28 April 2010

Bukti JPMK Tidak Melaksanan Misi Dan Visi Mereka


Web JPMK.info sudah berwajah baru. Tetapi, apabila kita membukanya di (sini) dan (sini), kita akan mendapati dengan jelas bahawa Pegawai JPMK tidak melaksanakan Misi, Visi dan Funsi mereka. Ia sekadar tertulis di helaian dan web. Tetapi tidak dilaksanakan dengan betul. Antaranya

Misi JPMK

Memberi khidmat, membimbing, menjaga serta mengadakan kemudahan kepada pelajar agar mereka dapat belajar dengan selesa dan memperolehi kejayaan yang cemerlang

Visi JPMK

“JPMK menjadi Pusat Khidmat Pelajar Berkesan dan Berkualiti Menjelang Tahun 2010”

Funsi Jabatan ini adalah;

1. Mengurus kemasukan dan pengajian pelajar di pusat-pusat pengajian di Mesir;

2. Mengurus kemasukan permohonan biasiswa, pinjaman, zakat dan sumbangan kepada pelajar;

3. Mengesahkan dokumen-dokumen diri dan pengajian pelajar;

4. Mengurus perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan keselamatan pelajar;

5. Mengadakan program menyambut hari kebesaran Islam dan negara bersama-sama pelajar;

6. Mengurus urusan berkaitan dengan pengiktirafan pengajian dan program berkembar pusat-pusat pengajian tinggi Islam di Malaysia dengan Universiti Al-Azhar;

7. Mengurus lawatan tetamu dari Malaysia yang membuat kunjungan ke Mesir dan perjumpaan dengan pelajar-pelajar.

Pertama

Apabila melihat kepada Misi, entah, saya tidak pasti apakah yang pernah dilakukan setakat ini. Ditulis di situ, "memberi kemudahan untuk pelajar dapat belajar dengan selesa", tetapi malangnya mahasiswa nak mengaji hadis dengan Syeikh pun kena sekat. Isu Kutub Sittah belum selesai sehingga ke hari ini. Kenapa?

Apabila ditanya, hanya tersipu-sipu menjawab. Tiada sebarang kenyataan. Tetapi apabila tiba di Malaysia, Pengarah JPMK membuat kenyataan yang bercanggah dengan sebenar. Apa semua ini?

Kedua

Menjelang 2010, JPMK menyediakan perkhidmatan terbaik? Macam lawak je. Perkhidmatan menyekat ahli di ARMA? Penggunaan Dewan Utama Abbasiah dikenakan bayaran? Kena perli ketika mendapatkan cop pengesahan? Kena itu dan ini.. Inikah perkhidmatan terbaik yang dikatakan?

Nama belum naik (muqayyad), jelas menunjukkan perkhidmatan yang "cukup" baik, dan lancar.. Sambil membisu dalam isu penghapusan cawangan (muhafazah). Juga menunjukkan perkhidmatan mereka yang "cukup" baik.

Ketiga

Cuba lihat fungsi pertama. Mengurus kemasukan pelajar ke Universiti.. Kenapa nama di Syoubra dan Mansurah tak naik-naik? Buat kerja ke tidak?

Fungsi kedua pulak. Mengurus kemasukan permohonan biasiswa dll. Tapi apabila orang datang nak dapatkan pengesahan, mereka kata "kenapa tak dapatkan cop PMRAM..."

Fungsi ketiga.. Mengesahkan dokumen diri. Tapi sambil membuat pengesahan salinan, kutuk dan perli akan dijadikan perencah.

Fungsi keempat, menguruskan keselamatan. Eh, tak nampak pun. Atau saya yang tidak tahu. Cuma jelas tiada tindakan daripada mereka. Bisuu..

Fungsi kelima mengadakan hari kebesaran Islam dan negara. Tapi tengok-tengok ada istilah "UMNO" dan politik sebagai perencah, dan penyedap.

Fungsi keenam, mengurus urusan pengiktirafan pengajian, tapi Mu'adalah dah dihapuskan..

Fungsi ketujuh, menguruskan lawatan tetamu Malaysia.. alhamdulillah. Cuma teringat kes yang menimpa kepada Dato Hassan Ali tahun lepas. Nampak macam ada sentimen politik pulak.

WaLlahua'lam. Semoga apa yang ditulis di sini, dapat dikoreksi semula untuk kebajikan kita bersama. Kembalikan hak mahasiswa.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal