23 June 2010

Budak 7 Tahun Hantar Surat Kepada Arsenal Kecam Zionis


Satu berita yang agak sayu apabila dibaca. Diberitakan di dalam Eramuslim (22 Jun), seorang budak perempuan berumur 7 tahun, Fatima Zahrah telah menulis sepucuk surat kepada Kelab Bola Sepak Arsenal menyatakan kecamannya terhadap Zionis yang membunuh anak-anak Palestin.

Antara yang Fatima tulis di dalam surat tersebut

“Israel telah membunuh anak-anak Palestin yang bermain bola, kenapakah anda menyokong Israel?”

Fatima menyatakan bahawa dia adalah peminat setia Kelab Bola Sepak Arsenal, tetapi disebabkan sokongan Arsenal terhadap Israel, beliau memutuskan untuk tidak menyukai pasukan tersebut.

Di akhir surat, Fatima menulis “Arsenal The Best” tetapi tulis ini diconteng, sebagai tanda kebenciannya terhadap tindakan zionis..

Arsenal mengikat kontrak dengan Israel dengan nilai 350 000 Pound Sterling, dan Israel dibenarkan untuk memasuki web rasmi Arsenal bagi mempromosikan Israel. Oh.. tidak. Hayatilah suara anak palestin ini.


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

2 comments:

dr.muslimah on June 24, 2010 at 2:19 PM said...

tu budak yang umur 7 tahun..kita kat Malaysia, tua-tua bangka pun asyik ada je dok sokong Israel..

alias_safwan on June 24, 2010 at 8:34 PM said...

sokonglah pasukan bolasepak negeri2 di negara kite..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal