Saya tersenyum (sambil ketawa kecil) apabila melihat gambar di atas.. Disebabkan semua tersenyum sambil menunjukkan jari telunjuk, maka saya pun tersenyum dengan gaya-gaya mereka.
Khairi menyatakan dengan jelas bahawa ini adalah Mesyuarat Sukan 1 Malaysia, yang disiarkan di dalam Facebooknya semalam (15 Jun) jam 6.19 petang. Nampak macam best je bermesyuarat. :)
Pada pandangan saya, mungkin inilah Adhoc-adhocnya. Erm.. ada yang kenal, dan ada yang tidak dikenali. Pengarah program yang mana satu ye? Kemudian Khairi berceloteh lagi..
"Sukan 1Malaysia" hakikatnya mampu mengenepikan perbezaan sebarang fahaman, samada wahabi, asyairah, isma, abim, perubatan, nadi umno dan sebagainya di bumi Mesir ini, sebenarnya kita banyak persamaan, dan orang yang berjiwa/minda besar akan mencari jalan bagaimana untuk mencari titik pertemuan itu. Sebaliknya orang yang jiwanya kecil/hatinya kotor sentiasa membesarkan khilaf dan perbezaan antara kita. Wallahu'alam
(tarikh yang sama, jam 10.57 malam)
Mungkin inilah agaknya objektif Sukan 1 Malaysia. Menyatukan fahaman, dan mencari titik pertemuan. Oo.. baru tau sikit tentang program. Sebelum ni nampak sayup-sayup. Tapi, ada juga peliknya, bagaimana Exco Kelab UMNO boleh tahu maklumat-maklumat program ini lebih awal, iaitu pada 4 Jun lalu?
Contohnya apa yang diakui sendiri bahawa peruntukan sebanyak LE 0.5 Juta.. Dan mesyuarat kali pertama dikendalikan oleh En. Kamal.. Sila baca di sini (link), untuk melihatnya.. Bagaimana Exco Kelab UMNO Kaherah boleh tahu maklumat tentang program sedangkan mahasiswa tertanya-tanya? Adakah Kelab UMNO juga terlibat?
Di gambar di atas tidak kelihatan exco Kelab UMNO, walaupun penasihatnya ada. Tapi, bagaimana pula pengakuan oleh exco Kelab UMNO bahawa mesyuarat S1MM kali pertama dikendalikan oleh En. Kamal? Sila klik di sini (link)
Diharap penjelasan boleh diberikan oleh mereka yang terbabit, tanpa menimbulkan bunyi-bunyi tin kosong diketuk. Kalau nak ketuk tin kosong, boleh jadi beqia'. .. Senyum sikit .. :)
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
14 comments:
Mereka yang menubuhkan persatuan lain di Mesir (sebab dah ada PMRAM) inilah punca perpecahan. Itu yang lebih besar. Khairi, jangan nak bercakap soal kefahaman untuk bersatu lar kalau diri tu sendiri mengiakan judi dan tidak bersama dalam 1 jemaah yang dah ada lama di Mesir ni. Tinggal di Oversea tidak sesuai nak ta'addud jamaah. Cukup satu yang memang dah bawa Islam.
Ini bukan Admin, tapi anonim, budah sabie.
menarik apa yg Khairi tulis. Akhbash (khairi) dgn wahabi nak bersatu menggunakan Sukan 1Malaysia jgk ke?.
Persoalan kpd KJ. Boleh carik sbb apa aku kata KJ ni golongan Akhbash...
oOo..bleh plak gn dalil camtu..so Isma, Nadi, Abim dan semuanya punca perpecahan la ni..
klu camtu ana bleh ckp jgk..PAS n PKR adalah punca org Melayu berpecah coz UMNO wujud dahulu :)
lg stu la ust ana nk tanya..nape kt perlu taasub sgt dgn PMRAM? adakah masuk PMRAM dari persatuan menyebabkan kt semua akan dpt pahala lebih ckit dr msuk persatuan lain?
Anonim budak Sabie membalas:
PR sama ada wujud kerana sangat tidak berpuas hati dengan dasar UMNO yang tidak dengar nasihat. PAS pernah bersama UMNO, tetapi ditendang keluar. UMNO tidak pernah memperjuangkan Islam sebenar. Jadi, PAS ditubuhkan atas sebab itu. PKR pula ditubuhkan kerana menuntut keadilan untuk Anwar dipenjara pada tahun 1998. DAP pula untuk merealisikan fahaman Demokrasi yang mana UMNO gagal untuk mencapainya sehingga sekarang. Inilah salah satu sebab parti lain PATUT ditubuhkan. Bacalah sejarah sebelum nak berhujah.
Anonim budak Sabie membalas lagi:
Anwar dipenjara selama 6 tahun. Kemudian keluar kerana akhirnya mahkamah putuskan beliau tidak bersalah. Jadi, UMNO memang parti yahudi. penjarakan orang tanpa bukti. BODOH! Anak-anak fahaman UMNO kat Mesir ini sama bodohnya!
Kami tidak taksub dengan PMRAM. Oleh kerana PMRAM benar-benar amalkan Quran Sunnah dalam dasar mereka, kami selesa bersama. Malah ia adalah pertubuhan yang LEGAL di Mesir. Dan kami boleh adakan aktivit dengan baik tanpa risau kepada keselamatan di sini. Polis juga sedia membantu persatuan ini. So, tak perlukan persatuan lain. Sudah memadai. Saya dah cakap, taadud jemaah tidak sesuai kita lakukan di Mesir. Cukup beramal dengan satu jemaah sudahlah. Lagipun BKAN dan DPM memang bawah PMRAM.
Anonim budak Sabie membalas:
Ohya, urusan pahala dosa merupakan urusan Allah Ta'ala. Tidak semestinya berada bawah PMRAM kita dapat pahala. Yerlah, kalau asyik mengumpat dan fitnah orang, melakukan keburukan, secara asas agamanya, dosalah terpalit pada orang begitu kan? jadi, kalau bicara pasal dosa pahala, itu kena tanya diri tuan yang beramal dengan hubungannya dengan Allah ta'ala. Bukan dengan Tuan Presiden persatuan!
seronok baca tulisan 'tukang spekulasi' politik pmram sorg ni..ape2 pun sama2lah kita bersangka baik..syeikh sy pesan: 'أحسن الظن بأخيك المسلم'
'bersangka baiklah dgn saudara kamu seislam'.
Anonim budak Sabie membalas:
Terima kasih AWOLscholar :).
Sekali lg aku nak bg th ko.. pndngn peribadi ahli PMRAM tdk menunjukkn itu mauqif PMRAM.
Klu dlm Mesyuarat Agong UMNO siap nk HARAMkan PMRAM blh plk sebut?. sampai masuk paper lg. Yg ni penulis tegur sikit je pon pasal UMNO dh nak kepanasan ape hal.
Ko tak yah tulis la pesanan sheikh ko tu, sblm tu tulis 'tukang spekulasi' pastu tulis supaya sangka baik. Sangka buruk ('tukang spekulasi') dl br nak suruh sangka baik.
kalau aku kata dok dalam PMRAM dapat pahala lebihh dr dok dlm persatuan lain, apa kome nak komen....takkan laa dok dlm umno nak dpt pahala lebih....pergaulan bebas,paki seluar pendek,pompuan takpakai tudung, dapat exra pahala laa...cuba cr pgram PMRAM yg campo, de ke?ada ke pmram wat rehlah gi tempat macam hurgada yg umno buat tuh.de ke pmram wat rehlah yg tempat2 yg dilarang,kalau umno ada laa siap bersukan pakai selua pende...exra pahala ke exra dosa....sian sian
Apsal la dorg xb'gambar gune jari hantu kan?...baru zionis=umno...lol...
(lari tajuk jap)
ust lutpi: knape KJ ni ahbash? nok tau gok sbb zaman skoloh mule ramai ust2 hok gitu..mujo x terikut..jgn maroh..hehe..
Administrator : "PAS wujud sbb itu" : coz UMNO tidak pernah perjuangkan Islam..betulkah UMNO sebegitu?? so ape pulak yang PAS yang telah buat untuk membangunkan Islam di Malaysia?huhu
to ahmad hisyam: sian bdk pmram sorg ni, pkataan spekulasi pun xtau..that's a compliment..byk2 la tgk kamus eks..
Post a Comment