Rabu, 09/06/2010 – Badan “Kerajaan” Zionis yang disebut sebagai Jabatan Pembinaan dan skim Perumahan Zionis telah membuat persiapan untuk menghancurkan ribuan rumah Arab di wilayah Negev dalam rencananya untuk mengambil tindakan keras terhadap warga Palestin dan membina penempatan secara intensif. Perkara tersebut dilakukan atas dasar untuk melaksanakan pemindahan secara paksaan bagi penduduk, serta pembersihan etnik di wilayah Negev.
Ahli Parlimen Arab, dalam Kabinet Zionis (Knesset), Talab al-Sani`, membuat kenyataan dalam sidang media yang diterbitkan pada Isnin (06/07) bahawa Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan di bawah Kementerian Zionis telah mengadakan lawatan lapangan di perkampungan Arab di wilayah Negev, dengan beberapa penyertaan dari kontraktor-kontraktor dalam rangka mengajukan permohonan untuk tender, selepas kerajaan Zionis mengumumkan bajet kewangan untuk melaksanakan rancangan mereka terhadap wilayah Negev dengan kedatangan satu juta pendatang Zionis ke wilayah tersebut.
Al-Sani` memberi amaran bahawa tindakan provokatif Zionis itu, akan menyebabkan tercetusnya “Intifadah (pemberontakan) tanah dan perumahan,” di Negev, serta meminta agar kerajaan penjajah mempertimbangkan kembali rancangannya.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif
- Palestinkini
0 comments:
Post a Comment