Gambar adikku yang cute.. hehe
Lagi sambungan ringkasan lepas. Erm.. jangan lupa doakan untuk kejayaan kita bersama.. Gambar di atas takda kaitan pun dengan nota Falsafah ni..
BAB 3 - PERKEMBANGAN FALSAFAH BARU
Di dalam bab ini, kita akan membincangkan 2 perkara utama, iaitu :
1. Sejarah kemunculan Falsafah Baru
2. Faktor-faktor perkembangan Falsafah Baru
Item 1, menjelaskan kepada kita tentang perkembangan Falsafah baru melalui 3 peredaran zaman, iaitu :
1. Zaman Sistem Persekolahan Falsafah
2. Zaman Kejatuhan Sistem Persekolahan Falsafah
3. Zaman Kebangkitan Eropah
Falsafah Baru mula muncul disebabkan faktor wujudnya Zaman Sistem Persekolahan Falsafah, yang mula wujud pada kurun ke 9 dan berakhir pada kurun ke 14 dengan kejatuhannya. Zaman ini perlu diketahui oleh kita, untuk melihat faktor utama kemunculan Falsafah Baru, yang mula bangkit hasil dari kongkongan Falsafah bersistemkan persekolahan.
Zaman Sistem Persekolahan Falsafah
Zaman ini menyaksikan pendidikan dan pembelajaran Falsafah disekolahkan. Tidak seperti zaman kebangkitan Falsafah Baru, yang dipelopori oleh individu-individu seperti Francis Bekon, Decart dan Kent.
Pada zaman ini, Falsafah dikuasai oleh kuasa gereja yang membina beberapa buah sekolah untuk menghasilkan Ahli Falsafah Kristian. Antaranya Syarlaman, yang telah membuka beberapa buah Sekolah Falsafah ketika itu di Perancis.
Sepertimana yang sedia maklum, Falsafah Zaman Pertengahan bermula daripada kurun ke 4, sehingga kurun ke 14. Zaman sistem persekolahan ini pula, merupakan salah satu tempoh di Zaman Falsafah Pertengahan, dan ia berbeza dengan Falsafah Islam yang bangkit di Timur, yang dikatakan bermula pada kurun ke 8 hingga pertengahan kurun ke 12 lagi.
Maka, di era zaman persekolahan Falsafah ini, ilmu Falsafah yang diajar diselarikan dengan pemikiran Kristian yang bercanggah dengan akal ketika itu. Falsafah diajar oleh paderi-paderi dan suasana zaman ini, semua sistem pemerintahan berada di bawah kuasa gereja.
Falsafah yang disekolahkan ini mengajar dan menanam pemikiran Falsafah Ketuhanan Kristian, dan mengongkong pemikiran daripada berfikir bebas. Pemikiran seseorang tidak dibenarkan bercanggah dengan kandungan Kitab Bible ciptaan mereka, atau dengan kata lain, Falsafah ketika ini adalah Falsafah Gereja.
Zaman ini terbahagi kepada dua jenis manhaj persekolahan, iaitu :
1. Zaman Sistem Persekolahan Falsafah bermanhajkan Plato, bermula kurun ke 9 hingga kurun ke 13
2. Zaman Sistem Persekolahan Falsafah bermanhajkan Aristotle, bermula kurun ke 13 sehingga kurun ke 14
Hakikatnya, manhaj Aristotle lebih menguasai dunia Falsafah Zaman Persekolahan. Cuma, manhaj Aristotle telah menimbulkan titik percanggahan yang besar di antara Kristian dan Falsafah ketika itu. Mungkin disebabkan perubahan manhaj inilah, yang menjadi salah satu faktor kejatuhan sistem sekolah Falsafah Gereja.
Sistem Persekolahan Falsafah mula menggunakan manhaj Aristotle setelah mereka diperkenalkan oleh Ahli Falsafah Islam yang sedang berkembang di Timur ketika itu (bermula pada kurun ke 8, hingga pertengahan kurun ke 12).
Apabila terjemahan penulisan Aristotle diperkenalkan kepada mereka, lantas menyebabkan mereka menukar manhaj, sedangkan mereka tidak membaca penjelasan dan huraian daripada terjemahan tersebut, yang telah dibuat oleh ahli Falsafah Islam.
Mereka hampir-hampir tidak mengetahui penulisan Aristotle, melainkan Ilmu Mantiq yang telah diterjemahkan oleh Ahli Falsafah Islam. Akhirnya pemikiran Aristotle terus meresap dan diagung-agungkan oleh mereka.
Kejatuhan Sistem Persekolahan Falsafah
Sistem persekolahan yang dibentuk dan dibina oleh gereja sedikit demi sedikit jatuh, dan mula tidak dapat diterima. Ini kerana kongkongan dan sekatan berfikir secara bebas telah dijadikan salah satu disiplin ilmu mereka.
Tambahan pula Decart mengkritik sistem persekolahan ini, yang menggunakan manhaj Aristotle secara membuta tuli. Beliau berkata, bagaimanakah mereka boleh mengatakan sesuatu sedangkan mereka tidak memahaminya sepenuhnya?
Maka, pada akhir kurun ke 14 bermulalah cetusan untuk menghasilkan Falsafah Baru, sepertimana yang telah diilhamkan oleh Itali, yang telah disebut sebelum ini.
bersambung..
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment