Faedah Dan Peranan Falsafah
Beberapa Keraguan Terhadap Falsafah
1. Falsafah dikatakan tidak berfaedah. Ini disebabkan ia adalah ilmu yang bersifat teori semata-mata, dan tidak membincangkan tentang praktikal.
Keraguan ini dijawab dengan : Falsafah pada permulaannya ialah teori, tetapi bertujuan untuk mencetuskan praktikal daripada teori tersebut.
2. Falsafah menyelesaikan masalah Metafizik (ghaib) yang tidak berkaitan dengan keperluan semasa
Keraguan ini dijawab dengan : Metafizik merupakan keperluan semasa, yang menjadi penyebab ahli falsafah mengkajinya.
3. Falsafah ini hanyalah pandangan-pandangan yang bertembung, dan aliran-aliran yang banyak.
Keraguan ini dijawab dengan : Falsafah mengkaji perkara yang rumit dan luas. Maka, tidak peliklah ia mengandungi pandangan dan aliran yang banyak dan bertembung.
4. Falsafah mendakwa bahawa pandangan mereka yang terbaik. Maka mereka dikatakan tidak akan menerima pandangan orang lain.
Sememangnya terdapat sebahagian ahli falsafah sedemikian, tetapi tidak boleh dihukumkan kesemuanya. Bahkan, falsafah tidak perlu untuk mengatakan pandangannya betul
5. Falsafah ini berkembang di alam tersendiri, dan tidak berkaitan dengan realiti semasa
Keraguan ini dijawab dengan : Falsafah sentiasa hidup dengan realiti semasa, bahkan menjangkau melepasi realiti.
6. Falsafah ini sukar untuk difahami kerana banyak menggunakan perkataan dan istilah yang sukar difahami dan rumit.
Keraguan ini dijawab dengan : Falsafah menggunakan istilah khusus sepertimana ilmu-ilmu yang lain yang menggunakan istilah masing-masing. Maka, tiada apa yang perlu dipertikaikan.
7. Falsafah boleh mengancam Agama dan Akidah kerana banyak membawa keraguan dalam jiwa.
Keraguan ini dijawab dengan : Falsafah yang betul, tidak akan bercanggah dengan agama yang benar.
Peranan Falsafah
1. Penyelesaian secara berfalsafah di dalam kehidupan seharian
Manusia sentiasa menggunakan pemikiran mereka di dalam kehidupan seharian. Oleh itu, mereka memerlukan falsafah untuk menggunakan pemikiran dengan betul, tersusun dan sistematik.
2. Penyelesaian secara berfalsafah di dalam aspek kajian ilmiah
Kajian ilmiah terpaksa menggunakan istilah, kaedah dan pemikiran berfalsafah untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat. Contohnya pengiraan nombor, penentuan masa dan tempat, mengkaji punca kejadian dan sebagainya.
3. Penyelesaian secara berfalsafah di dalam susunan method
Manusia memerlukan method falsafah di dalam mendapatkan pengetahuan, kajian dan eksperimen. Di sana terdapat method-method tertentu yang disusun oleh falsafah di dalam penghasilan ilmu.
Kepentingan Falsafah
1. Kepentingannya mengikut peredaran zaman :
a. Zaman Yunan
Falsafah dijadikan medan untuk menghasilkan pengetahuan, membuat kajian, mengeluarkan teori dan sebagainya
b. Zaman Pertengahan
Falsafah dijadikan alat untuk memudahkan pemahamana manusia tentang agama
c. Zaman Moden
Falsafah dijadikan medan untuk melaksanakan segala praktikal, dan membuat beberapa percubaan daripada hasil kajian
2. Kepentingannya secara umum
a. Menyedarkan akal manusia, dan menghidupkan kehebatan dalam berfikir.
b. Membebaskan akal daripada statik, atau terikat dengan mana-mana kekuasaan.
c. Menjadikan manusia berkemampuan untuk mengkritik dan mempertikaikan realiti semasa yang terjadi.
d. Menjelaskan nilai akhlaq dan keperibadian yang tinggi.
e. Mengukuhkan keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat.
f. Mengatur bentuk-bentuk kebahagiaan yang sebenar dalam kehidupan manusia.
g. Mencernakan teori-teori dalam kajian, ke dalam penghasilan faedah di dalam kehidupan yang praktikal.
h. Membantu manusia memahami situasi persekitaran dan realiti semasa.
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:
Post a Comment