13 June 2010

Alam Maya 3D : Wanita Hilang 'dipukau' Internet


LONDON: Seorang ibu ghaib selepas terlalu taksub dengan dunia maya 3D (tiga dimensi) di sebuah laman web sembang, lapor media, semalam.

Pasangannya sejak lapan tahun lalu, Andrew Jobe, serta anak mereka, Andrew Hyslop, terputus hubungan sejak itu, manakala telefon bimbitnya dimatikan.

Keluarga Annemarie berkata, beberapa bulan lalu wanita terbabit menghabiskan hampir seluruh masa lapangnya melayari laman web imvu.com.

Laman web itu membenarkan penggunanya mencipta satu avatar (watak) untuk saling berhubung dengan pengguna lain melalui dunia maya.

Kakak Annemarie, Julie Hurst, percaya wanita terbabit bertemu seseorang melalui Internet dan bercadang memulakan hidup baru di tempat lain.

Julie, 41, berkata adiknya seperti dipukau permainan Internet itu pada setiap masa.

“Ia benar-benar mencuri hidup Annemarie dan dia pernah bertengkar dengan Jobe mengenai isu itu,” katanya.

Berasal dari Gosport, Hampshire, Annemarie dilihat meninggalkan rumah bersama dua beg pakaian dan menaiki kereta api berhampiran stesen di Fareham.

Hyslop, 23, berkata selama ini Annemarie adalah wanita yang tidak menunjukkan sebarang masalah.

“Sekurang-kurangnya dia menghantar mesej pesanan ringkas atau memberitahu kami dia dalam keadaan selamat, bukan ghaib terus,” katanya. - Agensi

1 comments:

P!ngCat on June 13, 2010 at 9:12 AM said...

bahye2

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal