasan pelajar untuk melibatkan diri dalam politik dan menafikan hak penglibatan mahasiswa dalam ruang sosial secara demokratik.

Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) berpegang pada pendirian bahawa AUKU melanggar perlembagaan.

Perlembagaan memberikan hak penglibatan dalam politik kepada semua warga negara yang berumur 21 tahun dan ke atas untuk mengundi, maka ini membuktikan bahawa perlembagaan mengakui mahasiswa mempunyai hak terlibat dalam politik.

Namun, Soh pula didakwa melanggar Seksyen 15 AUKU yang sebenarnya bercanggah dengan perlembagaan.

DEMA turut mengkritikkan pihak universiti yang sering kali menggunakan AUKU untuk mengehadkan dan menakutkan mahasiswa.

Bukan sahaja Soh yang telah dijadikan mangsa AUKU, tetapi empat lagi mahasiswa sains politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut didakwa universiti menggunakan Seksyen 15(5)(a) AUKU, kerana mereka menjalankan penyelidikan dalam pilihan raya kecil.

Walaupun AUKU sekali lagi telah dipinda pada tahun 2008, tetapi pindaan seksyen 15 tetap mengehadkan mahasiswa untuk menyertai parti politik dan persatuan yang dianggap "tidak sesuai" oleh menteri pendidikan tinggi.

Oleh itu, DEMA tetap beranggapan bahawa seksyen 15 AUKU walaupun selepas dipinda, masih bercanggah dengan perlembagaan.

DEMA mengkritik AUKU yang menyekat permikiran mahasiswa dan DEMA juga membantah tindakan AUKU yang menyebabkan mahasiswa berfikiran sempit

Semakan kehakiman kes Soh jatuh pada hari sebelum prosiding kes UKM, tetapi cara pihak universiti menangani kedua-dua kes ini sama sahaja. Pihak universiti selalunya menggunakan alasan bahawa mahasiswa akan dikongkong oleh parti politik untuk menyekat penglibatan mahasiswa dalam bidang politik. Sebenarnya, pemikiran sempit ini telah ketinggalan zaman.

Namun, pada pandangan kami, penglibatan mahasiswa dalam politik mendatangkan kesan baik, misalnya, Majlis Pelajar Universiti Hong Kong telah menunjukkan pendirian politik untuk menegakkan keadilan dalam Peristiwa Tiananmen.

DEMA beranggapan bahawa penglibatan mahasiswa dalam politik merupakan pemangkin untuk mencapai demokrasi. Kami menuntut mahasiswa dibenarkan melibatkan diri dalam bidang politik. Oleh itu, kami mendesak kementerian pendidikan tinggi memikirkan kesan buruk yang diakibatkan oleh AUKU.

Tidak kira sama ada Soh berjaya dalam kes beliau mencabar AUKU, DEMA tetap berkongsi pendirian yang sama dengan beliau, malah menghormatinya yang mempertahankan hak-hak mahasiswa dan demokrasi kampus.

Akhir sekali, DEMA ingin menegaskan lagi bahawa kami tidak akan menerima pindaan AUKU, tetapi matlamat kami tidak pernah berubah, iaitu mansuhkan AUKU.

Yap Heng Lung merupakan setiausaha pentadbiran Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema).

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal