14 June 2010

Israel Pula Memboikot Barangan Turki, Sistem Khilafah Akan Kembali?


Terbaca di dalam web Hidayatullah, bertarikh 14 Jun, memberitakan bahawa Israel telah melakukan boikot ke atas barangan Turki. Satu tindakan yang tidak wajar pada pandangan saya, kerana negara di dunia bukannya ada satu.

Mereka berkata bahawa bahan-bahan yang diimport daripada Turki akan dihentikan. Antaranya seperti Pasta, Piring Kertas, Kicap dan lain-lain. Beberapa pusat beli belah yang terbesar di Israel telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sebarang urusan perniagaan dengan Turki.

Israel dengan terang cuba menampakkan permusuhan dengan Turki, sedangkan Israel yang cari pasal. Tiba-tiba terhegeh-hegeh nak boikot Turki pula. Keliru.

Ketika mana mengkaji tentang Kiamat, saya mendapati seolah-olah kuasa besar akhir zaman hampir muncul. Adakah dari Turki? Atau Afghanistan? Atau gabungan Arab? Perkara ini semuanya masih lagi menjadi tanda tanya.

Apa yang pastinya, ulama' berbeza pandangan :

1. Ada yang mengatakan bahawa sebelum kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal, sistem Khilafah Islam akan kembali.

2. Pandangan kedua mengatakan bahawa khilafah akan dikembalikan oleh Imam Mahdi sendiri, dan tiada sistem khalifah sebelum ketibaannya.

Mengikut kajian saya, saya mendapati bahawa pandangan pertama lebih kuat (WaLlahua'lam). Dan perkara ini telah saya tuliskan di dalam buku baru saya, yang akan terbit tak lama lagi, insya Allah, doakan.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal